Assalammualaikum,
Jumaat masih kerja. So dalam pukul 6 gerak ke KL..jalan agak smooth. Sebenarnya kitaorang lapar..sebab tengahari tak makan..cuma breakfast yang agak heavy dalam pukul 10. So AG nak makan nasi dan tomyam. Pusing2 area Kg Baru. Semua kedai tutup. Yea la..orang masih cuti raya. Last2 AG ajak ke area2 Bukit Bintang. Katanya kat situ sure tak tutup. Teman tengok atas bawah jer AG...mana celahnya gerai tomyam kat Bukit Bintang tu. Tapi sebab dia yang bawak kereta..ikut kan jer la..
So kami ke Jalan Alor. Seperti jangkaan. Kedai yang dia nak pergi tu tutup. Hahahahaha...pilihan samada western atau makanan arab jer la yang ada situ. Tapi nak cari nasi juga, Apa2 hal..cari parking dulu dan kebetulan maghrib pun beberapa minit lagi. Eh! tak sangka teman ada surau kat situ.
Lepas solat kita pun JJCM. Orang ramai bebenor. Local dan tourist. So kitaorang jadi tourist dari Indonesia..bapak dan ibu..hehehehehe..
Jalan Alor ni famous dengan seafood. Difahamkan kedai2 bukak dari 3 petang sampai 4 pagi. Kiri kanan jalan penuh dengan orang makan. Ada juga gerai2 kecil jual buah-buahan dan makanan ringan lain.
Kami makan di kedai ini. Konsep seorang duduk di meja yang kosong..seorang lagi pergi pilih ikan, udang, sotong serta style masakan. Mereka akan timbang dan bagi tag nombor. Makanan dan minuman akan dihantar mengikut nombor tersebut. Orang sangat ramai, so expecting time untuk menerima makanan adalah antara 45 minit ke 1 jam. Sabar itu pasti. Kalau lapar sangat beli la pulut mangga ke serta jajan2 lain.
Owh..lupa snap makanan. Kami makan ikan bawal bakar sambal (571 gram = RM51.25), tomyam ayam (RM25), sayur kailan(RM15) dan minum air mangga (RM7 setiap satu). Food taste biasa jer pada tekak teman. Total damage RM125.45 (Kalau pergi Rosdet..untuk kos seperti ini akan dapat udang masak petai, sotong celup tepung, sup ekor, telur dadar dan macam2 lagi). So maksudnya kalau datang lebih dari 2 orang..kosnya..faham2 jer la yea. Tourist spot katakan.
Ingat nak jalan sampai ke hujung sinun (menghala ke Pavi). Tapi bila hidung teman yang sensitip ni ada certain2 tempat terbau hancing perin (bak kata orang kuale)...memang tak la nak jalan sampai ke hujung kan...
So patah balik dan belilah aiskrim kelapa yang bubuh dalam tempurung kelapa ni. (RM12). Yang mahal tempurung nyea..last2 ke dalam tong sampah jua.
5 comments:
Kiteorang belum sampai lagi ke Jalan Alor ni. Baca review makanan kat sini sedap2 semuanya.
pernah sampai surau tu (ada inspection hotel), sebelah ada port makan durian...
kat sini kot ada sate Aliff Satar tu rasanya...
bau hancing??..baa alif baa ya..
Lama nau uncle tak datang sini.... fav pelancung ni
Carneyz : Ramai kata sedap..tapi tengok resto kut.
Nohas : Bau tu..beer + mungkin ada yg tak tahan kencing dalam botol kut..hehehehehe
Uncle : Sekali sekala pegi la uncle..boleh layan busker depan KFC n McD..
mahalnya untuk rasa yang biasa2 tu. tapi betul la, kawasan tourist and kita pun tak banyak pilihan masa tu. bedal je la kan.
hi, saya orang kuale hehe
Post a Comment