Wednesday, October 16, 2024

Apa khabar lutut kita?

Assalammualaikum, 

Hampir 3 minggu teman menderita sakit lutut di belah kiri, sakit yang teramat. Sakit macam ni teman pernah alami 16 tahun lepas. Cuti doktor bagi 2 hari jer. So untuk minggu pertama teman duduk rumah shj, so budak2 ofis kena naik ke rumah untuk teman check report atau sign report.  Doktor bagi pain killer..dia suruh makan 2 biji tapi teman makan sebiji jer...jangan buat pasal..panadol pun teman ambik sebiji dah biol rasanya..inikan PK. Weekend cari tukang urut..kenapa tukang urut..bahagian depan lutut teman bukan sakit pun..ni bahagian belakang..iaitu bahagian betis dan peha..rasa urat tu tegang gila. Well...ok..makcik tu urut boleh la sikit berjalan..buang tongkat..hehehehehe...Balik rumah esoknya sakit balik..so teman meniarap jer atas katil. Pergi fisio kat satu terapist..muda lagi..nampak ada perubahan positif..kaki dan lutut pun dah lurus..kalau tak bengkok sikit. Minggu kedua dan ketiga masih sakit tapi dah pada skala 5. So teman ke ofis kadang-kadang guna kerusi roda atau tongkat bentuk 'U'.  Abang Gebu la tukang hantar dan ambik teman pergi dan balik kerja. Weekend minggu ke-3 alternate for cucuk gel dalam lutut. Ni minggu ke-4..okey la dah boleh jalan kaki pergi dan balik kerja..cuma kena slow2..tak boleh lasak2 sangat.   

Dibawah ni teman kongsi jenis2 sakit lutut. 

Osteoarthritis (OA) Sendi Lutut

Osteoarthritis (OA) sendi lutut ialah arthritis yang paling kerap dihidapi. Ia di laporkan sebagai salah satu daripada permasalahan kesihatan sejagat. Sendi lutut adalah sendi yang paling besar di tubuh kita dan salah satu sendi yang paling mudah untuk mengalami kecederaan.

Apa itu Osteoarthritis (OA) lutut?

- Osteoarthritis biasanya disebabkan oleh penggunaan sendi yang terlalu kerap.

- Ia berpunca daripada proses penipisan/kehausan lapisan tulang rawan (cartilage) yang berlaku secara beransur-ansur dan mengakibatkan keradangan.

- Apabila rawan yang berada di sendi menjadi haus, maka geseran akan berlaku diantara pertemuan tulang dan tulang tersebut akan menyebabkan kesakitan terutamanya apabila bergerak dan merangsang pertumbuhan tulang yang tidak normal, hal ini seterusnya mengubah struktur anatomi lutut tersebut.

- Ini seterusnya akan mengehadkan pergerakan, bengkak, menjadikan tendon dan juga otot-otot yang menyokong sendi lutut itu lemah.

- Bagi golongan yang berumur, keadaan ini akan bertambah teruk disebabkan oleh pengurangan penghasilan cecair pelincir di dalam sendi.


Anatomi Lutut

Lutut adalah sendi yang paling besar dan kompleks di dalam badan manusia. Sendi lutut terdiri daripada 4 tulang yang disambungkan oleh otot (muscle), ligamen dan tendon. Femur merupakan tulang peha yang paling besar manakala tulang keting paling besar adalah tibia yang bersebelahan dengan fibula iaitu tulang keting paling kecil. Tempurung lutut yang dikenali sebagai patella adalah tulang kecil yang berada di depan lutut. Ianya boleh menurun dan menaik ketika lutut dibengkokkan dan diluruskan. Tulang rawan (cartilage) berada ditengah sendi. Fungsi utama lapisan rawan ini adalah untuk mengurangkan geseran dan menyerap hentakan diantara tulang peha dan tulang fibula & tibia.

Sendi lutut penghidap Osteoarthritis akan melalui beberapa perubahan seperti berikut:

1. Penipisan lapisan rawan yang akan mengakibatkan ruangan antara sendi menjadi rapat.

2. Penonjolan tulang (osteophytes) pada keliling permukaan sendi.

3. Pengurangan penghasilan cecair pelincir di dalam sendi.

4. Pergeseran di antara permukaan sendi yang mengakibatkan rasa sakit dengan setiap pergerakan yang membebankan sendi lutut.


Tahap Osteoarthritis

 


 

TAHAP 1: Terdapat sedikit kerosakan kepada tulang rawan. Sendi akan kelihatan normal pada x-ray. Sekiranya anda mendapatkan rawatan pada tahap ini, sakit boleh hilang sepenuhnya.

TAHAP 2: Tulang rawan sudah mula terhakis dan osteophyte mulai terjadi. Cairan pada sendi juga sudah semakin berkurang. Tandanya adalah celahan sendi pada x-ray semakin menyempit.

TAHAP 3: Tulang rawan semakin menipis. Tulang peha dan betis hampir bertemu tetapi belum bertemu pada gambar x-ray. Cairan sendi amatlah sedikit. Pada keadaan ini, berjalan sedikit pun sudah sakit, namun sendi masih boleh dilipatkan sedikit.

TAHAP 4: Tahap paling parah. Dari gambaran x-ray, tulang peha dan tulang betis sudah bertemu antara satu sama lain. Tulang rawan sudah tiada lagi. Osteophyte sudah membesar. Pada keadaan ini, amat susah untuk berjalan. Sendi menjadi ketat, kadang kaki sudah mula membengkok bila berdiri tegak. Sendi lutut tidak boleh dilipat.

