Monday, March 17, 2025

Dari kerana mata

Assalammualaikum,

Mungkin seiring dengan faktor usia, penggunaan gajet silih berganti samada hp, tab, laptop atau PC serta bebanan kerja beserta otak yang asyik memikir tentang ofis juga menyumbang ke atas bebanan mata kita.

Selasa petang actually dah rasa tak selesa pada mata..mata letih..Rabu pulak staff dok tegur kenapa mata nampak macam berair..menangis ker..iskh..idok ler..mungkin sebab letih check 60 report sekaligus..

Khamis pagi dah nampak mata merah dan memang tak selesa. Tandatangan report yang check semalam lepas tu dalam tengahari shoot ke KL..kita pergi jumpa doktor pakar mata..kalau pergi klinik biasa mereka akan bg eye-mo sahaja..

Klinik mata ni memang old school sikit. hehehehehe..tetapi servis tip top..entah ubat apa dia bubuh yang merah2 tu hilang..ada la sikit2..bukan ler hilang semua..yang lagi best doktor bagi cuti 2 hari. Nasihat dia untuk avoid all the gajet, rest sahaja jangan keluar rumah..jangan membaca..tutup langsir and tidur..katanya mata teman ni terbeban sangat...

So teman dibekalkan 3 jenis ubat mata yang perlu dititiskan setiap 1 jam. Hari ni start tengok PC pun rasa menyampah..

Bulan lepas hidung berdarah..bulan ni mata pulak..




5 comments:

Suria Amanda said...

Sama la kita...bab mata plak melanda ha...pandangan berbalam- balam..kena pakai spec aje

Faizal R said...

Jagalah mata, bila dah start problem susah nak elok dah.

fairus said...

Semoga matanya baik-baik sahaja.

anamizu said...

Allahuakbar moga baik-baik saja semuanya aminnnnnn

uncle gedek said...

Mata uncle lately ni asik dry je... Doktor tak bagi tonyoh2... Tapi tonyoh2 tu la yg sedap! hehehehe