Wednesday, March 12, 2025

Kalau nak ke Vietnam tak perlu lalu Kelantan

Assalammualaikum,

Rabu. 26.2.2025.

Betul2 lepas subuh bawak abah ke kecemasan sbb sesak nafas. Ater..satu gelas nescafe tarik balun seminggu sebelum tu kan. Memandangkan Abang Gebu takde sebab ada urusan di Bangkok..so Nurul temankan. Yea la kalau AG ada, teman tak payah fikir pasal parking. Dia drop jer..lepas tu kalau ada apa2 keperluan..roger2..sampai la dia ke kecemasan tu.

Sebab abah demam..dalam pukul 11 abah dah dipindahkan ke wad isolasi sebelum dihantar ke wad sebenar. Ikutkan hari tu teman terima sijil penyertaan as Bumiputra company participant dgn one of the GLC's...Dah jadi macam ni tu yang subuh2 call staff..suruh jadi wakil..kelam kabut juga la..sebab acara start pukul 9.30 pagi....Sijil boleh dapat lain kali....duty sebagai anak kepada ayah kita kena la di dulukan..yea dok...Dalam 12 lebih abah suruh kitaorang balik..tu pun lepas bagi abah makan, dengan beberapa bekalan makanan dan air. 

So, alang2 cuti ni..teman bawak si Nurul makan kat Sogo. Dia minat makanan Korea..tapi takde yang menarik..so kami ke sini. MyViets.









Suka bebenor Nurul bila cuba sesuatu yang baru... Ni la anak sedara yang jaga arwah mak dan sekarang jaga abah pulak..dalam masa yang sama jaga adik dia yang autism. Dah 25 tahun...tak pernah kerja..nasib baik lesen kereta ada...tapi Nurul ni pandai simpan duit. Maklumlah cucu kesayangan opah dengan atok. Sampai kan barang kemas mak, mak pesan suruh bagi Nurul semua..tapi mak Nurul yang tak nak..hanya bagi barang kemas opah yang paling sayang..yang lain2 bagi kan sama rata untuk cucu perempuan dan menantu ikut muafakat semua. Tanah arwah mak pun mak dah tukar nama Nurul.

Silap2 duit atok, dia juga yang akan dapat. Pada teman takpe la...Teman sebagai mak sedara dia, tak kan berkira selagi hayat di kandung badan..teman panggil Nurul ni "kakak". Beg tangan, baju, tudung, kasut, accessory, apa sahaja la teman akan belikan. AG pun pesan..sekali sekala bawak tengok wayang ke, balik hari vacation ke.. ..yea la..dia berkorban masa muda dia bilamana orang lain sibuk bekerja dan enjoy melancong sana sini sedangkan kakak ni berkorban tenaga dan perasaan jaga orang sakit. Mental health dia pun kena jaga juga...


Finally, dapat juga kita makan kat Cafe Jeliro Senggoti. Tapi sorang2 la sebab AG masih di Bangkok.
Perut dengan daging pekasam tu sedap la..
Boleh la try lauk lain pulak lain kali..
To Cik Mulan..tq tau bagitau pasal kedai ni.




2 comments:

fairus said...

Bagus ada orang macam Nurul..

Mulan said...

Nurul, moga sentiasa sihat dan murah rezeki nya.
Alaaaa lepas puasa kena repeat kedai Jeliro Sengoti.
Rindu telur sotong.