Monday, July 27, 2009

Pendakian yang tak pasti

Petang isnin minggu lepas, pendakian bermula dengan berjalan kaki dari kaki bukit sehinggalah ke pertengahan bukit melalui laluan tanah merah diselang-seli dengan lori-lori hantu yang membawa tanah dan membawa bersama debu-debu merah sekaligus melekat ke baju kurung anggunku lantas menyebabkan kulitku mula terasa kegatalan.
Kenapa tak bawak kereta ke site. Hello!!!.........opis aku mana ada sediakan four wheel drive..noway aku nak mengorbankan kereta antik ku melalui jalan2 tanah merah itu. Walaupun aku rasa kereta ku mampu meredahnya tetapi utk menyelamatkan keempat-empat absober daripada diganti, baik aku letakkan kereta ku diam-diam di kaki bukit. Aku rela berjalan kaki dari aku terbang 5 6 rat. Apa barang....lagipun sepatutnya client la yang bawak we all tengok site...lagipun kita orang bukan construction company maaaa............
Oh! tidak....cuaca masih lagi terik bila kami sampai...tetapi alhamdullilah mula beransur redup. Mungkin sebab aku posa ari tu.....hehehehe...Masalahnya jerebu agak tebal tika dan saat itu lantas aku mula termengah-mengah menyedut udara yg agak tidak baik utk kesihatan tetapi demi tugas nak buat camno...redah ajer la.......




Bapak besar punya batu!!!!!...ini kalau p site masa diaorang tengah letupkan bukit mau hancur kepala biarpun sekeras mana topi keras yang korang pakai. Masa aku tengok jajaran batu kapur yang terbentuk seperti tulang belakang dinasour kat belakang site ni, aku teringat kat bawah ni. Kalau la bole diukir semua muka Perdana Menteri Malaysia kat situ...mau jadi isu besar nih........hehehehe......





Dia ni tak ada kena mengena dalam ini cerita tapi sebab dia sama nama dengan Mount Rushmore kat atas tu. Rushmore dgn Reshmonu kan ker lebih kurang aje..hehehehe....
Akibat dari berjerebu di Kemensah Height dan berhujan asid di Pejabat Tanah dan Daerah Gombak, Khamis membawa ke Ahad aku demam...............sedey....

Wednesday, July 22, 2009

Kerana sebiji kelapa


Kerana sebiji kelapa telah menyebabkan banyak pihak sengsara. WHY!!!.........

Semalam masa abah on the way balik dari Ulu Yam ke Gombak ikut Jalan Hulu Yam Sg Tua, tiba2 kelapa yg dibawanya didalam bakul motor telah memboloskan diri. Menyebabkan kelapa itu tergolek-golek diatas jalanraya.

Menyebabkan sebuah kereta telah memberhentikan keretanya secara tiba-tiba di tengah jalan sekaligus menyebabkan sebuah motosikal yang berada disisi kiri kereta tersebut telah melanggar side mirror membuatkan motor itu jatuh ke jalan raya. Alhamdulilah, si penunggang motor cuma luka sikit dan motornya tak ada rosak atau pecah. Sang kereta, pemandunya ada sedikit terperanjat tapi side mirror dia ada calar sket. Aku tak boleh imagine kalau kejadian diatas lebih tragis sehingga menyebabkan kematian. Simpang malaikat 44....

Waima bagaimanapun kesemuanya kena ke balai, buat report. Moral of the story...

1. Jangan bawak lebihan muatan ketika memandu motosikal.

2. Jangan bawak kelapa, durian atau buah-buahan keras yang lain.

3. Berhati-hati dijalanraya sebab malang tak berbau.

4. Kena la aku jemput abah kat balai polis ulu yam sebab malam makin larut. Abah dah la tak berapa nampak, nanti jadi benda lain lak. Nauzubillah. kami bertolak dari ulu yam lebih kurang jam 11.30 malam. So aku follow belakang motor abah yg ditunggang oleh yeop sipan. Seram beb...jalan ulu yam tu kan ker sunyi...kalau aku pecut tinggalkan dia, sapa2 tah yang akan jadi penumpang. Heheheheeeeeeeeeeeeeeeeee.......Dalam pada tu aku sorang ajer yang nampak ada seekor kuda hitam nak lintas jalan...sedangkan mak, abah dan pida tak nampak apa2 pun.....

Friday, July 17, 2009

Topi Keras dan Boot

Pheh! dah lama sebenarnya inspect site yang under construction. Sebenarnya tak dirancang pun tetapi kebetulan client ada kat sana so jumpa la kat site. Actually, ada miss comunication sket....sian client...tetapi memandangkan kami bedua (aku dan orang bukit) tergolong didalam orang2 yang sabar...(harharhar..terperasan lak)...maka sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan...............
Site yang kitaorang nak tengok ni terletak di Pandan. Berhadapan dengan Jalan Cempaka. Consist of atrium retail block, SOHO and 2 block of highrise condominium. According to the client the atrium block will complete by November ni. Carrefour will be their anchor tenant. Both condominium block by next year.


