Monday, June 29, 2020

Ikan pekasam dan gulai kambing tempoyak

Assalammualaikum,

Semalam macam biasa ke rumah mak...4 hari tak jumpa..hehehehehe
Sampai2..bagi salam..mak buka pintu.
Kaki melangkah naik tangga....
Tiba-tiba...hidung ini menghidu suatu bau yang kurang menyenangkan...
Tanya mak....kuching mana yang berak lagi ni...cari2 kat luar rumah...tak nampak pun...
Cubaan masuk rumah lagi...
Oh..nooo....bau ini...bau ini....
Tanya lagi mak...
Mak kata mak baru lps goreng ikan pekasam dan buat gulai kambing tempoyak
Terus batuk-batuk dan rasa nak muntah...
Sebelum-sebelum ni ok jer bau ikan pekasam...malah ikan ni kategori boleh la akak makan..walaupun bukan favourite....
Gulai kambing tempoyak ni dimasak oleh adik ipar dari Kedah minggu lps....mak letak dalam freezer
So kebetulan mak panaskan...
Perghhh....memang boleh membuatkan akak pitam
Sedangkan gulai tempoyak kalau masak dengan ikan patin memang peberet juga...
Ohh...adakah sebab faktor usia...





















harap2 tempoyak mentah gaul dengan cili ni boleh makan ler...

Saturday, June 27, 2020

Siri Kepimpinan 2.0

Assalammualaikum,

Rentetan dari siri kepimpinan 1.0 yang telah diadakan pada tahun lepas.
Sepatutnya program ni diadakan pada hujung bulan 3 tahun ni..tapi sebab PKP so tertangguh.
Minggu lepas berlangsungnya acara tersebut.
Macam biasa norma baru..kena ikut SOP yang ditetapkan.
Jarak, bacaan suhu, hand sanitizer, penutup mulut, etc semua di ambil kira.
Cuma bila bergambar jer la bukak..kalau tak ...tak payah bergambar ler..ngeee...


Salah seorang speaker adalah Ketua Eksekutif UDA...banyak tips yang beliau share..


Additional knowledge on social media...


The ladies...biarpun akak seorang jer yang umur late 40's dan yang lain-lain 20's and 30's...nampak macam sebaya kan?...hehehehehehe


Valuation team and the big boss.

Qiamulail, opening n ziarah

Assalamualaikum,

12hb June 2020 (Jumaat)

Dalam pkl 3.30 pagi kami semua berkumpul di ofis. Masih mengamalkan SOP yang ditetapkan tidak melebihi 20 orang. Sempena dengan pelancaran 1,000 korban asnaf yang akan diadakan pada pukul 9.30 pagi hari yang sama, tuanpunya syarikat telah mengambil insiatif untuk mengadakan qiamulail.
Yea la..kita nak memulakan sesuatu yang besar harus mintak dari pemberi rezeki iaitu Allah SAW. Mana tau dalam 15 orang tu..salah seorang mustajab doanya...aminnn... Solat tahajud, taubat, hajat, tasbih dan witir di pimpin oleh Ustaz Azlan. Ustaz ni la yg lead program qurban. Qurban tidak dilakukan di sini...tapi di bumi Afrika. Kenapa di sana? Nak tau lebih lanjut..terjah la website yayasan...ngeee...

Majlis selesai dalam 7.30 pagi. Kebanyakkan dari kami tak balik rumah pun. Malas la..nanti nak datang balik ofis..lagipun..boss besar cakap..siapa yang attend qiamulail boleh balik dalam pkl 12 tgh. Tunggu jer la...Kebetulan pulak dalam pukul 8.00, seven eleven outlet kat ofis ni membuka pintu buat pertama kalinya...apa lagi budak2 ni pun serbu la...


Dalam pukul 10.30, ahkak dan uteh ke Meru, Klang. Menziarah seorang sahabat satu dorm masa di ITM dulu yang baru menjalani pembedahan membuang rahim dan ovari.  1992 sampai sekarang...masih bersahabat...
Love to see her, walaupun nampak susut badannya tetapi she always ceria and positif.  
Stay strong Angah...kami sayang angah....