Monday, September 18, 2023

KUL - Arau - KL Sentral via Electric Train Service (ETS)

Assalammualaikum,

Memandangkan teman ke Perthlis (Perlis Indera Kayangan) semasa musim cuti sekolah. Keinginan untuk memandu menggunakan kenderaan persendirian adalah tidak digalakkan sangat. Terutama sekiranya terperangkap didalam kesesakan sepanjang lebuhraya, tiada ruang kosong untuk berhenti rehat atau melepaskan hajat di Rawat dan Rehat atau hentian sebelah serta mana2 stesen minyak yang berada didalam lingkungan itu. Kalau berdua bergilir2 memandu pun, teman rasa buang masa atas jalan sahaja.

So kita rilek2 sahaja dan kami mengambil keputusan menggunakan kenderaan awam. Bukan bas persiaran..juga bukan kapal terbang...tetapi menaiki keretapi elektrik. 5 jam perjalanan....Bosan..boleh jer jalan2 dalam coach tu..dari tempat duduk ke tandas atau ke surau..atau ke cafeteria. Tak pun tidurrr...

So bertolak lah kami pada 31hb August 2023 jam 6.37 pm di stesen Kuala Lumpur. Kenapa bukan naik di KL Sentral..hehehehe..malas nak turun naik platform. Perjalanan pergi kami naik Business Class. Walaupun AG sudah bertaraf warga emas..dia tak dapat privilege tu yea..30% discount sbb bukan Warganegara Malaysia IC Biru. Redho jer la..Owh..Business class hanya satu coach sahaja iaitu coach A. Seat double and single. Kami ambil dua seat single. Sbb seat double dah abis..maklumlah cuti sekolah. Untuk business class dapat la makanan dan air. Food ok la. Sebagai lapik perut. Kalau tak nak lapar boleh jer beli makanan lain sebelum naik atau makan siap2 di stesen. Memandangkan kami naik di stesen Kuala Lumpur hanya ada satu kedai mamak sahaja yang beroperasi. Kalau naik di KL Sentral sudah tentu banyak pilihan.

Untuk perjalanan pulang pada 3hb September 2023, kami joint rakan2 lain dengan menaiki kelas biasa. Still walaupun destinasi perhentian di stesen KL Sentral, kami turun di stesen Kuala Lumpur.  Pengantin yang uruskan. So dia pilih coach D. Dekat dengan cafeteria dan surau katanya. Kat cafeteria macam2 ada. Sandwich..nasi..maggi..etc. Tapi kena keluar duit ler untuk membelinya..tidak termasuk dalam tiket yea. Toilet kat coach ni boleh juga digunakan untuk penumpang yang menggunakan kerusi roda. Owh..kat sini seat dia double kiri dan kanan. Selesa la juga. Cuma nak bagi tau la..kalau kita duduk di aisle..bukan tepi tingkap..kebarangkalian bahu atau lengan kita kena singgung dengan penumpang lain adalah tinggi..terutama kepada jenis penumpang yang jalan main terjah atau bit harsh atau kelam kabut di laluan tersebut. Hati2 kalau nampak penumpang yang bawak air panas atau maggi panas..

Jangan ditanya pemandangan kiri kanan sepanjang perjalanan sebab semasa pergi gelap gelita..hehehehehe..cuma semasa pulang ke Kuala Lumpur masih cerah lagi so dapat la capture Bukit Merah Lake. Sebenarnya ada announcement made by ETS..









5 comments:

anamizu said...

wahhhhh 5 jam perjalanan mmg better naik public transport mcm ETS hehe

nohas said...

ok jg naik di stesen KL..mengimbau kenangan lama..

Wak Lat said...

laa knp x trus hanimun masuk siam., kata org murah2 makanan seafood kt sono., hehe

uncle gedek said...

Ada peramugara!

fzy fuzzy said...

Anamizu : 5 jam perjalanan tanpa jem...

Nohas : Ni 3rd time sepanjang hidup naik keretapi kak.

Wak Lat : Siam??? Eh..ada..tapi kat boarder jer la..

Uncle : Peramugari pun ada..hehehehehe