Assalammualaikum,
Tiga minggu lepas setelah lebih 25 tahun, teman ke pulau ini. Pulau Pangkor.
Uish, sekarang ni dah jadi Pulau Bebas Cukai.
Masa teman ke sini, kira baru 3 hari habis paper last. Owh! teman belajor kat UiTM Manjung. Kat sini teman ambik pasukan beruniform Kesatria. Teman memang gemor aktiviti2 lasak ni (Masa tu la...kawad berpanas di bawah mentari takde hal punya la...tambah2 teman jadi tukang bagi arahan kawad). Outing luar panjat bukit kat Teluk Rabiah tu...(sampai sesat2 la dan ada yang pengsan...kami pelatih ok jer..jurulatih yang pengsan sbb cari budak SS yang sesat..hehehehehe..). Puncanya ada yang bergelak gembira tak ingat dunia dalam hutan tu....maka tersesat lah mereka2 semua di denai-denai itew...tambah pulak ada ketua platun yang macho dan good looking..lagi la galak masing2..iskh..iskh...
Sebenarnya teman dah mendaftar sepanjang cuti semester untuk menjalani latihan insentif di Port Dickson. Backpack, baju/seluar hijau, topi dan boot teman dah ambik. Teman2 se-dorm siap stay nak bagi moral support. Hehehehe...tetapi apakan daya..Allah itu maha mengetahui. Hari yang sepatutnya teman naik bas bersama-sama rakan2 sepasukan yang lain...teman telah naik feri ke Pulau Pangkor...berjalan2 sambil menikmati angin dan bermain di tepian pantai. Kalau teman proceed dengan latihan tu..mungkin sekarang teman tak jadi valuer...tapi jadi jeneral ke...perghhh...angan2 tinggi sungguh.
4 comments:
Teman juga pernah jejak kaki ke Pulau Pangkor nie...zaman muda-muda dulu
rasanya ingin lagi ke pulau ini
Tak pernah lagi kunjungi pulau² yang menarik.. Biasa pergi pulau yang mempunyai sejarah dan tiada orang tinggal je kat Melaka ni. Macam Pulau Nangka, Pulau Upeh dan Lain².
Mr Hanafi : Jika berkesempatan sila lah kesini.
Fairus : Kalau saya seram nak ke pulau yang tidak berpenghuni..mungkin sudah faktor usia..kalau apa2 jadi nak berlari agak payah. Hehehehe..Ada juga orang yang menjejaki pusara agamawan yang datang ke Malaya.mengenali sejarah lagi bagus terutama anak muda.
Cantiiik view di pulaunya. Saya oernah dengar pulau pangkor, tapi tak pernahlah kesana. Terkadang ingin juga kalo sedang ke Malaysia, visit tempat2 yg belum pernah saya datangi. Tapi kenyataannya lagi2 selalu ke kota2 tertentu saja 😅
Post a Comment