Wednesday, November 30, 2016

Jalan-jalan ke Taiping


Assalammualaikum,

Jumaat lepas penghujung hari persekolahan kami sekeluarga bertujuh iaitu ahkak, mak, abah, yeop sipan, anak yeop 2 orang dan lokman anak pidaus menuju ke utara, iaitu Taiping. Ada kenduri kahwin anak adik mak..lagipun since accident last 3 1/2 half year abah dah lama tak balik kampung..

Abah ada hajat di Kuala Kangsar, nak tanam pokok derogyan dan rambutan...we olls senyap jer la..malas nak bantah..tu pun nyaris2 nak bawak cangkul dalam kereta..nasib baik dah full house..yer la dengan kerusi roda lagi, beg pakaian lagi..maklumlah tujuh orang...

Bertolak dari rumah dalam pkl 10 dan sampai di Kuala Kangsar ngam2 bang pertama Jumaat..singgah la di Masjid Ubudiah..bagi yang lelaki menunaikan solat jumaat..abah sekali!!! sementara tu ahkak dengan mak ronda2 pekan Kuala Kangsor.. beli selipar anak yeop yang putus..
Takde apa2, pekan masih macam dulu..tapi kedai banyak tutup mungkin sebab hari jumaat..

Lepas jumaat kami lepak di dataran sungai perak pekena ikan sungai..kelabo, jelawat, talapia dan yang seangkatan dengannya.. pehhh..makan sampai tak tengok kiri kanan..

Lepas kuala kangsar shoot terus ke Taiping. Ahkak booked hotel di Simpang, Taiping..senang nak ke majlis kenduri yang terletak di Kampung Dew, Selingsing.

Malam tu misi mencari kedai mee udang Mak Jah di Kuala Sepetang...selain mee udang ada la menu goreng-gorengan yang lain...

Esoknya pula pekena roti canai sardin yang rangup di kedai murtabak mydin, sebelah stesen bas Simpang..murtabak dia pun not bad..roti canai telur dengan biasa pun not so berminyak. Ahkak, yeop sipan dan mak sempat lagi ronda2 ke Kuala Sepetang beli ikan masin, ikan bilis dan udang kering. Tengok ada pulak cruise bawak ronda kuala dan aktiviti lain seperti bagi helang makan, tempat ternak ikan dan lain2. Kalau nak bawak abah sekali boleh tapi tunggu air pasang means dalam 2 petang ke atas..sebab senang nak tolak kerusi roda masuk dalam bot. Apa2 pun pengusaha bot suruh call dulu sebelum datang, takut air tak berapa nak tinggi sangat.

Dalam pkl 12 gerak ke Kampung Dew..kami sama sampai dengan rombongan pengantin lelaki.. masa tu langit cerah dan matahari menyengat kulit..dalam pkl 2.30 tengok awan mendung dah berarak datang berserta angin. Nampak gaya aktiviti naik bot tak dapat nak proceed, dah la bawak abah..teroleng-oleng nanti..tak pasal2 menjawab...ngee....

Lepas kenduri kami gerak ke Chuor..mak nak singgah beli madu kelulut di Syamille Agro Farm..singgah kampung then proceed ke pekan Kuala. Ingat nak pekena cendol dengan laksa sekali ribut daaa...terus gerak ke Ipoh.

Suppose malam tu tido di Ipoh tapi abah tak nak..dia rengsa duduk dalam kereta dan atas kerusi roda..soooo...malam tu juga dalam pkl 12 tgh malam gerak balik ke KL.

Abisss cerita...


Sebahagian dari mak dan bapa saudara, sepupu sepapat serta anak dan cucu sedara



Abah dengan anak yeop sipan dengan pidaus.




Dapat gak merasa mee udang mak jah ni..


Sedap gak popia ni. pekan kuala kangsar

4 comments:

nohas said...

oh kuale ku..Chuor tu kt mana plak?

Adam said...

Sedap ke mee udang mak jah.
Nanti saya singgah situ

Adam said...

Blog tepak sirih tu keluarkan lah.
Dia tak aktif lagi.

fzy fuzzy said...

nohas- chuar terletak di antara kati dan pekan sauk.

adam - terima kasih sebab singgah blog yg bersawang ni..well...ikut tekak masing2..sebab dah pernah try mee udang mak teh..comparison..sedap sikit la mee udang mak jah ni lagipun klu tak nak makan mee udang dia ada other variety nasi goreng la..mee goreng la..
Tepak sireh aktif kat insta jer...tak per la..tepek sbg kenang-kenangan...ngeeee....