Wednesday, May 13, 2020

10 ramadhan terakhir -juadah syawal

Assalammualaikum,

Kita sudah memasuki fasa 10 ramadhan terakhir.
Kita begitu teruja dengan kehadiran malam lailatul qadar yang bersamaan dengan 1000 bulan.
Kita mendengar ustaz atau ahli agamawan membicarakan tentang malam tersebut.
Kita juga mendengar sekiranya setiap hari tersebut kita menderma/bersedekah waima RM1..bayangkan berapa banyak pahala yang kita akan dapat..inshallah.

Bercakap tentang derma/sedekah...sebagai salah seorang sukarelawan di Yayasan Budi Ihsan Malaysia, dengan rasa lapang dada saya menjemput kepada para pembaca blog ini..(kalau ada lahh..) untuk sama-sama menderma bagi salah satu program yang disediakan iaitu 'Juadah Syawal 1001 Asnaf'.
Maklumlah zaman PKP, PKPD dan yang terbaru PKPB ni...terawih berjemaah takde, solat sunat aidilfitri pun mungkin takde (subject kepada keputusan yang akan diwarkan hari Khamis oleh menteri agama)..
Tapi kita boleh sediakan juadah hari raya kan...bagaimana yang memang tak mampu terutama golongan asnaf...itu yang kita adakan program ini.
RM150 untuk satu keluarga, bagi mereka menyediakan juadah di pagi raya. Kalau tak mampu RM150..RM10 pun ok...seikhlas hati...
Dari derma tuan/puan, pihak kami akan menyediakan satu kotak. Didalam kotak tu ada ketupat segera, lemang segera, susu tin, teh, gula, garam, bawang, ikan sardin, beras dan maggi. Manakala wang tunai akan diberi untuk mereka membeli bahan mentah seperti ayam sekor/daging 1 kilo serta santan untuk memasak.
Kami target 1000 asnaf. Tumpuan lebih  kepada disekitar Lembah Klang.
Sejak keluar dalam TV Al-Hijrah 2 hari lepas..dan semalam di Selamat Pagi Malaysia...banyak dapat call dan panggilan untuk golongan asnaf. ni..yang nak derma dalam amount yang besar sket belum la masuk lagi...hehehehe..inshallah..lagi banyak dapat derma..lagi la ramai yang boleh dibantu..yea dak...





1 comment:

nohas said...

Inshaa Allah, membantu mereka yg kurang berkemampuan supaya dapat sama2 bergembira di hari raya..