Dah basi pun cerita ni..bulan September hari tu so sudden nak buat family day untuk keluarga Yusof dan Zaadiah..
Kami 5 beradik anak beranak..ada la dlm 34 orang..
Jenuh juga nak cari places within 1 month..last last decide ke PD
Satu hal lagi nak cari tempat yg bole masuk semua orang...facing pantai, ada kolam renang lagi, ada dapur untuk memasak..banyak bebenor syarat yang dikenakan oleh ahli majlis..
Bungalow banyak tp bole muat dlm 10 ke 20 orang sahaja..
Klu nak sewa kena sewa 2 bungalow
Mana la nak cari yang sebelah2..further banyak yang scary jer bungalow2 tu..
Sebab konsepnya adalah pot luck..plus nak buat barbeque..ala 2D1N jerrr...
So dapat la kat Zee Villa bungalow kat Pantai Purnama, sebiji bungalow plus 4 bilik extra..
Zee Villa ni ada 2 bilik di bahagian bawah dan 2 bilik lagi di bahagian atas serta family area yang bole convert jadi tempat tidur...okay la tu...
Kitaorang check-in pukul 10 pagi (dapat awal sbb klu takde orang tempah malam sebelumnya)..mak dah masak nasi lemak sebelum subuh kat rumah..bawak datang sini..makan dengan sambal udang petai dan sambal ikan bilis mata biru yang akak beli masa pegi Manjung inspect janakuasa elektrik..
Ni la chef d mission...yeop sipan aka abang sulung akak..dia in-charge makanan dengan telematch.. dapur balik grill tu..
See... nampak tak bungkus2 dalam kotak dengan beg biru ikea tu..tu hadiah dari mak untuk anak-anak dan menantu-menantu.
Awat la laki den..terngaga tu...owh..abang gebu ada tugas rasmi..kaut daun yang jatuh dalam kolam renang dengan jaring..
Tengahari buta pun depa mandi kolam..
Malam lps jemaah maghrib tunggu isyak, kami ada sessi baca al-fatihah..mak betulkan tajwid makraj..semua kena..dari yang anak2, menantu2 termasuk la cucu-cucu..tu yg dapat hadiah..okay la..yg pompuan dapat kain batik..yang lelaki kain pelikat..
Lepas isyak baru buat BBQ...yeop yang sediakan bahan2nya..kami bakar sama2..makan sama2..kemas sama2..
Owhhh...Zee Villa ni nak ke pantai within walking distance...ala jalan kaki dalam 5 minit gitu..klu akak yang sakit lutut ada la dalam 5 ke 10 minit..
Keesokkan harinya kitaorang check out lambat sket dlm pkl 2 gitu..ingat nak sampai pkl 5 tapi malas fikir jalan jem..gerak jer la..kira ok la tempat ni..Mr shankar yg kitaorang deal tu bole tolak ansur..
Kira misi tercapai..next family day samada di selatan juga atau ke utara..nanti ahli jemaah mesyuarat tingkap decide..
1 comment:
best juga Zee Villa ni..cantik, rumah kayu..
Post a Comment