Monday, December 19, 2022

Berdebar Jantungku

Assalammualaikum,

Pagi Jumaat mak dah call cakap susah nak bernafas. Teman macam biasa kata kena bawak terus ke kecemasan HKL. Setengah jam lepas tu, mak call balik kata adik teman bawak tapi ke klinik sahaja. Lepas jumaat teman call mak, mak cakap dah ok sikit..doktor kata gastrik..mungkin sebab makan ubat jantung n cair darah...aikkk..cuak jer ni.

Sabtu, 5 minit sebelum azan subuh, mak call cakap tak boleh bernafas balik..dengar suara pun macam tercungap2. Abang Gebu pulak pukul 5 pagi dah keluar ke PD. Adik teman katanya semalam nak balik ke Setiawan, kampung husbandnya...Allah....

Sepantas kilat mandi n solat. Cuba cari grab. Pukul 6..sunyi sepi jer apps. Pukul 6.30 ada dapat satu..tapi mamat tu cancel pulak. Cuba lagi..6.50 dapat seorang lagi..alhamdulillah. 7.20 sampai Keramat. Bawak mak ke HKL. Rupa-rupanya adik teman ada dan dia cakap semalam macam berat nak balik kampung. Tambah2 bila mak macam tu. 

Sampai HKL..procedure macam biasa. So bacaan ECG mak not so ok..kena tolak ke red zone. Luckly teman compile semua rekod/lapuran perubatan mak..samada dari IJN, Hospital Serdang or department yang berkaitan. Doktor tak banyak cakap. Sambil baca doktor bagi arahan kat team dia untuk buat apa...

Bacaan jantung mak drop dari 50% ke 30% sahaja. 

Ada la teman masuk sekali dua..untuk pengesahan dengan doktor.  Dalam 3 lebih mak ditolak ke wad isolasi belakang kecemasan. Tapi tak boleh masuk..cuma dapat tengok dari balik pintu. Jadi lah. Tanya doktor..mak dah stabil...alhamdulillah... siap lambai2 teman..ingat nak apa..sekali mak nak hp daaa...oooo...memang dah ok sangat mak ni..hehehehehe..

Semalam mak dah dinaikkan wad di tingkat 5. Boleh melawat dan doktor ada jumpa teman. Katanya bacaan buah pinggang mak tak ok sangat..keep droping. Teman cakap laaaa baru jumpa doktor nefro minggu lepas. Katanya buah pinggang mak bertambah baik dari stage 3b ke stage 3a. Kalau nak cakap device pacemaker mak, bulan 10 dulu dah cek di hospital serdang. Device tip top boleh guna lagi 10 tahun. Tak pe la doktor, u buat la apa yang terbaik to identify permasalahan yang berlaku ni...hari ni tunggu kardio cakap apa...samada mak perlu di tahan lagi atau boleh discharge.






5 comments:

fairus said...

Semoga dipermudahkan segala urusannya dan moga kembali sembuh sepenuhnya seperti sediakala.

Carneyz said...

Allahu... semoga mak baik2 je. Terus teringat pengalaman mak sakit ulu hati sampai muntah2, mula2 igtkan gastrik tapi bila makin teruk sampai tak boleh bangun terus bawak ke hospital. Rupa2nya kena serangan jantung. Nasib baik adik awak bawak mak cepat ke hospital.

nohas said...

Allahu..syafakillah, semoga sihat maknya, spt biasa..

uncle gedek said...

Semoha baik2 semua... yang penting patuh doktor.

fzy fuzzy said...

Fairus : Aminn..terimakasih

Carneyz : Tu lah..untuk pesakit jantung anything yg triggers jangan bawak pegi klinik, bawa terus ke kecemasan hospital.

Nohas : Inshallah kak.

Uncle : Aminn..terimakasih.