Saturday, April 17, 2021

Wordless Saturday

Assalammualaikum,

Orang lepak kat rumah...kita kat ofis siapkan kerja... 


Tiba-tiba nak dengar orang berpantun.


Apa guna kepuk di ladang         
Kalau tidak berisi padi     
Apa guna berambut panjang     
Kalau tidak berani mati     (baru tunjuk gunting dah tadah kepala, cheh!)

Guruh berdentum bumi bergegar
Ayam jaguh sedang bersabung
Jangan cakap sahaja berdegar 
Hulur senjata kita bertarung  (orang sekarang pakai senjata-api canggih, takpun main ilmu sihir)

Limau bentan di tepi tingkap     
Budak-budak melempar burung 
Harimau di hutan lagi kutangkap    
Inikan pula cicak mengkarung  (adik beradik dgn tokek tak?)

Anak Cina bersampan kotak     
Muatan sarat dengan ragi  
Biar retak bumi kupijak             
Kamu takkan kulepaskan lagi (uishhh...jangan berdendam lama2. Biarpun pedih kasih berpanjangan)


3 comments:

Wak Lat said...

tu gmbr hang tuah kat muzium ke?

fzy fuzzy said...

Haah..wak lat..memenuhi permintaan staff nk site visit muzium...hehehehehe..

fairus said...

Muzium negara kalau tak silap. Di Melaka pun ada arca Hang Tuah ni.