Wednesday, October 20, 2021

Rindu - update

Assalammualaikum,

Ahad 17.10.2021, abah dah discharge dari wad KK2. Yeay....



Paru2 yg kena jangkitan kuman alhamdulillah dah ok.

Cuma abah ada masalah lain. Doc cakap beat jantung abah tak ok. 

Pernafasan tak smooth sangat...

Diaorang nak refer ke hospital jantung..samada Hospital Serdang atau IJN..

Tapi mereka suggest terus ke IJN sebab abah pesara kerajaan...

Cerita tentang pesara kerajaan...tak tau pula ada macam2 kategori.

Pesara under kerajaan persekutuan dan pesara under badan berkanun.

Mardi fall under badan berkanun kut...

Actually mak teman pun pesakit jantung. Dah buat angio dan tanam pacemaker di IJN..

Al-kisahnya kenapa mak buat rawatan di IJN, bila unit jantung HKL melalui proses renovasi some 5 to 6 years back (tak ingat sangat)...so semua pesakit jantung kena refer ke Serdang. Semasa d Serdang..doktor situ ada tanya kalau2 ada ahli keluarga merupakan penjawat awam..Teman cakap la ada...Abah dan adik perempuan teman...So doktor bg reference letter untuk dapatkan rawatan di IJN memandangkan di Serdang terlalu ramai yg menunggu giliran dan masa tu mak mmg memerlukan rawatan as soon as possible. Sbb giliran untuk mak, dia tak boleh jamin untuk dapat dalam setahun dua ni......uishh...serius!!!!....

So kami ke IJN la...yes..mmg mak ada masalah jantung...ada salur yg tersumbat...so buat la angio...rasanya kos dalam 30k kut ker belas2 RM...lupa pulak...

Then followed by pacemaker tahun lps. Yes..ni mahal..60k lebih...

Recently, kami ada menerima pesanan dari IJN yg MARDI no longer cover untuk rawatan mak mulai bulan depan. Bukan mak sahaja..termasuk pesakit2 lain yg dibawah MARDI...siannya...

Means semua ubat mak yg berjumlah RM2,000 setiap 3 bulan sekali dah start kena bayar sendiri..untuk next appointment bulan depan...

Mak dah mula risau..teman cakap sabor mak...ada jalan penyelesaian...

So kalau isteri pesara tidak di cover, kalau pesara tak tau la nasib...

Kami faham..IJN tu bukan 100% government hospital...partly n ada money oriented spt hospital swasta lain..

My sister pun cakap, ada boss boss pulis yg masuk IJN pun kena discharge...

What happenggg...aiii...kita ni dah takde duit allocation untuk kesihatan sakit  kronik lain ke sbb semua lump bg menangani kubid ni....

So kalau refer ke Serdang...bukan ker Serdang sekarang jadi hospital untuk kubid...

Then ke-mana pesakit yang nak memerlukan rawatan pergi?????...

Or...biar bagi mati kejung jer....

Nampak gaya kena la cari duit lebih..bagi menampung kos rawatan ayahanda dan bonda terchenta...

Wallahualam....

4 comments:

Wak Lat said...

semoga dipermudahkan urusan aminn

nohas said...

semoga dipermudahkan urusan dan kesihatan ayahanda bonda bertambah baik..

uncle gedek said...

Syukur dah discaj...

Abah sure lagi suka...

fzy fuzzy said...

Wak Lat : Aminnnn...

Nohas : Inshallah...

Uncle : Haah...abah kata duduk hospital tak boleh bergerak...