Tuesday, December 7, 2021

Tiada istilah habiskan cuti hujung tahun

Assalammualaikum,

Semalam ada perbincangan antara pengurusan tertinggi.

Salah satu topik adalah ada beberapa permohonan staff untuk menghabiskan cuti tahunan pada bulan ini dengan alasan cuti banyak dan hanya 7 hari sahaja yang boleh dibawa kehadapan.

Boss besar tanya la ada implikasi ke sekiranya dia mengambil keputusan untuk tidak meluluskan apa-apa permohonan cuti kecuali atas alasan ke hospital, menjaga mak atau ayah sakit atau kena ambik exam. Tu belum lagi staff yang ngulor..hehehehehe.. staff yang minta kebenaran untuk keluar KEJAP..tetapi end up sampai petang or tak masuk ofis balik...pun adaaa...

Tambahnya lagi..semasa pkp..staff duduk dirumah tanpa buat apa2 pun. Gaji jalan. Cuma segelintir staff yg kena bekerja untuk menyiapkan task diberi. Lagipun bulan 12, kerja tengah banyak. Maklumlah nak tutup akaun.

Apa-apa pun teman macam ni la..cuti atau tak cuti sama jer...can work anywhere maaa....

Tapi ada sesetengah orang yang kata..kalau cuti tak boleh diganggu...

Kalau level staff biasa boleh la cakap macam tu..tapi kalau sesuatu projek tu koa pegang..or pembuat keputusan..bila diperlukan kena la contactable...unless ur filling system tip top and sistematik...sesiapa pun boleh extract the correct file without mistake. But still people will call you to get your opinion. Kita layan jer la..

Apa-apa pun kita ngopi la dulu lps htr tender pagi tadi...









5 comments:

nohas said...

bulan 12 ni jgn haraplah nak cuti lelama...hari cuti pun kene keje..teman ada 20 hari cuti nak kena habiskan..nampaknya kena burn lah melainkan bos baik hati bg permission carry forward semuanya..huhu..

Faizal R said...

Pada saya nak cuti, cutilah, jangan sampai menyusahkan orang lain sudahlah.

fzy fuzzy said...

nohas - betul bulan ni tak boleh cuti langsung membawa sampai ke bulan 2 tahun depan kak..

Faizal R - yea cuti mmg kena rancang...saya selalunya luluskan jer sesiapa yang nak bercuti..cuma kena pastikan kerja siap dan boleh dihubungi..itu jer..

uncle gedek said...

Uncle senang... cuti apply kat aunty... tapi jarang lulus pun... hahahahaha

fzy fuzzy said...

Uncle : hehehehehe..terer lagi aunty dari boss besar saya...