Assalammualaikum,
Abah ni cukup susah kalau nak suruh ke hospital. Rela tahan sakit. Minggu lepas, adik call kata abah sesak nafas dah 4 ke 5 hari. Teman suruh adik call ambulance terus..katanya abah tak mau.
So Ahad pagi, beli sarapan dan terus jumpa abah. Nak pujuk ke hospital la kaedahnya. Sekali bila nampak muka teman depan pintu, abah terus cakap tolong bawak pergi hospital. Uishhh..surprise ni. Tak buang masa bawak la abah ke kecemasan.
Kalau kaki bengkak, muka sembab, tangan badan sembab, paru2 berbunyi..memang masuk zone merah ler. Kalau dulu masa arwah mak, teman memang dah siap2 photostat semua kronologi/summary doktor setiap kali mak kena tahan wad...sama juga macam abah. Cuma abah ada 2 sahaja reference. GIM dan nephro termasuk senarai ubat. Doktor cakap dengan teman abah mmg confirm kena tahan wad. Abah bagi wasiat siap2, segala harta dengan duit nak bagi ke siapa (teman record tau..hehehehe). Senyum jer doktor dengan MA kat situ.
10 comments:
Boleh jadi gang dengan Pak Zain nampaknya, susah nak ke spital tapi bila dah x tahan sakit redha je dia serahkan diri..semoga abah akak diberi kesembuhan ye...
Terima kasih atas doanya..Tu la..kita ni risau perut kat tempat kerja..sebab siang abah sorang2 jer kat rumah..mmg ler cctv ada..
Semoga abah segera sembuh seperti sedia kala.
aminnn..terima kasih
semoga abah akak cepat sembuh. ayah n ibu abe kie telah lama meninggal....
Semoga cepat sembuh, dan yang paling penting patuh doktor
Terimakasih..aminnnn..
Terima kasih..tang patuh doktor tu mmg patuh betul sbb nak dapat discharge cepat..hehehehehehe
gitulah para abah-abah. Encik suami sy pun gini gak. sanggup tahan sakit sebab taknak ke spital.
Betul..tetapi kita la pulak terlebih risau kan.
Post a Comment