Wednesday, September 24, 2008

Ampun dan maaf

Assalamualaikum,

Salam sejahtera rakan-rakan sekalian, cuma utk mewar-warkan, bahawasanya bermula dari hari ini dan sehingga tarikh yg akan diberitahu kelak, blog Krabat Kramat ni akan sunyi sket dari latest entry. Why!!!......

Insyallah, esok jam 4.00 petang aku, mak n abah akan berangkat ke tanah suci utk menunaikan umrah...sekaligus berhari raya di sana....insyallah kalau ader kesempatan aku akan cuba potretkan suasana hari raya di sana k. Jika diizinkaNYA....

Oleh itu ampun dan maaf ku pohon seandainya entry2 didalam blog ni ader yg menyinggung perasaan sahabat semua samada secara terang atau tersembunyi termasuklah komen2 yg ku beri. Sesungguhnya aku hanya serangga.

Panjang umur kita berblog k.

Wasalam

Outing3

Date : 23/09/2008
Venue : Palace of Golden Horses

Makan!makan!makan!...ish!ish!ish!...........apa2 pun....alhamdullilah....
Kali ini aku menerima jemputan dari ex-rakan sekerja berserta ex-client merangkap sahabat2 utk bersama2 memeriahkan sambutan berbuka posa....Lama dah tak berjumpa dgn sahabat2 ini, maklumlah mereka bertugas di pusat pentadbiran (guess kat mana), so tak berpeluang selalu berjumpa. Walau macamana pun bila sekali berjumpa akan terjalinlah satu ukhwah sebagai saudara sesama islam. Kesempatan ini digunakan oleh mereka sebaik mungkin apabila mendapat perkhabaran yg aku akn p jauh utk sementara @ selama-lamanya. Wallahualam....

Destinasi pilihan adalah di Palace of Golden Horses berdekatan dgn Mines, Seri Kembangan. 9 of us, semua pompuan....




Kuda2 ni bergumpalan sesama sendiri, agaknya pening sebab berpusing. Konon-konon nak berlumba sapa sampai kat siling atas tu (maka, ramai2 semua sebut.."kita tengok sapa yg kena..."-scene dari filem ali baba bujang lapuk, bila ibrahim pendek membaling buah dadu)...harharharharharhar


love to see the structure dgn ukiran kat tiang2 dan siling.


Punya la ramai org sampai table letak kat luar (ni utk smoking people k).....ok what akibat asap2 tu tak der la nyamuk datang mengigit kan.....kan...kan...


Nama pun palace of golden horses, decoration penuh dgn kuda la....sana kuda...pandang sini kuda...pandang kat depan kuda....tepi kuda....kuda...kuda...kuda...dan kuda......


Paberet gua. Creamy bread puding...


Food kat sini punya la rich....kat dalam ader, kat luar pun ader....nak rasa semua tapi tak der selera sgt....abih...boleh dikatakan 3 hari berturut2 buka posa kat luar....sebu perut ni....walaupun aku masih mengekalkan tak nak jamah nasi....lari diet......




Kuda kat luar ni nampak mcm kelam-kabut jer, agaknya sebab gelap kut...aku nak snap photo jer...dia lari....tukang bawak kuda tu bukan nak tunggu pun...ingat nak suruh hantar balik rumah......

Bingkisan dari seorang sahabat utk aku....sempena bulan posa ni....bestnyer dah la dia belanja...dapat ole-ole lak....tengkiu....

Tuesday, September 23, 2008

Outing2

Date : 22/09/2008
Venue : Bukit Jalil Golf & Country Resort

Kalau pada hari sabtu ari tu aku berbuka puasa bersama2 sahabat satu dorm, ari ni lak aku berbuka posa bersama2 sahabat satu course (classmate, senior n junior).

Sebenarnya since 5 tahun lepas akibat dari 3 orang sahabat yg mencetuskan idea utk membuat acara tahunan pertemuan utk budak2 kelas. Maksudnya setiap bulan puasa, sekali setahun sapa2 yg amik course DEM or course KSPU yg lain boleh joint sessi berbuka posa ni. Setiap tahun tak byk akan bertambah seorg wakil baru dalam group ni. Ok la tu.Tujuan di buat dlm bulan ramadhan sebab masa ni la semua ada masa utk berjumpa, kalau hari atau bulan lain semua bz memanjang.

Macam biasa selalunya aku yg akan jadi sekuntum bunga yg dikelilingi oleh kumbang2. Bunga2 dalam kelas aku semua dah berpunya, so susah sket la nak joint, mungkin suami tak izinkan kot. Tak pa la, lain tahun organizer kena jemput satu family joint sekali.


