Friday, July 14, 2023

Speechless

Assalammualaikum,

Sekadar perkongsian. 

Untuk sahabat2 yang masih ada ibubapa atau salah seorang.

Pernah tak masa kita tengah bercakap atau berborak dengan mak atau ayah kita, kita dengar mak atau ayah luahkan perkataan RINDU kepada kita sebagai anak.

Ceritanya macam ni.

Selasa baru2 ni bawak mak ke Unit Jantung Hospital Sultan Idris Shah, Serdang. Urusan selesai dalam pukul 1.15 ptg. Tanya mak, mak nak makan apa dan makan di mana. Maksudnya lokasi tempat makan mestilah dalam lingkungan kawasan sekitar Serdang sebab teman kena masuk ofis balik. Mak cakap terpulang...lagipun mak ikut jer. Kira lepas makan AG akan hantar mak balik ke Keramat.

Masa tunggu AG ambil kami, di lobby kami berborak2 lagi..mak ni kadang2 tak ingat yang mak pernah tanya soalan yg sama semasa tengah tunggu doktor panggil masuk tadi. Teman layankan jer la...tak kisah la mak tanya 10 ke 20 kali ke...Dalam dok berborak2 tu tiba2 mak cakap, "sekejap lagi kamu dah nak masuk ofis..mak tak habis lagi rindu kat kamu..." Teman terkedu...hati tisu kan..palingkan muka nak tahan genangan air mata...lepas tu teman jawab ler...'aik mak..tiap sabtu ahad 'orang' balik keramat..kadang2 antara weekdays tu terpancul depan pintu rumah mak..pun mak rindu lagi...'mak doa la banyak2 supaya 'orang' tak payah kerja lagi tahun depan...tapi duit berkepuk2..hehehehe....boleh la tengok mak hari2... bawak pergi healing mana2 ke...


Sebenarnya,,bukan teman jer mak rindu..mak rindu abang teman di Senawang, mak rindu adik bongsu lelaki teman di Sungai Buloh (cuti 6 bulan sbb eksiden baru2 ni...selalunya tengahari memang adik datang makan tengahari kat rumah mak), rindu pada adik pompuan teman (walaupun rumah tingkat 2 shj, tapi ada masalah sakit lutut so tak boleh jalan banyak sangat) dan yang paling rindu adalah kedua2 arwah adik teman. (Farid dan Fahmi).


5 comments:

uncle gedek said...

I feel you....

Tanggung rindu ni perit....

Abam Kie said...

rindu yg tidak bertepi kpd org yg telah tiada...

Wak Lat said...

wehh sapalah tak sayang emak, tapi ada kann., cikkak kanns., huhu

fairus said...

Kena kerap jumpa mak tu. Takut beliau memendam rasa. 😢

nohas said...

nak nangis!! mak tak puas tengok muka, nak bermanja dengan anak2..semoga anak2 diberi kelapangan utk melawat mak...