Macam biasa bila masuk site kena la pastikan ciri2 keselamatan dipatuhi. Topi keras dan boot jangan lupa. Rasa2 nak kena timpa batu bata dan terpijak paku atau benda tajam pakai la kasut biasa.


Banyak belajar betul kitaorng dari RHRI pada hari tu..
Macam lecturer ajar anak2 murid tua...harharhar...


Ini walkerlator....dalam proses nak dipasang...macam lipan jer bentuknya.
Escalator pun ada....


Mamat Indon ni senyum jer bila aku kata muka dia nak masuk blog.
Hmmm...tengok macam mana depa pasang tiles.
Kena bijak dan tepat
Kalau tak tiles senget atau tak cukup.
Ada caranya.....


See......
Adhock inspection, orang bukit glem tu pakai baju kurung ronda site.
Heh! sapa kata baju ni nak p kenduri kawin jer
Pekerja contoh macam kitaorang ni...(cheh! perasan lagi),
tak kira la masa tu tengah pakai high heel ke....
masuk hutan pun dah biasa nih!

Pussy cat tembs with boot.....
Harharharhar.......

Monday, July 6, 2009

Baby's Day Out - Part 2

Pagi Sabtu another siri lawatan kanak2 tadika ke taman KLCC dan Suria yg diketuai oleh aku sempena menjayakan kempen ZOOM malaysia.


Anak sapa la yg tido ni. Isk!iskh!isk!...harharharhar


Berlatar belakangkan Menara Berkembar dan Bangunan Maxis


GBS - Geng Bas Sekolah



Memperkenalkan dari kiri Udin-Kesatria Baja Hitam,
Nurul - Pink Power Ranger,
Dennis - Ben 10 aka Ninja Turtle,
Luqman - Hulk aka Fantastic Four,
Eisya - Sailor Moon Pink,
Lin - Little Red Riding Hood dan
Ipah - Wonder Pet
Pening wooo....masa nak tengok movie...
2 orang nak tengok Jgn pandang belakang congkak
2 orang nak tengok transformer
3 orang nak tengok ice age 3
abihhh...aku nak tengok mana satu....
last2 semua tak dapat tengok
SEBAB
Q sampai escalator tu..
tak kuasa aku nak beratur panjang

Sunday, July 5, 2009

Baby's Day Out - Part 1

Petang Jumaat baru-baru ni, anak sedara aku yg baru datang dari Kota Kuala Muda, Kedah dok ajak p ronda2 ke Zoo Negara. Laa...apa ke heinya nak p sana?? Saje jer ngah, kami nak tengok gajah...Lupa lak nak tanya si udin, kat kedah tak dak zoo karrrr...
Ok la sebagai memenuhi hajat dia...aku pun setuju. Masalahnya..aku kena bawak budak2 yg berumur 2 tahun hingga ke tingkatan 2 yg kesemuanya berjumlah 6 orang. Masalah ke-2, mak bapak depa tak ikut...bole ke aku handle semua budak2 ni....Rasa macam membawa rombongan tadika pulak..harharharharhar...

Sesampai di zoo, alhamdullilah cuaca agak redup then tak ramai orang. So bebudak ni nak berlari kesana sini aku tak berapa risau sangat sbb keberangkalian mereka2 ni berlanggar dgn pengunjung zoo yg lain adalah 20% sahaja. Kebetulan masa kami sampai ada pertunjukkan burung kakak tua dan singa laut. So kitaorg layan pertunjukkan ni sebelum explore binatang2 lain.
Dihadapan pintu masuk.
Hei,..masa p sini aku dok teringat cerita P.Ramlee tajuk "Masam-masam manis'...pheh!! orang dulu2 dating kat zoo tu...So aku buat lawak dgn bebudak tu..Aku cakap "hangpa lepaih ni kalau balik Kedah tak dak la orang kunun ek"...
Lin, ipah, amin, eisya, dennis dan udin

Bila tengok rimau ni teringat lak adegan dalam cerita P.Ramlee - "Labu labi". Bila si Labi mimpi jadi tarzan Malaya dan si Labu jadi harimau yg tak ada ekor, siap boleh bagi salam dan bole bergayut kat akar pokok seberang air. Antara dialognya..."eh! rimau pun reti bagi salam"...."aku rimau sekolah daaaa....." cengitu la lebih kurang.

Macam body builder...berketul2 muscle dia...


Ini mak hippo dengan anak hippo jantan yg baru lahir April baru-baru ni. Dari belakang macam ba alif ba ya...sebab badan dia warna pink.

Iklan cili



Iklan ini dibawakan percuma oleh krabat kramat. Sapo2 yg duduk kek area2 soromban or senawang kut2 kekurangan stok cili bole le dapatkan dari en fadzli aka yeop sipan di talian 016-3362057. Cili ini ditanam secara kaedah fermitigasi..tak tanam atas tanah..guna polybeg ajo...kalau nak murah cakap gua yg rekemen...hehehehehe....
Cili yg kecik tu ditanam guna kaedah biaso..yg panjang tu ler cara diatas...