Saturday, May 23, 2009

Catatan seorang penilai

Jumaat - 22hb Mei 2009

Entri kali ni tak ade yg menarik pun cuma nak berkongsi pengalaman yang aku lalui sepanjang hari bermula dari 11.00 pagi sampai la 4.45 petang.
Aku sebenarnya jarang ditugaskan membuat penilaian hartanah bagi maksud 'foreclosure" aka "auction" aka "lelong". Tetapi memandangkan 2 rakan setugas telah di kidnap sementara masuk ke department lain manakala seorang lagi telah diterbangkan ke negeri di bawah bayu selama seminggu maka yg tinggal ni la kena habiskan task yang diberikan oleh boss.
Aku sebenarnya tak de mood nak pegi site sbb kesakitan perut yg ala-ala memulas mungkin akibat dari maggi goreng mamak malam semalam semasa sessi ngeteh di Raja Laut Curry House. So aku pun mengoffer si Shahril (trainee UM), kalau2 dia nak ikut aku p site. Dia kata ok-no problem.
Property 1
Lokasi - Bandar Kinrara , Jalan BK ?/?
Antara perbualan kami dengan tuan rumah (TR).
Aku : Assalammualaikum encik?
TR : Waalaikum salam. ye...nak apa?
Aku : Kami dari syarikat penilaian blablabla ditugaskan oleh pihak bank untuk membuat penilaian bagi setiap property yang dicagarkan kepada pihak bank utk review harga pasaran terkini.
TR :Eh! saya tak terima apa2 surat pun.
Aku : Proses ni tak perlu surat encik, bank berhak utk review harga pasaran property setiap pelanggan yang buat loan dengan mereka sambil aku tunjukkan file dan surat dari pihak bank. Pihak bank boleh arahkan syarikat penilaian terpilih untuk membuat kerja penilaian.
TR : Alasan awak tak logik la...maklumlah sekarang kan ramai PENIPU...surat2 ni bole buat punya..lagipun bank kan ker banyak tipu orang.
(masa ni matahari terpacak kat atas kepala - panas terik)
TR : Kenapa nak buat penilaian? bank buat apa nak tau harga rumah saya
Aku : Bukan macam tu cik, rumah ni 10 tahun lepas dibeli dengan harga 25k, sekarang harga kan ker dah naik oleh itu bank berhak nak tau latest market value untuk rumah ni...
TR : Tak logik la...bala..bla..tut..bla...bla..bla...
Aku : (dalam hati) - iskh mamat ni....
Aku: Saya cuma jalankan tugas encik. Mcm ni la biar saya terus terang. Rumah ini dalam proses utk diambil tindakan bagi maksud lelong atas default payment oleh pihak peminjam kepada pihak bank. Itu sebab kami diarahkan utk menilai hartanah ini.
TR : Berapa tunggakan hutang tu?
Aku : Mana la saya tau...peminjam tentu tahu sendiri kan..sendiri berhutang sendiri la mau ingat (aku cakap dalam hati arrr...).
Aku : Encik boleh ke pihak bank untuk penerangan lanjut, kami cuma menilai sahaja. Berapa jumlah tunggakan bukan dibidang kuasa kami...kami nak mintak kebenaran untuk masuk ke dalam rumah..
TR : Oh! saya tak benarkan...saya BERHAK utk tidak benarkan sesiapa masuk ke dalam rumah ini.
Aku : Tak pa la encik..kami tak kisah..report terpaksa juga kami keluarkan walaupun encik tak benarkan kami masuk. Cuma harga pasaran rumah ini mungkin kurang sebab dari luaran kami lihat rumah ini telah diubahsuai (renovated and extended), memandangkan kami tidak dapat melihat apa yang telah diubahsuai, maka penilaian adalah berdasarkan kepada standard house. Terima kasih atas kerjasama encik. Wasalam...
Nota : Ada juga borrower yg berlagak nak mampus bila kita orang call utk set appointment review property depa. Antara ayat2 depa :
" i'm working, cannot take leave.. lots of work to do"
"bank already approved my loan maa....why need valuation?..."
"come on sunday morning after 10, wait i came back from market"
"come after 8..that time saya sudah sampai rumah maa...."
dan 1001 macam alasan....
Antara jawapan we all
'we also working..not much time needed..about 1/2 to 1 hour to inspect ur property" lunch time also can..."
"bank won't release the loan/money unless they received our valuation report"
"we work monday to friday..if u ask us came on saturday or sunday..u have to pay extra RM100" - kalau client tak berlagak we don't mind to come on saturday or sunday maa....kalau tak de urusan lain le..kitaorang pun nak rehat gak...
"kalau datang lepas pukul 8, nak tangkap gambar gelap la...bengap betul..tak kan nak datang balik untuk semata2 ambil gambar property dia saje-cheh!
Property 2
Lokasi : Vista Lavender Apartment, Persiaran Kinrara, Sect 3, Taman Kinrara
Peminjam ni tak pernah duduk since 5 tahun lepas. Outstanding maintenance charge pun dah cecah RM6k lebih. Ni boleh masuk sebab pintu tak berkunci, so bole le buat catitan finishes dan condition rumah.
Lepas inspect property 2 aku terus bergegas mencari masjid. Bukan aku yang nak sembahyang jumaat tapi si Shahril...laa...kan ker aku bawak dia sekali...Aku nampak ada mamat sorang ni bawak motor tak pakai topi keledar tapi pakai kopiah aje...so aku pun follow le dia. Tak nampak pun masjid tepi jalan macam jauh dah jalan...oooooo...rupa-rupanya dalam taman Tenaga. Sementara si Shahril dengar khutbah jumaat, aku pulak berkhutbah dalam kereta berdekatan dengan masjid. Sapa2 yg datang di akhir2 khutbah dok pakat senyum2 kat aku, apa hal tah!!!!
Property 3
Lokasi : Apartment Saraka, Pusat Bandar Puchong

Borrower ni tunggakan maintenance fee sampai RM16k. Pheh!, banyak tu...tak pernah duduk gak. Kali ni tak dapat masuk sebab pintu rumah locked.

Masa ni jam dah 3 lebih..perut berkeroncong...satu benda tak masuk lagi dari pukul 11 tadi. Tak tau nak makan kat mana, minum pun tak..aku kesian kat shahril...lapar gila dia..kalau aku sorang-sorang, aku siapkan semua kerja dulu baru aku makan....

Property 4

Lokasi : Taman Perindustrian Puchong Utama

AKU DAH TAK LARAT.

2 comments:

nohas said...

tuu laa..makan maggi goreng ngan kuah kari,siap 2 piring lagi..tak ngam kot..

fzy fuzzy said...

takut tercekik tu yang mintak sampai 2 piring. hehehehehe