Ni la macho2 man semua. Dulu dlm kelas semua keding2. Bila dah jadi laki org, semua tembun2. Harharharharharhar

Aku dulu dari semester 1 sampai 6 jadi ketua kelas. Tugas macam biasa check attendance n kutip duit utk photostat nota2 kuliah (sebab kitaorg malas nak salin). Apa2 hal budak2 kelas kena mintak permission aku, big boss kata kan. Well, mungkin mereka senang berurusan dgn aku kot, tak banyak kerenah (bukan naik lift tekan butang sendiri ek...), sebab kebanyakkan classmate aku budak negeri lain, bila kat KL kiranya kalau dtg rumah aku, mak n abah mcm mak abah angkat depa la....Lgpun dalam family aku ramai lelaki dari perempuan.


Dalam pukul 9.00 mlm semua membelahkan diri. Depa semua nak pekena teh tarik kedai mamak lak sebab ader sorang lg budak kelas aku yg tak dapat joint masa buka posa nak sangat jumpa sahabat2. Aku mintak diri dulu la, kali ni tak boleh joint...maklumlah banyak benda yg tak settle lagi kat rumah tu.

Monday, September 22, 2008

Outing

Date : 20/09/2008
Venue : Section 20 & 18, Shah Alam

Lama dah tak ketemu rakan yang seorang ni dengan panggilan manja ayang. Kalau ikut budak2 P7 masa kat UITM Manjung (1992) yang saling contact mengontact hanya kami bertiga la, ayong, ayang, aku dan kadang2 angah, uteh, kak sue n alang. Adik beradik lain tak tau p mana, macam anjang (dengar cerita dari sains computer tukar profession jadi pegawai polis - fuyooo...tabik spring), busu, ferra, ateh, andak, mek, ishh...sapa lagi la ni...macam mana mak buleh lupa nama anak2 lain....

Ayang ni bukan lama tak jumpa pun ader la dalam 3 4 bulan....cuma selalu jumpa di alam maya aje...

Memandangkan tahun lepas kami tak berkesempatan berbuka bersama2, so tahun ni kena gagah la jugak sebab aku nak p jauh....mana tau...tak jumpa lak lepas ni.....

Kitaorg tak decide utk makan kat hotel or restaurant mewah....SEBAB...sorry ek...ayong cakap macam membazir (aku pun sokong).....satu kepala sampai RM65 to RM100....kalau duit tu bagi kat anak yatim or org yg lebih memerlukan betapa bertuahnya mereka....ye la...kalau tahun2 sebelum ni mungkin tak kisah. Tapi kalau client belanja or syarikat tempat kita kerja yg keluarkan duit (itu...lain cerita arrr....maksud aku kalau kita sendiri kena keluarkan duit okay, bukan kedekut, cuma rasa macam tak berbaloi)- aku rasa la rakyat malaysia ni macam suka membazir...termasuk la aku dalam bab2 makan ni terutama di bulan Ramadhan). Azam pose tahun ni tak nak jamah nasi plus segala macam dish yg tinggi kolestrol and gula....crash diet maaaa...harharharharhar....(hope aku boleh bertahan sampai bulan Syawal dan bulan2 seterusnya...Aminnn.....)


Untuk bertiga makan termasuk minuman RM53/- sahaja. Dan yg paling best ayong belanja. Yeee...ha...)

Selesai berbuka pose, singgah sat kat rumah ayang. Ayang ni peminat fanatik kepada RIMAU. Apa2 barang yg ader corak rimau semua dia beli....kusyen, handbag, cadar, belt, etc...asal nampak corak rimau sure beli nyer la....kereta pun penuh dengan barang rimau.....nasib baik la orang nyer kecik ajer...harharharharharharharhar.....

Dalam pada tu aku dok terpandang benda kat bawah ni, nampak unik....apakah itu...jeng2....

Aku ingat paip rupa-rupanya bekas astray.

Thursday, September 18, 2008

Suka dan Duka

Date: 17/09/2008

Suka

Suka, sebab hari ini aku berkesempatan meraikan majlis berbuka puasa bersama-sama banker's di citi cafe, cititel hotel, midvalley. Memang tiap2 tahun, opis aku meraikan banker-banker yg memberi sokongan kepada kami dalam memberikan job2. (bukan rasuah....sudah jadi fitrah manusia...suka dihargai....tak salah kan....ni pun kira one of the marketing strategi). Sementara tunggu waktu berbuka, aku mengambil kesempatan berwindow shopping. Tak beli apa2 pun, sekadar tengok gelagat orang ramai.


Decoration suasana kampung by midvalley management di kawasan centre court.

