Tanggal 16hb Januari 2010, jam 7.05 pagi (actually delay for 1 hour) kami menaiki penerbangan Air Asia dengan destinasi pilihan ke Sibu, Sarawak. Setibanya di Sibu kami disambut oleh sekumpulan rakan berketurunan iban. Kami dibawa ke RH Hotel di Bandar Sibu untuk sessi taklimat sebelum menuju destinasi pilihan iaitu rumah panjang di Rantau Betebang, Pakan Wak, Sibu, Sarawak.
Perjalanan adalah melalui jalan negeri menaiki kenderaan 4 x 4, kira-kira 2 jam lebih diikuti dengan perjalanan lebih kurang 1 jam melalui jalan tar, kerikil dan tanah merah melintasi perkampungan kaum iban dan akhirnya sampai ke destinasi pilihan iaitu rumah panjang Rantau Betebang, Pakan Wak.
Untuk sampai ke rumah panjang iban, rombongan kami perlu melalui jambatan kecil ini. Jambatan ini nampak macam baru diganti, agaknya sempena menyambut kedatangan kami kut, sebab aku tengok bawah jambatan ini ada lagi satu jambatan tapi nampak dah usang.
Bila aku tanya salah seorang anggota rombongan berapa lama pulak untuk ambik masa sampai ke rumah panjang tersebut selepas melalui jambatan ini, dia kata berjalan kaki kira-kira 30 minit. Fuyooo...jauh tu. hehehehehe...bikin suspen ajer...dekat je, jalan kaki tak sampai 5 minit. Pheh! lega...maklumlah sejak dah obes ni, takut pancit lak...harharharhar...
The Iban warrior. Jangan main-main bawak parang panjang tu.
Ketua rombongan kena minum tuak.
Ada ahli rombongan yang menjerit bila balung ayam dihiris untuk menitiskan darahnya diatas daun beserta barang-barang lain as a ritual menyambut kedatangan tetamu.
Tapi yang lagi ngeri dalam pada dok leka tengok upacara ini diiringi dengan paluan gong, TIBA-TIBA lelaki ini dalam sekelip mata telah menceraikan kepala ayam ini tanpa menggunakan parang. Ngeri wooo...darah memancut-mancut keluar......
Ketua rombongan kena minum tuak.
The long house. Memang panjang gilazzzz...
Cun-cun wa cakap lu........
Depa kata atas para tu, tulang2 nenek moyang kaum ini diletakkan.
1Malaysia maaa....
Tetapi tarian ngajat, tarian tradisi masyarakat iban.
Masa ini makcik2 dgn pakcik2 tengah naik syeikh menari.
Hehehehehehe
Organization chart
Hasil kerjatangan
(tuak keluaran tempatan)
(teringat lak dialog si labu dalam filem Labu Labi)
4 comments:
Wow..seronoknya dapat gi, mcm belajar Geography secara praktikal..
alhamdulliah, satu pengalaman...
kalau suka2 nak pegi ntah bila tahun...
mengenali budaya mereka suatu keunikan...sekurang2 mereka menghormati tetamu muslim...no diskriminasi....cuma ada antara kita yang bersikap prejudis....sekadar luahan perasaan
Boleh sy tahu, apa nama rumah panjang tersebut dan mcm mana sy boleh berhubung dgn tuai rumah di sana?
Boleh sy tahu, apa nama rumah panjang tersebut dan mcm mana sy boleh berhubung dgn tuai rumah di sana?
Post a Comment