Kalau orang lain sibuk memikirkan kemana, dimana dan bagaimana sambutan tahun baru 2010 yang bakal menjelma akan disambut...aku dan rakan-rakan menuju ke satu destinasi yang agak jauh dari tempat tinggal masing-masing semata-mata untuk mengenali satu masyarakat orang asli yang dikenali sebagai masyarakat Bateq @ Batek. Apa yang unik tentang masyarakat ini???. Saksikan dipenghujungnya....
Sementara itu layan dulu gambar2 ini.
Perjalanan dari Temerloh ke Bentong - Raub - Lipis - Gua Musang - Kuala Koh bermula dari jam 6.30 pagi dan mengambil masa selama 6 jam, amatlah berbaloi-baloi apabila perjalanan yang memenatkan itu sampai ke destinasinya. Masyarakat ini seperti masyarakat orang asli yang lain sering berpindah-randah @ nomad. Aku difahamkan mereka telah menetap di satu kawasan berhampiran pintu masuk ke Taman Negara Kuala Koh, Kelantan sejak 3 tahun yang lepas. Tidak ramai komuniti masyarakat ini adalah dalam 10 ke 12 buah rumah. Macam biasa bentuk rumah mereka adalah dibuat dari buluh dan dibaluti dengan daun nipah. Mengenali masyarakat ini selama 3 jam disana memberi gambaran betapa simplenya hidup mereka. Tiada kemudahan asas seperti api dan air bersih. Pakaian.....korang mesti ingat mereka ini berbogel bukan???? Ini alaf baru la....of course le mereka ini berpakaian. Tapi diorang tak kenal le jenama Guess, Billabong, DKNY, etc...pakaian adalah terdiri dari yang disedekahkan oleh mereka2 yang prihatin tentang masyarakat ini. Tapi..ada kanak2 yang lebih selesa berbogel ke sana ke mari...well lumrah anak2.
Kaum bateq ini menganut agama Islam. Syabas diucapkan kepada pihak Jakim kerana telah menempatkan seorang sukarelawan untuk tinggal bersama-sama masyarakat ini. Mengenali sukarelawan yang muda belia berusia 22 tahun itu memberi satu suntikan semangat, apakah perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh pihak2 berwajib amnya dan pihak kami khasnya di dalam membantu masyarakt ini mendalami ilmu agama Islam dengan lebih berkesan lagi selain dari kemudahan asas bagi mengelakkan mereka berpindah randah sekali lagi dan hilang terus dari peta kehidupan masyarakat Malaysia. Payah dan perit bukan??? Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Lihatlah wajah anak2 ini. Sepatutnya didalam usia sebegini mereka mengenali alam persekolahan. Bukan berlari-lari atau bermain-main di kawasan halaman rumah dengan berkaki ayam tanpa memikirkan apakah anak2 ini dapat merubah nasib masyarakat bateq akan datang.
Ada yang dihantar ke sekolah tetapi mungkin kerana tekanan yang diberikan oleh masyarakat di luar sana menyebabkan mereka lari balik ke penempatan asal.
Ada yang dihantar ke sekolah tetapi mungkin kerana tekanan yang diberikan oleh masyarakat di luar sana menyebabkan mereka lari balik ke penempatan asal.
Tak bolehkah? Kalau kita sediakan satu bangunan yang boleh menempatkan tadika atau surau. Tak perlu bangunan batu yang menelan belanja beratus ribu, cukuplah satu struktur yang sedikit kukuh untuk membolehkan kanak-kanak ini mengenali ABC, 123 serta alif ba tha.....
Tidak adakah, orang2 yang prihatin menghantar buku2 cerita kepada anak2 ini. Kalau kita mampu membeli PSP, Nintendo, LCD tv, computer...tak boleh kah kita membeli untuk mereka2 ini??????
Lihat!!!!!..anak2 ini berkerumun bila ditunjukkan sesuatu yang tidak pernah mereka lihat atau nampak seperti laptop atau apa sahaja. Cuma aku mengharapkan mereka ini tidak akan terlalu terpengaruh dengan sesuatu yang akan memudaratkan mereka. They are soooo...naive.
Tiada bilik mandi yang dilengkapi dengan bath tab, jacuzzi canggih, ala-ala resort style dengan batu-batuan. Cukup satu kolong yang dapat menampung dan membentuk kali dari sumber mata air. Disinilah mereka mandi, membasuh dan mendapatkan sumber air bersih.
Rumahku syurgaku.
Masyarakat bateq yang tertua. Seorang nenek tua yang sentiasa tersenyum menyambut kedatangan tetamu luar yang berkunjung kesini.
Their accessories
^
^
^
^
^
^
^
Untuk gambar yang lebih menarik tentang masyarakat ini layari lah
Happy New Year 2010
1 comment:
Selamat Tahun Baru,
Satu kelainan, mcm menonton dokumentari NatGeo je..ya mereka kaum yg terpinggir dari arus permodenan, tapi tetap gembira dgn cara mereka yg tersendiri..
Alhamdulillah, ada insan yg sanggup mewakafkan diri & waktu utk mereka..
Post a Comment