Tuesday, July 11, 2023

Assalammualaikum Beijing

Assalammualaikum,

Baru2 ni, teman ada tertengok satu filem lama tahun 2014. Nama filem tu 'Assalammualaikum Beijing'. Sebenarnya sebelum tu teman tengok filem 'Istanbul Aku Datang'. Comel la Lisa dengan Bento...Tiba2 teringat iklan Pak Mat Western. Eh! melalut pulak.

Ok, berbalik kepada filem ini. Macam biasa cerita diadaptasi dari sebuah novel dengan tajuk yang sama karya oleh Asma Nadia. Beliau juga penulis untuk surga yang tak dirindui.


Assalammualaikum Beijing ini berkisar tentang seorang gadis yang bernama Asma yang kecewa akibat malam sebelum pernikahan, tunangnya datang dan memberitahu bahawa dia telah membuntingkan gadis lain.  Dengan harapan Asma memahami situasinya, si tunang (Dewa) berharap supaya perkahwinan tersebut diteruskan. Sebaliknya Asma menolak. 

Asma membawa diri ke Beijing atas dasar pekerjaan. Di sana dia bertemu dengan seorang lelaki bernama Zhong Wen (kawan Asma panggil mamat ni Zhong Zhong). Zhong Wen ada bagi sebuah buku tentang Ashima seorang puteri Yunnan. Sebab pada dia nama Asma serta keperibadiannya mirip kepada Ashima. Kebetulan Zhong Wen jadi pemandu arah sepanjang Asma di Beijing. Zhong Wen ni macam dah tersuka dengan Asma. 

Asma ni ada satu penyakit yang secara tiba2 dia boleh pengsan menyebabkan boleh kena stroke, serangan jantung, boleh buta, boleh hilang suara, serta boleh menyebabkan keguguran jika mengandung. Kekentalan darah dalam salur darah. (sindrom antibodi antifrofolipid). Disebabkan penyakit tersebut, Asma perlu kembali ke Indonesia.

So Zhong Wen ni macam lost. So dia start cuba cari diri dia dan ambil keputusan untuk menjadi mualaf. Bila dia lalu tempat yang dia pernah bawa Asma, dia selalu teringatkan Asma. Dah la email yang dikirimnya tidak dibalas. Until kawan Asma, secara sembunyi membalas email Zhong Wen semasa dia melawat Asma di Indonesia.

Zhong Wen datang weh...Tetapi semasa both of them suppose to meet, boleh pulak Asma kena serangan..tiba2 mata tak nampak. Mata dah boleh nampak balik, sekali auto neuro ada masalah..tak boleh bercakap. 

Pendekkan cerita..Zhong Wen melamar Asma. Dia bawa Asma untuk melihat patung/sculpture Ashima serta luahkan isi hatinya pada Asma. Walaupun tak boleh bercakap, Zhong Wen tahu getaran cinta Asma pada dirinya. Bapa saudara Zhong Wen juga menolong merawat Asma, so Asma jarang dapat serangan. End up Asma mengandung. So tamat la cerita.

Teman ada juga tengok drama bersiri cina. Tajuk 'old boy'. Kisah pilot tua..hehehehehe.. 

4 comments:

Kakmim said...

Menarik jugak cerita ni... drama indon ke?

nohas said...

Ingatkan dah sampai Beijing..hehe...menarik plot drama ni..

uncle gedek said...

Ingatkan dah terbang je beijing...

fzy fuzzy said...

Kak mim : Yes..filem dari jiran tetangga kita.

Nohas and Uncle : Kelas bahasa mandarin tak habis lagi, so tak boleh kesana..hehehehehe