Tuesday, March 7, 2023

Semoga di beri kesembuhan

Assalammualaikum,

Dah usia2 makin senja ni, kita semua akan di uji.

Diuji dengan kesakitan...kata orang asbab pengampunan dosa2 kecil.

Yang sihat diuji dengan menjaga orang yang sakit...penawar paling mujarab adalah sabar, ikhlas, mengembirakan dan mempermudahkan...

Minggu lepas adik yang bongsu kemalangan motosikal semasa hendak ke tempat kerja..kejadian tak jauh dari rumah dia..dalam 5 kilometre gitew..Ada kereta nak elak lubang laluannya..so dia terkanan sedikit dan kebetulan adik tengah memotong...hmmm....tergesel dan terlanggar side mirror kereta. Alhamdulillah tiada kenderaan dari hadapan. Kalau tidak tak tahu la situasinya macam mana. Tetapi adik tetap mengalami kecederaan. Ibu jari kaki patah akibat gesekan di jalan. So kena operate hari yang sama..masukkan besi...

Sabtu pagi baru2 ni pulak, abah pula sesak nafas. Tak cakap banyak terus hantar ke IJN. 

So anak yang menjaga abah malam2 pun dalam kesakitan.  Mungkin sebab adik tak dapat jaga so abah terpaksa la jaga diri sendiri. Kalau sebelum2 ni nak ke tandas untuk mandi atau buang air besar dan ambil air sembahyang kami yang uruskan...so sekarang terpaksa la mintak tolong nurse. Bila tanya abah ok tak..abah kata nak buat macam mana. Nurse pun selalu lalu lalang tanya kalau abah nak ada apa2 bantuan. Mungkin patient tak ramai kut...hehehehehe...

Masa adik kemalangan sebolehnya kami tak mau mak tahu. Maklumlah..mak kan ke pesakit jantung..mana boleh terperanjat. Tetapi mak tahu juga bila mak mintak si nurul tengokkan facebook adik ipar . Kebetulan dia ada update ttg kemalangan suaminya...

Tu la gerak hati seorang ibu kan....anak dia dalam kesakitan dia dapat rasa..anak dia dalam kesusahan pun dapat rasa....so moral of the story jangan tipu2 mak yea..... 

So tugas teman adalah membawa mak untuk melawat pesakit-pesakit yang terlibat.


Sebelum ke destinasi pertama, kita pekena sarapan dulu di restoran bismilah depan Jabatan Ukur Jalan Semarak.


Kata adik ipar, accident kali ni adik macam lemah semangat dan tak bermaya sikit. Mungkin sebelum2 ni calar balar dan luka2 sahaja..tapi kali ni kena masuk besi...
Adik baru cakap nak bawak anak2 dia bercuti ke tepi laut...hmmmm nampaknya bercuti di rumah sahaja la...


Lepas tengok adik di Sg Buluh, kami ke IJN tengok abah pulak. Kebetulan pidaus pun bawak anak2 dia nak tengok abah. Amin kata rindu kat atuk...
Terpaksa la pesakit sebelah2 abah layan amin bercakap..ultraman la..spiderman la....
Tengok tu abah..sedap bebenor bila nurul garu belakang. Hehehehehe...
Alhamdulillah, tengok abah lebih sihat dari hari sebelumnya...kaki yang bengkak dah kecut sket.
Setakat coretan ini di tulis...tiada lagi khabar berita dari doktor yang merawat, bila gamaknya abah boleh balik...takpe la bah...biar mereka merawat sehabisnya...
Kitaorang jaga mak...

2 comments:

Carneyz said...

Syafakillah buat abah & Adik sis. Ada hikmah di sebalik ujian yg melanda.

fzy fuzzy said...

CArnueyz : Terima kasih..inshallah