Thursday, April 15, 2021

Bas Mini Legend

Assalammualaikum,

Ingat tak sapa2 yang duduk Key Ell antara tahun 80an dengan 90an.

Kalau ingat tentu biasa kalau nak kemana-mana naik pengangkutan popular, iaitu bas mini.

Perkhidmatan bas mini bermula pada 23 September 1975 dan berakhir pada 1 Julai 1998. Teman baca kat wikipedia yea.

Memandangkan bas ni kecil, biasanya ini adalah pengangkutan yang terpantas untuk sampai kemana-mana destinasi. Setakat naik atas divider jalan tu perkara biasa. Belum lagi cilok mencilok ketika lalulintas sesak. Atau berhenti tiba-tiba sebab nak mengambil dan menurunkan penumpang. Berebut penumpang lagi.

Kekerapan waktu perjalanan dan penumpang yang disumbat macam sardin dalam bas ini adalah perkara biasa. Cuma yang best tambang dia murah. Antara 0.20 sen ke 0.50 sen. 

Teman biasanya kalau balik dari UITM Shah Alam, teman naik bas mini No. 19 dari Central Market nak ke-rumah di Mindef. Kalau kebetulan dapat driver dgn attendant tiket yang duduk dkt2 dgn rumah teman, mereka akan hantar sampai ke rumah. Sbb bas ni perhentian terakhir adalah di depan masjid Mindef sekarang. So kena menapak naik bukit tonggek dua lebih kurang 15 ke 20 min. 


Bas mini ni ada dipamerkan di Muzium Negara.

Teman juga dikhaborkan ada juga yang mengorat awek dan ada yang bertemu jodoh dalam bas mini ni...hehehehehehe..

3 comments:

fairus said...

Saya pernah ke Muzium Negara dan mengambil gambar kenangan bersama bas mini ini. Saya juga ada menulis di dalam blog mengenai bas mini ini. 😃

fzy fuzzy said...

fairus ; cool...

Wak Lat said...

ni bas legend. biasa yg penah naik bas mini ni skrg dh bercucu.. dan ada yg dah bermadu 2 3 n 4.. erk?