Monday, July 25, 2022

Kenduri Kahwin

Assalammualaikum,

Sabtu lepas..ada dapat jemputan kahwin. Dari officemate syarikat yang teman mula2 kerja.

Anak sulung perempuannya kahwin. Buat kat Forest Valley, Bandar Bukit Mahkota, Cheras, SDE.

Memang masuk forest betul..hehehehehe..

Sampai2..tengok kereta banyak bebenor...besar kenduri tuan rumah ni.

Rupa-rupanya disitu ada empat kenduri serentak didalam empat bangunan berasingan. Jangan salah bangunan sudah. Nasib baik parking banyak. 


Kami sampai dan park kereta betul2 azan zohor berkumandang. So AG solat dulu. Surau ada disediakan. Teman ganti mak pengantin jadi penyambut tetamu  kejap sebab mak n ayah pengantin bergambar dengan pengantin. Hehehehehe..


Berlatar belakangkan hutan hijau. Dinding dan atap kaca. Kalau hujan best ni...


Keluarga pengantin perempuan. Dah abis zoom ni. Besar dewan ni. 


With high-ceiling. Bagus...untuk pengaliran udara..


Kenduri bangunan lain.


Another two others 'kenduri'



Rasanya dalam compound yang sama dengan bangunan2 majlis perkahwinan ni. Tiba-tiba dengar anjing ramai2 menyalak. Iskh..tempat apa pulak ni...jom..jom..kita blah cepat-cepat....

1 comment:

Wak Lat said...

wahh kol 1 tengahari panas berdeting nih., ;p