Simptom apakah yang akan dialami oleh penghidap lutut osteoarthritis?

 - Kekerasan dan kesakitan sendi lutut terutamanya di waktu pagi.

- Otot semakin mengecil di sebabkan kurang melakukan aktiviti.

- Geseran permukaan sendi berbunyi dan menyakitkan.

- Bengkak di sebabkan keradangan dalaman sendi. 

- Susah untuk memulakan pergerakan.

- Sakit apabila bergerak.

- Kekuatan sendi berkurangan.

- Sakit apabila sekeliling sendi ditekan


Antara faktor risiko untuk masalah ini ialah:

 - Umur – Terutamanya 50 tahun ke atas.

- Jantina – Wanita lebih cenderung mengalami osteoarthritis lutut. 

- Kecederaan – Pernah cedera pada sendi, contohnya terseliuh atau patah tulang.

- Aktiviti seharian –Pekerjaan atau aktiviti fizikal yang lasak, contohnya pekerja buruh, aktiviti mencangkuk atau berdiri lama.

- Berat badan yang berlebihan (obesity). (yang ni teman akui kebenarannya)

- Sejarah keluarga / keturunan. (yang ni pun sama...contoh terdekat abah teman dan maksu teman)


Apakah rawatan awal yang anda boleh lakukan?

Kaedah PRICE seperti berikut akan dapat membantu mengurangkan kesakitan pada sendi:

1. Protection – Gunakan alat bantuan berjalan seperti tongkat bagi mengurangkan beban pada lutut yang terlibat. (Owhhh..peneman setia ni..)

2. Rest – Berhenti daripada melakukan aktiviti yang tinggi bebanannya ke atas lutut seperti berdiri lama, menaiki tangga dan mencangkung.

3. Ice – Rawatan sejuk akan dapat mengurangkan inflamasi di dalam sendi pada peringkat awal dan membantu mengurangkan sakit.

4. Compression – Teknik elastic bandage akan dapat mengurangkan pembengkakan di lutut.

5. Elevation – Keradangan pada sendi akan dapat dikurangkan dengan meletakkan kaki tinggi dari paras jantung.

  

Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan sakit?

1. Golongan yang berumur dinasihatkan untuk berjalan dengan bantuan tongkat bagi mengurangkan bebanan ke atas sendi dan elak daripada terjatuh.

2. Mengelakkan aktiviti yang menambahkan tekanan pada sendi seperti jogging, aktiviti menaiki tangga dan mendaki bukit.

3. Mengurangkan berat badan untuk mengurangkan tekanan pada sendi. (sis cuba lagi..)

4. Melakukan senaman sendi yang sesuai, contohnya berenang dan senaman untuk menguatkan otot.

5. Menjaga posture badan.

6. Penggunaan kasut yang boleh menyerap daya apabila berjalan.

 

Apakah Rawatan Arthritis?

1. Ubat-ubatan: Ubat sapu “salicylate”, ubat tahan sakit seperti paracetamol, ubat anti-radang seperti ibuprofen dan ubat steroid untuk dimakan atau disuntik pada sendi yang sakit.

2. Fisioterapi.

3. Pembedahan: Bertujuan untuk menggantikan sendi lutut yang rosak (“total knee replacement”) dengan sendi yang diperbuat daripada besi atau logam kobalt.


Rawatan apakah yang dijalankan oleh Fisioterapi ke atas osteoarthritis lutut?

1. Modaliti – Rawatan haba atau sejuk digunakan bagi mengurangkan sakit pada sendi. Stimulasi electrical dengan mesin TENS atau Interferrential dapat mengurangkan sakit dan meningkatkan pengaliran darah.

2. Senaman – Senaman regangan dan kekuatan harus dilakukan secara berterusan bagi memastikan ketahanan dan fleksibiliti otot.

3. Latihan keseimbangan – Latihan keseimbangan badan juga penting di dalam meningkatkan stability badan dengan mengekalkan postur yang baik.



6 comments:

Mulan said...

Alaa kesian sis. Moga cepat sembuh dan dipermudah kan semua urusan. Feel you sis. Kaki ni pun dah kerap ngilu nya, retak masa main netball di ITM dulu. Physiotherapist & doctor dulu remind siap2, nanti dah berumur, tahan2 lah. Take care tau.

uncle gedek said...

Uncle dah ada tanda2 sakit lutut dah ni....

fzy fuzzy said...

Owh...betul la.. dulu tak fikir pun lutut nak pakai lama..setakat terjun terus dari pokok ke tanah..kena balun dengan kayu hoki kat kaki rilek jer..alih katil, almari dan sofa pun rilek jer...dulu tak fikir bila badan dah berat..lutut pun jadi berat..hehehehehe..sis pun take care juga yea..brisk walking tu hati2..jangan terpeleot..

fzy fuzzy said...

kena cari alternate uncle..jangan biar parah macam saya...

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Saya baca nya apalagi part yg suntik obat ke lutut itu memang seram. Kalo dulu mama mertua pun pernah disuntik juga. Mungkin Krn mama bilang sakit sangat, jadi saya langsung macam ngilu membayangkan nya kak 😔

Semoga cepat sehat dan pulih lutut Kaka ya 🤗

fzy fuzzy said...

Terima kasih fan. Semasa cucuk lutut tak ngeri sangat..selepas cucuk tu macam kebas2 and kena hati2 bila berjalan..hehehehehehehe