Assalammualaikum,
Asyik-asyik masakan minang. Tak pun ayam penyet. Kadang-kadang teman bosan juga..hehehehehe...tapi nak buat macam mana itu lah makanan yang Abang Gebu minat/seronok makan.
Ok kali ni kita cuba makanan orang syria. Kami ke Halab Gate. Kerja gila betul. Hari Ahad ke area Bukit Bintang. Ala..kita baca doa makan banyak kali..insyallah dipermudahkan.
Dalam 11.55 sampai la kat sini..yang betul2 menghadap kebab yang famous lagi satu tu.
Kami parking kereta kat belakang tu. Per entry RM13. Tapi ada yg review kata free kalau nak makan kat sini. Mana yg free area Bukit Bintang ni.
Cabaran Pertama : Uish..tingginya tangga..hati2 yea sbb step tangga tu tak sama tinggi..ada yg tersadung nanti...terperanjat Abang Gebu tengok bini dia boleh naik tangga tu dalam keadaan sakit lutut. Well..perempuan dengan makanan berpisah tiada..Nak seribu daya..hehehehehe..
Cabaran Kedua : Nak pilih samada makan di Level 1, yang berhawa dingin. Atau naik lagi ke roof top TETAPI hanya kipas sahaja... TAPI..view lawa..kalau nasib baik dapat duduk membelakang laluan monorail...well tengahari buta kan jangan buat pasal..membebel Abang Gebu...
Cabaran Ketiga : Sudahhh..tak tau nak makan apa..tengok meja lain pelbagai menunya....last2 tanya kat waiter yg kacak handsome lawa tu...auwww...
Kami makan (baca dari kiri anda ke kanan yea)
1. Arikah Halab Gate (sejenis dessert..panas yea..jangan terus makan tunggu sejuk sket. Melecur lidah nanti. Atas tu ada kekacng, kismis..yang putih tu..tak tau la pulak apa..macam yogurt tapi macam ada ubuh cheese. Bawah sekali kurma..tapi macam kek buah jer..lepas tu mereka drizzle dengan madu..rasa dia..ok just nice level manis tu boleh tolerate lagi)
2. Taboulah - sejenis salad. rasa..masam2 crunchy..ok la as starter untuk balance makanan berat lain
3. Lentil soup - datang dengan cracker..rasa dia..not bad..
4. Sider Lamb (ni untuk 2 orang makan yea..ada beza antara haneeth atau mandy..rempah nasi tu tak strong begitu juga dengan lamb dia..yg penting ada rasa)
Dessert ni elok di makan bersama2 Turkish Coffee without sugar..balance up..baru la A...
Ok..ni kenyang sampai esok pagi..
16 comments:
malam2 bolehlah dining di tkt 2...sambil shoot monorel lalu...hihi...ok kan foods kat sini..
Betul kak..ni tengahari buta..kita cari ruang yang sejuk2 sahaja..food taste..yes..sedap...
Nampak pun sedap sangat ni sis. Thanks for sharing. Boleh try nanti. Betul tu Perempuan dan makanan berpisah tiada. Sambil naik tangga nyanyi, jangan kan gunung Fujiyama, puncak Himalaya ku ikut kamu 😄😄😄
Hehehehe..yang penting pemegang tangga tu pegang kuat2..
Nampak menarik. Selamat menjamu selera.
Makanan arab memang sedap. Yang dessert tu nampak agak banyak juga tu untuk dua orang.
Sekali sekala..terima kasih..
Betul.. ikutkan separuh jer kalau makan berdua..ingat dah nak tapau jer..tapi bila berborak sambil ngap sambil minum kopi sikit..lama2 habisssss...
Halab gate dan halab resto yg di Penang sama tak kak? Waktu di Penang saya ada makan di restoran timur tengah begini,namanya Halab juga. Tapi tak ada Kata2 gate 😅.
Sedaap memang. Belum saya tulis ceritanya di blog 😁
kalau nak makan shawarma memang ke sini sebab tak koser la beratur dekat Damascus tu, sama je rasanya haha
Kurang pasti..tapi rasanya mungkin pemilik yang berlainan.
Betul...dah tua2 ni tak kuasa nak beratur..end up food tu biasa2 sahaja kannnn...
Kenyang sampai esok? Kira berbaloi for the money ni....
Yes uncle...makan malam dgn sarapan ke esokkan harinya skip sbb masih terasa rempah kambing dgn dessert tu..hehehehehe
tak pernah lagi makan2 kedai arab kat bukit bintang tu. nak ajak suami mmg idok le dia ke situ
Betul..try to avoid. Rasanya banyak lagi tempat berdekatan dengan rumah masing2 yang menawarkan makanan yang sama kan...
Post a Comment