Tuesday, May 25, 2010

Kerana sebiji tayar celup

Malam tadi sedang adik-beradik tayar sebanyak 16 biji sedang bersuka-ria, bernyanyi riang dan bergolek sakan diatas jalan raya atau lokasi tepatnya Jalan Kuala Selangor - Sungai Buloh.




Tiba-tiba salah satu dari tayar itu yang berlainan ibu dan bapa barangkali, kepowwwww...meletup dan tertanggal dari rim tayar . Kepala lori mungkin tak perasan atau ahhhhh!!!! sekadar tayar celup...ada aku kesah!!!!. Lantas kepala lori itu membawa 15 tayar lagi menuju kedestinasi. Maka tinggal lah tayar itu kesejukan sepanjang malam di tepi Simpang Kampung Merbau Sempak.

Subuh menjelma. Si tayar mula terjaga mengharapkan ada orang yang sudi mengambilnya. Sepasang suami isteri yang kebiasaannya menaiki kereta menuju ke tempat kerja di Kuala Lumpur dari rumah mereka di Saujana Utama, hari ini terpaksa menaiki motosikal kerana motokar berada di workshop akibat dilanggar oleh penunggang motosikal 2 hari sebelumnya.

Sampai di tempat si tayar, tiba-tiba sang suami berkata...eh!eh!eh!..apasal motor depan tu bersimpang siur. Tanpa dapat mengelak si tayar telah dilenyek...hmmm...bukan..bukan...ayat apa yg sesuai ha...yesss...dilangkau...menyebabkan sang suami jatuh bersama-sama isterinya terseret di atas jalan raya.

Dalam keadaan mamai, alhamdullilah masih ada insan yang sudi menolong mengalihkan pasangan itu ketempat lebih selamat, seorang lelaki bangsa India actually. Maklumlah..hari masih gelap...sebelum kejadian lebih teruk berlaku [tahap kelajuan kenderaan-kenderaan yang melalui jalan ini amat marabahaya]. Kebetulan seorang lelaki melayu mungkin hendak ke sekolah berhampiran lantas menelefon ayahnya supaya datang ke tempat kejadian. Kedua-dua pasangan ini dibawa dengan kenderaan ayah lelaki Melayu itu akibat penantian ambulan yang tak kunjung tiba walaupun hospital jaraknya cuma 10km.

Diwad kecemasan, sang suami agak panik sebab kepala dan pipi isterinya berdarah. Pakaian isterinya pun koyak juga akibat seretan tadi. Dan begitu berterimakasih lagi kepada lelaki India itu kerana dia sanggup berpatah balik mengambil beg duit dan handphone sang suami isteri yang d letakkan didalam kontena belakang motor, sambil berkata "Ane! check la dulu kut2 ada yang hilang". Rentetan dari peristiwa itu sang suami dimana,kaki kanan, lengan tangan, bahu kanan dan bahagian kepala d dahi luka. Sang isteri matanya bengkak akibat torehan lensa frameless, bahu kanan, tangan kanan dan kaki kanan juga luka. Alhamdulliah ujian x-ray menunjukkan kedua2 tiada apa2 tulang yang patah dan retak serta gegaran kepada otak. kedua-duanya diberi MC selama 2 hari.

Hampir 1 tengahari semuanya selesai dan pasangan suami isteri dibenarkan pulang oleh doktor hospital.

Berbalik kepada sang tayar, ia masih kekal di situ kira-kira jam 8.30 pagi semasa keluarga sang suami mengambil motor yang ditinggalkan d tepi jalan. Walaupun bagaimanapun, nasib sang tayar tidak diketahui sebab tiada di tempat kejadian semasa keluarga sang suami pulang ke KL dari menghantar pasangan itu di Saujana Utama.

Monday, May 10, 2010

Hilang mentari Ada yang tinggal
Rembulan kegersangan
Yang meratapi Cahaya hujung malam
Dikala sunyi

Hilang kekasih Ada yang tinggal
Pemuja kesepian
Yang melayari Puisi cinta buat sang puteri
Pedihnya hati yang terguris
Kalau bisa terdzahir ke nyata sini
Langit nangis
Oh..oh..oh..

Kerana Dirimu dunia ku terlepas
Kerana Kerana kau ku bernafas
Kerana Tanpamu semangat jadi tewas
Kerana Kerana kau yang teratas

Segala apa Biarpun jiwa
Aku pertahankan jua
Asalkan saja Dikau bersama diriku
Selalunya


- I'm touching!!!!!

Monday, May 3, 2010

Sepagi di Kuala Sepetang

Kalau tak balik ke Kuala Lumpur, rutin aku dihujung minggu adalah ke Kg. Bendang Ujib, Kuala Kangsar. Tapi kali ni aku dioffer oleh maksu dan pakcu utk follow ke Kuala Sepetang. Nak cari ikan segar katanya. Aku on ajerrrr...... lagipun memang kepingin nak makan mee udang. Sebab aku dengar la orang kata mee udang kat situ, "selak udang baru nampak mee". Fuyoooo......
Dari Kuala Kangsar ke Kuala Sepetang tak jauh pun. Dalam setengah jam. Mula-mula kami ke pasar pagi di Matang. Abihhh..datang pun dekat pukul 10, soooooo....ikan-ikan, sotong, ketam dan makanan laut lain semua dah sampai hujung2. Sepatutnya dalam pukul 7.30 just nice untuk dapatkan ikan2 segar dari ladang. Tak kisah lah hujung pun hujung la asalkan harganya tetap murah gila dari kedai2 runcit dan pasaraya.
Lepas Matang, kami ke jeti pekan Kuala Sepetang. Masih keadaan yg sama tapiiiiii ok la...dgn 53 hinggit, kitaorang dapat 5 jenis ikan segar termasuk ikan kerapu, sotong, udang dan ketam. Kalau kat luar mau dekat seratus gak.







Pilih, pilih, pilihhhhhh.....






Bersama pakwe hensem. harharharharhar

Sekali pakcu aku daaaa.....
with his loving wife

Seahorse yang dah mati. Kecik jer...



Haaaa...siap pegang signboard lagi
Hehehehehe...
Tapi hajatku nak makan mee udang tak kesampaian.
Mungkin nama Kuala Sepetang, so depa bukak la warung sebelah petang.