Assalammualaikum,
Cerita berlaku hujung bulan lepas. Teman kena attend satu meeting kat lawyer office in KL. Memandangkan cik B ikut sekali, so takde la tidur rumah KL. Since meeting start at 9.30am maka kami gerak dalam 6.40 gitu. Kalau tak lambat la sampai. Teman jangka at least 1 hour to 1.5 hour la sampai KL. Toll Sg Besi jangan buat main woo...lagipun teman tak suka/tak gemor sampai office orang lambat bila ada meeting atau jumpa orang. Kecuali terpaksa..tu pun effort call setengah jam sebelum sampai.
Sekali sampai 7.30 daaa...sarapan la dulu kat area2 Masjid India sebab meeting kat Jalan Melaka. Dalam 8.20, AG drop kami depan bus stop. Sebab ingat pukul 9 baru naik office client. Tengah2 scroll phone nampak satu email masuk. Masa tu dalam pukul 9 la. Email tu pukul 8.59 am. Cakap fizikal meeting cancel ganti dengan online meeting. Cheh!!....Dalam 9.15 gitu that person in charge call tanya ada terima email atau tak...Teman bising la..why u tak call i b4 9 tadi? I dah sampai ofis u since 8.30 tau... Oooo..baru dapat arahan dari big boss...Kalau nak meeting online pun, teman mana ada bawak laptop. Lepas tu kalau guna handphone, macam tak proper jer...
Kalau nak tunggu teman sampai office at least another 45 minit. Nak tunggu AG datang lagi...
So teman suruh dia call big boss teman, at least. adoiiiii....
Bukan tu sahaja...keesokkan harinya ada hearing kat court. Tapi teman tak attend la, mintak ada satu lagi RV untuk attend. Dia pun kena scam. Lawyer salah tengok tarikh....the following date rupanya....masyallah...
Tengok macam sungai ni..tetap mengalir walaupun ada banyak halangan sepanjang laluan.
Setenang-tenang sungai, kadang2 boleh memudaratkan..maka jadi la banjir di sana sini.
Manusia pun begitu...selagi boleh bertenang kita bertenang...tapi ketenangan kita jangan di pandang enteng...takut berputih mata...walla weiii....
5 comments:
kita yg merancang masa, tuhan tentukan., hehe
Aduhai..boleh plak macam tu ye....kesudahnya meeting onz x tu?
Nasib baik bukan kena scam meeting kat Melaka...lagi jauh..haha
Takde etika profesional pukul 8.59 baru nak bagitau meeting physical cancel tukar online pulak. Sekurang2nya sediakan laptop di ofis untuk awak join meeting online memandangkan awak dah sampai ke ofis dieorg. Mujur tak dpt kat saya, mmg saya akan bising sbb membazir masa saya.
Masa saya kerja dulu, sebagai meeting organizer saya sgt hormati masa meeting participants. Kalau saya nak tukar / tunda saya akan tukar paling lewat sehari sebelum dan call sorang2 bgtau takut dieorg tak perasan ada perubahan.
Wak Lat : Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian. Saya tak rugi sebab dapat makan best roti canai area masjid india tu. Hehehehe
SA : Saya sampai ofis dalam pukul 10.45, meeting online tak start, start lagi. Hehehehe..lepas lunch kaedahnya..saya tak attend la sbb dah ada schedule meeting lain. Boss besar sendiri yang attend.
Fairus: Kalau kena scam ke Melaka..kita JJCM ler...
Carneyz : Betul. Yang kita ni siap tulis besar2 kat white board, meeting atau discussion apa kena attend untuk seminggu. Even yg bulan depan atau berbulan2 lagi punya meeting pun dah letak sbb takut lupa. Kalau ada perubahan tukar kat situ. Agaknya mereka ni ingat kami ni kerja satu bangunan kot, tu yang suka2 hati tukar. First time kena mcm ni since start kerja lah. Saya sound juga..tapi tonasi yang belah sana macam 'do i care!!!'..eeeiii geram betullll...
Post a Comment