Assalammualaikum,
Anak bongsu teman dah pulang ke Kota Bharu, mengikuti suaminya yang mengambil keputusan untuk membuka perniagaan di kampung halamannya.
So rumah teman tu kosong lah sekarang. Nak disewakan macam sayang. Takut rumah rosak. Tambah kos pulak nak mengubahsuai semula.
Kalau disewakan ada la duit tambahan sket...hehehehehe..boleh buat beli jajan atau beli barang basah dan sayur-sayuran yang harganya dah melambung bak kayangan.
Sebelum kemas apa yang patut..kita sarapan lah dulu.
Kalau nak ke Wak Manjo..parking kat sini. Dah settle boleh keluar ke kiri...untuk mengelak trafik jem.
Nak juga berposing depan tu.
Hai la cucu, abis di conteng dinding nenek.
Nak cat balik..sekali silap beli cat daaa...masih lagi nampak kesan contengannya...
Ingat nak transfer internet ke rumah mak. Banyak sangat prosesnya. So kita kekalkan...beli android box. Boleh tengok maciam-maciam....
Owh..tingkap tu nak pasang blend. Sekali drill tak lut...kena pakai yang besar...nanti nanti la...
orang cakap nak hilangkan bau kepam almari..buka pintu dia..biarkan udara segar masuk..ntah la..
Tilam tu dah 15 tahun umurnya..guna la king koil...tahan sampai dua generasi..hehehehehe
Kat section ni banyak lagi barang yang nak kena buang. Terutama barang plastik.
Antara putrajaya dan di bukit baru. Teman prefer di sini...
1. Dekat dengan mak dan abah
2. Air bersih woo...compare di putrajaya..keruh..
3. Lift beberapa langkah sahaja dari unit.
4. Nak cari makanan senang. Chowkit, kg pandan, keramat, wangsa maju..janda baik pun boleh pergi
5. Kalau order grab food hantar sampai pintu rumah. Disana kena turun collect.
6. surau bawah rumah jer..tak payah nak bawak kereta drive 7 ke 8 km.
7. jiran saling mengenali
8. rumah kecil so tak banyak nak kena kemas...hehehehehe
9. Kalau nak ke utara, selatan, timur, barat senang jer...
Satu jer tak best...designated parking takde...first come first serve...double n triple park..hehehehe
Apa-apa pun syukur alhamdulillah...ada juga rumah khennn....
1 comment:
duduk kat tengah2, memg senang nak ke mana2..
tapi susah pulak nak ulang-alik ke ofis..
Post a Comment