Friday, October 18, 2024

Bukit Tabur dan Kolam Air Panas

Assalammualaikum,



Bukit Tabur adalah bukit yang terletak di Taman Melawati, iaitu dalam Daerah Gombak. Ia juga dikenali sebagai Bukit Hangus (tang mana yang hangus tak tau la teman). Bukit ini setinggi 396 meter (1,300 kaki) dari paras laut (ni dalam wikipedia yea).

Secara geologinya bukit ini merupakan sebahagian daripada Permatang Kuarza Genting Klang, yakni sebuah rabung kuarza di pinggiran barat Banjaran Titiwangsa (Kuarza ni bukan ker orang buat batu cincin).

Bukit ini amat menonjol dan boleh dilihat sekiranya kita ulang alik melalui Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).



Kolam Air Panas Selayang atau Selayang Hot Spring terletak di utara Kuala Lumpur melalui Jalanraya utama Kuala Lumpur ke Rawang. Terdapat 3 kolam utama di sini yang membekalkan air panas semulajadi dari bawah tanah. (Gambar atas orang situ bagitau yang paling panas..No. 1 - jangan nak memasal terjun dan berendam..kut2 la nak bagi kulit tu tanggal..hehehehehehe..)

Khasiat air panas semulajadi yang terdapat di kolam ini dipercayai boleh dijadikan sebagai perubatan alternatif merawat pelbagai jenis penyakit apabila dilakukan secara teratur dan berterusan.

Teman takde la ambik gambar sekitar...aterrr...uncle n auntie yang ramai-ramai berendam dan mandi-manda...




No comments: