Saturday, June 27, 2020

Qiamulail, opening n ziarah

Assalamualaikum,

12hb June 2020 (Jumaat)

Dalam pkl 3.30 pagi kami semua berkumpul di ofis. Masih mengamalkan SOP yang ditetapkan tidak melebihi 20 orang. Sempena dengan pelancaran 1,000 korban asnaf yang akan diadakan pada pukul 9.30 pagi hari yang sama, tuanpunya syarikat telah mengambil insiatif untuk mengadakan qiamulail.
Yea la..kita nak memulakan sesuatu yang besar harus mintak dari pemberi rezeki iaitu Allah SAW. Mana tau dalam 15 orang tu..salah seorang mustajab doanya...aminnn... Solat tahajud, taubat, hajat, tasbih dan witir di pimpin oleh Ustaz Azlan. Ustaz ni la yg lead program qurban. Qurban tidak dilakukan di sini...tapi di bumi Afrika. Kenapa di sana? Nak tau lebih lanjut..terjah la website yayasan...ngeee...

Majlis selesai dalam 7.30 pagi. Kebanyakkan dari kami tak balik rumah pun. Malas la..nanti nak datang balik ofis..lagipun..boss besar cakap..siapa yang attend qiamulail boleh balik dalam pkl 12 tgh. Tunggu jer la...Kebetulan pulak dalam pukul 8.00, seven eleven outlet kat ofis ni membuka pintu buat pertama kalinya...apa lagi budak2 ni pun serbu la...


Dalam pukul 10.30, ahkak dan uteh ke Meru, Klang. Menziarah seorang sahabat satu dorm masa di ITM dulu yang baru menjalani pembedahan membuang rahim dan ovari.  1992 sampai sekarang...masih bersahabat...
Love to see her, walaupun nampak susut badannya tetapi she always ceria and positif.  
Stay strong Angah...kami sayang angah....

1 comment:

nohas said...

Bagus aktiviti mcm ni, ramai yg buat ibadah korban di luar negara..