Friday, July 7, 2023

Ikan patin masak tempoyak

Assalammualaikum,

AG ajak dating makan tengahari. Katanya nak makan nasi ayam sahaja di Mohd Chan Precinct 15.

End up ter-melencung ke Ana Patin House.







13 tahun dulu, semasa bertugas di Temerloh, seminggu 2 kali mesti makan ikan patin masak tempoyak.
Gerai/resto pilihan kat medan selera sebelah Petronas kat town.
 Kalau ikan sungai lain prefer bakar atau goreng.
Dulu ikan tu potong 2 sahaja. Samada nak bahagian ekor atau kepala. Sekarang ada bahagian badan tengah. Mungkin ikan dibahagi 3 atau 4.
Kalau dulu makan ikan sahaja tanpa nasi...sebab besar kan..sure la kenyang.
Owh..berbalik pada resto ni. Kuah tempoyak tu tak la pedas sangat.
Tapi teman ada dengar, pelanggan komplen kat cashier..kurang pedas macam kedai2 kat Pahang sana.
Well..preference masing2. Tukang masak pun berbeza.
Tapi kangkung goreng belacan sini sedap...


5 comments:

nohas said...

boleh pulak komplen x pedas..hihi..barang mahal, nak semakin kecik saiz ikan..

uncle gedek said...

Tak pedas la bagus...

(dari orang yg tak mesra pedas)

NADIA vs BERON said...

sedapnya. saya pun pernah makan dekat kedai makan tepi petronas tu. Rasa dia better dari sesetengah kedai viral hehe

anakdenesor said...

betul tgk gaya tukang masak nya..biasanya patin masak sndri je, saya orang temerloh

fzy fuzzy said...

Nohas : Tu la kak..tekak masing2 kan. Betul..sekarang ni ramai mengeluh barang makin mahal.

Uncle : Sama la..give me five..

Nadia : Betul..kat situ lagi umphhh...tu dulu..tak tau la sekarang..

Anakdenesor : Masak sendiri..terbaikkkk....