Setelah agak lama merancang dan sentiasa menemui kegagalan, akhirnya rancangan outing bersama-sama staff aku ke Kuala Gandah, Lancang, Pahang Darul Makmur akhirnya terlaksana pada 20hb Februari 2010. Kira outing tersebut seumpama meraikan birthday aku yang jatuh pada hari sebelumnya. Perjalanan ke Kuala Gandah bermula jam 10.45 pagi setelah bersarapan di Restoran Kassim, Bandar Lama Temerloh. Memakan masa lebih kurang 40 minit, akhirnya kami sampai ke Kuala Gandah, Pusat Pemuliharaan Gajah Kebangsaan.
Diuruskan oleh Jabatan Perhilitan, pusat ini menempatkan gajah-gajah liar samada yang tercedera, tersesat dari kumpulannya atau yang mendatangkan masalah kepada sesuatu kawasan. Kebanyakkan gajah di sini atau hampir keseluruhannya adalah terdiri dari gajah betina. Kenapa tak ada gajah jantan? Officer tu cakap gajah jantan ganas atau suka naik minyak. Kalau tak salah sekarang ada lebih kurang 17 ekor (maaf! aku lupa jumlah sebenar).
Pusat ini dibuka kepada orang ramai bermula dari pukul 8 pagi keatas. Isnin sampai Ahad. Biasanya orang ramai mula mengunjungi kawasan ini bermula dari pukul 12.30 tgh keatas. Sessi memberi makan untuk anak gajah adalah sekitar sebelum pukul 1.30 petang. Dalam 1.55 pm anak-anak gajah dan mak-mak gajah akan dimandikan dulu didalam sungai berhampiran sebelum orang ramai mengambil bahagian didalam acara memberi makan dan menunggang diatas gajah. Untuk menunggang gajah hanya di limitkan kepada 120 orang sahaja sehari.
Mereka perlu dimandikan dahulu sebelum diberi makan dan ditunggang oleh pelawat.
Seronok bebenor mike-mike mandi ye!
Sambil mandi sambil berak. Cheh!!!
dan sessi bergambar dengan pelawat.
Haaaaa....ni mak gajah. Besarrrrrrrrrr punyaaaaaaaaa
Pengalaman menunggang gajah yang tidak dapat dilupakan.
Selepas Kuala Gandah, kami ke Deerland yang terletak kira-kira 6 kilometer dari sini. Kemasukkan ke Deerland adalah dikenakan tiket sebanyak RM6 utk dewasa, RM3 untuk kanak2. Berbanding Kuala Gandah kemasukkan adalah percuma.
Nakal tapi cerdik.
Pandai buat sawadikap kepada semua pengunjung, suka buat lawak

Tak puas rasanya.
Tapi kena be fair to everybody right!!!!
##################################
Selepas Kuala Gandah, kami ke Deerland yang terletak kira-kira 6 kilometer dari sini. Kemasukkan ke Deerland adalah dikenakan tiket sebanyak RM6 utk dewasa, RM3 untuk kanak2. Berbanding Kuala Gandah kemasukkan adalah percuma.
Sampai naik busut mengelak diserbu oleh rusa-rusa yang jinak itu.
Harharharharharhar