Assalammualaikum,
Pada pagi Rabu 17.3.2021 lebih kurang jam 9.45 pagi, tengah tunggu staff kat ofis nak gerak je JB. Teman ada court hearing pengambilan balik tanah pada pukul 9 pagi keesokkan harinya...
Tiba-tiba dapat call dari AbangGebu (AG)...katanya kereta kena langgar belakang...Allah...
Tak jauh pun kejadian dari kawasan rumah...Klu dari Putrajaya/Hospital Serdang ikut Lebuhraya Bisraya sebelum susur kiri nak ke UPM dan nak ke Toll Seri Kembangan (NSE). Lane paling kanan sekali tu.
Myvi cium punggung x-trail...iskh..iskh..iskh...yang bawak myvi tu pompuan. Nurse kat hospital swasta. Dia mengaku yg dia bawak laju. AG kata dari susur hospital serdang lg myvi ni mmg menonong laju..tu yang AG lari dr lane tengah ke lane paling kanan..dia ikut juga..depan kereta AG ada kereta brek sbb depan kereta dia brek dan depan kereta tu pun brek...kita mmg ler sempat brek tapi dah dia follow rapat sangat mmg ler berdentum...dah tu mmg sifat yg bawak kereta jenis ni suka cucuk rapat2...bukan semua tetapi kebanyakkannya la...king of the road katakan...haisssssh...
Teman sebenornya paling benci bila terlibat dalam accident ni tambah2 melibatkan reckless driver.
Menyusahkan dari segi kena tunggu towing or carrier datang, kena buat buat laporan polis, lps tu kena bawak ke centre atau bengkel. Uish makan masa sehari suntuk juga la..
Kebetulan kita pulak nak outstation sbb ada court hearing utk land acquisition keesokkan harinya kat JB...AG dia mana reti nak urus2 ni semua. Alhamdulillah ada bakal anak angkat yg tolong. Dia la yg bawak uncle p balai kat seri serdang tu. Tapi sekali kena p kat trafik sepang sbb nak claim insuran. Tu yg tunggu carrier datang, bawak p sana lps tu patah balik ke Balakong htr ke nissan centre.
Lepas tu melilau cari kereta sewa lg..maklumlah teman ni ada kereta satu jer..motor pun takde..Dapat la sewa axia sehari RM120. Kalau sewa seminggu RM550. Malas fikir proceed jer..
Sambil otw ke JB tu call insurance, call nissan mintak advise on the process...bengkel call kata nak semua dokumen berkaitan. Teman dah la takde..cakap la balik dari JB teman urusakan. Bila tanya berapa lama estimate kereta nak siap...klu dokumen lengkap maksimum 3 minggu...uishhh..baik cakap sebulan terus...
On 2nd thought..kalau sebulan kereta nak siap takkan nak sewa axia tu selama sebulan dengan bayaran dekat RM1,800..uish macam tak berbaloi jer..x trail baru bayar 1,500 sebulan..bapak mahal sewa kereta... Rezeki teman...teman sepejabat bagi pakai kereta dia..bayar 900 jer untuk sebulan...ok la tu..kia forte...besorr la juga dari axia...hehehehehehe..
Eh lupa..kedua2 pemandu safe n sound...
Takpe la..kita anggap sahaja ini ujian Allah kat kita..kita hilang ini..mana tau Allah nak ganti yang lebih baik, lebih bagus, lebih besor..lebih mahal....aminnnnnn....
4 comments:
semoga dipermudahkan urusan semua..
laa apa no plat kete hitam depan yg kene cium bontot tu cikkak? hehehe
nohas - inshallah kak.
wak lat - awatttt..nak p ambik nombor kaaa..jangan buat pasai...hehehehehehe..
Kereta saya gunakan sekarang pernah dilanggar dan pernah melanggar.. 😅😅😅
Post a Comment