Assalammualaikum,
Sabtu minggu lepas teman ada urusan di Elmina dalam 8.30 pagi.
Urusan selesai dalam 9.40. Dah kebetulan ada disini. Tempat tengah viral kan sekarang ni. Nak juga la tengok apa yang hype sangat. Moh..kita terjah.
Elmina Lakeside Mall terletak di kawasan pembangunan perumahan Elmina. Kat mana Elmina tu. Antara Subang dan Sg Buluh.
10 minit sebelum pukul 10 pagi, sebahagian parking dah penuh. Yang datang pelbagai kaum..golongan umur dari yang sekecil sehingga setua-tua umur kami.
Bangunan setingkat sahaja dan banyak open space. Tetapi respect dengan tenant mix dia. Jadi tumpuan mungkin bersambung dengan lake/recreational area. Teman tak round sangat, .apa yang ada depan mata sahaja dan jangkauan kaki.
Amboii..bang..lepak kedai hype yea...
Untuk orang tua macam kami ni kalau minum elok kongsi satu cup/tumbler sahaja instead of two.
Setengah jam sahaja kami kat sini. Sekadar nak basahkan tekak.
Guess what..bila kami ke tempat parking semula dah 100% full at 10.30 am yea.
Kalau datang lambat, parking la kat luar tu or di open space yang disediakan. Tetapi jauh la sket jalan.
11 comments:
Aman damai je tempatnya..
dok tengok kawan ke sini tapi kami tak berkesempatan lagi..btw nak follow blog tapi failed..nanti nak cuba lagi. Salam kenal
Suka tengok tempat modern dan tenang-tenang saja vibes dia..
Banyak lalu lalang di media social, belum sampai lagi. Memang cantik tenang santai nampak tempat nya.
Betul..terutama awal pagi dan takde orang sangat...
Kalau nak dekat parking datang awal pagi..salam kenal juga
Kan..sis pun lurve...
Kalau dari Putrajaya pun dah dekat sejam nak sampai. Kalau dari Kuantan apatah lagi..hehehehe
gi sini sbb ada meeting dgn SDP...betul, x larat nak cover semua, setakat yg mampu kaki melangkah....mmg gah tenant mix dia...byk kedai golongan have2..
Betull...
Sekarang ini lagi banyaaak mall yg dibangun dengan konsep view alam begini. Jadi tak terlalu tinggi, dibuat banyak green spots juga 👍👍. Saya sukaa yg begini. Tenants pun banyak macam dan pilihan.
Jadi rindu nak minum Chagee lagi 😄. Trakhir minum ini di Penang
Post a Comment