Assalammualaikum,
Orang lepak kat rumah...kita kat ofis siapkan kerja...
Apa guna kepuk di ladang
Kalau tidak berisi padi
Apa guna berambut panjang
Kalau tidak berani mati (baru tunjuk gunting dah tadah kepala, cheh!)
Guruh berdentum bumi bergegar
Ayam jaguh sedang bersabung
Jangan cakap sahaja berdegar
Hulur senjata kita bertarung (orang sekarang pakai senjata-api canggih, takpun main ilmu sihir)
Limau bentan di tepi tingkap
Budak-budak melempar burung
Harimau di hutan lagi kutangkap
Inikan pula cicak mengkarung (adik beradik dgn tokek tak?)
Anak Cina bersampan kotak
Muatan sarat dengan ragi
Biar retak bumi kupijak
Kamu takkan kulepaskan lagi (uishhh...jangan berdendam lama2. Biarpun pedih kasih berpanjangan)
3 comments:
tu gmbr hang tuah kat muzium ke?
Haah..wak lat..memenuhi permintaan staff nk site visit muzium...hehehehehe..
Muzium negara kalau tak silap. Di Melaka pun ada arca Hang Tuah ni.
Post a Comment