Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts

Tuesday, February 15, 2011

Laskar Pelangi

Malam maulidur rasul.........hmmmmm...sepatutnye aku selawat n salam ke atas junjungan Nabi kita Nabi Muhammad SAW

TAPI...terlayan lak astro ria....cerita "Laskar Pelangi".....dalam masa sama pukul 10 lak, astro oasis cerita pasal Imam Ghazali......TV3 lak...."Yang terpuji"........

Salah satu dialog yg diulang tayang oleh satu-satu penaung sekolah Muhamadiyah kepada cikgu Muslimah dipetik dari kata-kata arwah seorang guru besar "Kepintaran anak-anak bukan dari angka...tapi dari hati"...cenggitu la lebih kurang...wo..wo..wo....."touching beb"....

Tambah lak bila ada guru sekolah lain yang kurang yakin dengan anak-anak tersebut dan anak muridnya sendiri......(mahap ye cikgu-cikgi semua).......tapi cikgu tu recover balik bila kuiz sekolah-sekolah berlangsung dan mempertahankan jawapan seorang anak murid aka anak nelayan bernama Lintang n para juri menyatakan jawapan kuiz matematik tu salah......dan dituduh menipu lak gara-gara dia mengunakan fikiran untuk menjawab soalan bukan dengan pengiraan teknikal......finally bila murid ni workout kat papan hitam....jawapannya betulllll...... (aku yang dah tua ni masih berharap pada kalkulator untuk mengira angka or formula guna Excell)....angka juta-juta n billion beb....salah kiraaaaa....loncat client...hehehehehehe....

Eh..kalau tak silap...TV3 pun ada tayang cerita macam ni...tajuk "Gemilang" kut....tapi aku tak tengok sbb letih baru balik kerja......

Lagi dialog guru besar tersebut..."Kita perlu memberi sebanyak-banyaknye...bukan menerima sebanyak-banyaknya..."

Hmmmmm....dok pikir gak what he mean by that........


P/S : Kenapa bahasa yang digunakan dalam cerita ini aku faham biarpun ada sarikata...tetapi...cerita drama sinetron Indon yg dok tayang kat TV sekarang ni...sepatah haram aku tak faham......

Sunday, May 10, 2009

Dubbing - Magica


Sekitar 4.41 petang aku terima sms dari my beloved sister whether aku free tak tika dan saat itu. Dia kena temankan anaknya menjalani prosess dubbing di KRU studio. This is a good opportunity, teringin gak nak tengok proses dubbing dijalankan.
Wikipedia mendefinisikan, " in filmaking, dubbing or looping is a process of recording or replacing voices for a motion pictures". Maksudnya kalau mana2 kekurangan dari segi kualiti suara atau elemen2 lain yang perlu dimasukkan selain dari muzik, bagi memantapkan sesebuah filem, dubbing adalah salah satu proses penting sebelum sesebuah filem itu ditayangkan kepada umum. Just imagine, kalau proses dubbing tak di buat dengan teliti, dapat la kita tengok filem bila mimik muka dan gerak mulut orang yang bercakap keluar dulu, tapi suara keluar kemudian. Tak ke haru...or suara yang tenggelam timbul sebab gangguan dari keadaan sekeliling (bising) semasa penggambaran. Itu kalau melibatkan filem bilamana manusia sebagai pelakonnya.
Bagaimana pula untuk filem animasi macam ipin dan upin, walt disney picture atau produksi lain. Watak animasi manusia ok la kita boleh agak pergerakkannya, bagaimana pula watak animasi binatang. Kita tengok ajer la 'the making of' :- ice age, shrek, chicken little, rat-at-toe-ee, madagascar dan banyak lagi...
Berbalik kepada proses tadi, kalau watak yang dimainkan merupakan watak utama sesebuah filem, berapa lama masa yang diambil untuk menyiapkan setiap reel. Aku difahamkan kadang2 sampai berejam-rejam walaupun duration watak itu hanya untuk 15 minit of less. Nak dapatkan mood lagi. isk..susah jugak ek....
Kesempatan yang ada itu menyebabkan aku dapat melihat sedikit sebanyak jalan cerita filem tersebut. Oopppsss...no camera please, filem tak abis sunting lagi...
Nantikan kemunculan filem MAGICA di pawagam berhampiran..aku rasa filem ni boleh box-office plus lagu dari filem yang bakal hits....lagu yang last sekali tu aku touching sangat. Why? all the watak mengingatkan kita kepada kisah dongeng masa kita kecik2 dulu such as Nenek Kebayan, Puteri Gunung Ledang, Bawang Putih Bawang Merah, Badang dan banyak lagi. Yang paling aku tak tahan bila M.Nasir pakai rambut palsu putih mayang mengurai, rebonding lagi untuk watak penjaga tasik CINI....Korang tengok le nanti....BEST!!!!!
Well done KRU...