Assalammualaikum,
Dah usia2 makin senja ni, kita semua akan di uji.
Diuji dengan kesakitan...kata orang asbab pengampunan dosa2 kecil.
Yang sihat diuji dengan menjaga orang yang sakit...penawar paling mujarab adalah sabar, ikhlas, mengembirakan dan mempermudahkan...
Minggu lepas adik yang bongsu kemalangan motosikal semasa hendak ke tempat kerja..kejadian tak jauh dari rumah dia..dalam 5 kilometre gitew..Ada kereta nak elak lubang laluannya..so dia terkanan sedikit dan kebetulan adik tengah memotong...hmmm....tergesel dan terlanggar side mirror kereta. Alhamdulillah tiada kenderaan dari hadapan. Kalau tidak tak tahu la situasinya macam mana. Tetapi adik tetap mengalami kecederaan. Ibu jari kaki patah akibat gesekan di jalan. So kena operate hari yang sama..masukkan besi...
Sabtu pagi baru2 ni pulak, abah pula sesak nafas. Tak cakap banyak terus hantar ke IJN.
So anak yang menjaga abah malam2 pun dalam kesakitan. Mungkin sebab adik tak dapat jaga so abah terpaksa la jaga diri sendiri. Kalau sebelum2 ni nak ke tandas untuk mandi atau buang air besar dan ambil air sembahyang kami yang uruskan...so sekarang terpaksa la mintak tolong nurse. Bila tanya abah ok tak..abah kata nak buat macam mana. Nurse pun selalu lalu lalang tanya kalau abah nak ada apa2 bantuan. Mungkin patient tak ramai kut...hehehehehe...
Masa adik kemalangan sebolehnya kami tak mau mak tahu. Maklumlah..mak kan ke pesakit jantung..mana boleh terperanjat. Tetapi mak tahu juga bila mak mintak si nurul tengokkan facebook adik ipar . Kebetulan dia ada update ttg kemalangan suaminya...
Tu la gerak hati seorang ibu kan....anak dia dalam kesakitan dia dapat rasa..anak dia dalam kesusahan pun dapat rasa....so moral of the story jangan tipu2 mak yea.....
So tugas teman adalah membawa mak untuk melawat pesakit-pesakit yang terlibat.
2 comments:
Syafakillah buat abah & Adik sis. Ada hikmah di sebalik ujian yg melanda.
CArnueyz : Terima kasih..inshallah
Post a Comment