Duka

Duka, sebab hari yg sama kereta aku masuk workshop akibat dari keterperasan aku ke atas meter tempreature. Naik lebih dari yg sepatutnya. Memandangkan aku pernah ada pengalaman yg sama akibat hose pecah, marabahaya dan tanpa lengah2 lg terus hantar kat pomen. Kereta tu aku ambil selepas selesai majlis berbuka puasa. Kesian pomen tu sebab kena tunggu sampai 9 malam. Abih aku ni lg kesian, terbang 5 6 rat. aduhhh.....dah la nak raya ni....

Aku dinasihati utk tukar paip saliran gas aircond sebab ada leaking, sekaligus menyebabkan aku komplen ada bau seakan2 bau minyak didalam kereta. Tapi masalahnya kereta aku species rare, mana nak cari alatan lengkap, solution kena potong sket, welding then sambung dgn paip.

Punca utama air dlm radiator kering sebab benda ni la...water pump. sesuai dengan usia kereta aku yg sama baya dgn budak darjah enam, memang masa la kena tukar...dah bocor rupanya... aduiii.......
Kesan dari kekaratan tahap melampau. Nak keluarkannya, kerjanya renyah sebab kena bukak timing belt dulu... etc...kalau tak tukar pun boleh, tapi sebab aku nak jalan jauh, takut2 orang yg guna kereta aku masa raya nanti, tak tau masalah kereta ni, sekaligus jika berlaku masalah kereta berasap dan memungkin aku menanggung kerugian yg lebih besar, baik aku tukar....depa selamat...aku lg selamat....

Monday, September 15, 2008

Rumah Anak Yatim

Date : 14/09/2008
Venue : Rumah Anak Yatim Al-Munirah, Johan Setia Klang.

Setelah hampir satu bulan organized charity drive bagi mengutip derma dari kalangan ahli-ahli kelab kereta lebah (B6 B8) setiap kali tiba bulan ramadhan utk diberikan ke rumah anak-anak yatim terpilih, alhamdulillah hampir RM1k berjaya dikutip bersama2 beberapa kampit beras, gula, garam serta barangan keperluan dapur yang lain.

So beberapa wakil dari kelab ni memvolunteer kan diri untuk menghantar duit dan barang2 tersebut ke rumah anak-anak yatim al-munirah, jalan johan setia, kelang, selangor darul ehsan pada tarikh yang telah ditetapkan.


Port pertemuan adalah selepas toll kemuning, KESAS jam 9.30 pagi. Antara beberapa org yg telah sampai termasuk aku tgh tunggu 2 3 kereta lg nak sampai.


Bila dah cukup korum, dalam 10.00 pagi kami bertolak ke destinasi tujuan.

Ni la signboard. Senang nak cari....

Sessi memunggah beras dan barangan keperluan dapur yang lain.

Ni signboard kawasan asrama. Pada hari tersebut, asrama ini sedang sibuk menyiapkan majlis untuk berbuka puasa. Kami semua dijemput, tapi minta maaf la....kami tak dapat menghadirkan diri, tu yang datang pada pagi ni....

Kaum ibu dan anak-anak yatim sedang bertungkus lumus menyiapkan barangan untuk keperluan memasak didalam dewan makan. Difahamkan anak2 yatim ini makan bersila dilantai dan makan bersama2 didalam satu dulang untuk mewujudkan ukhwah dan perpaduan sesama mereka.

Rumah ini mempunyai seramai 45 orang anak yatim berumur antara 5 - 17 tahun. Lelaki seramai 21 orang dan selebihnya anak yatim perempuan bersama 11 orang kakitangan. Anak-anak ini semua dihantar kesekolah-sekolah agama berhampiran termasuk sekolah tahfiz. Bangunan asrama, pejabat dan rumah penyelia baru dibina selama 3 tahun dimana peruntukan dari jais sebanyak rm20k selebihnya hasil dari kutipan dan derma perseorangan dan syarikat. Tanah tersebut dibeli oleh pertubuhan ini dengan harga rm450k.

Sebenarnya kalau tak salah aku perbelanjaan untuk mengurus rumah-rumah anak yatim termasuk kemudahan tempat tinggal, persekolahan, tuisyen, yuran utk guru mengajar, makanan, etc, sekurang-kurangkan memerlukan lebih dari RM25k sebulan. Dengan keadaan barangan keperluan dapur yg makin naik, kurang2 rm30k lebih sebulan sekarang. Menurut penyelia kat sini, mereka hanya ada satu syarikat tetap yg menderma sebanyak RM3k sebulan serta dari JAIS, selebihnya hasil dari jualan barang2 yg dihasilkan oleh anak-anak dan kakitangan, derma2 tabung tin yg diletakkan dimasjid @ surau serta derma orang perseorangan etc.

Setelah hampir 1 jam kat sini kitaorang semua pun minta izin membelahkan diri.

Friday, September 12, 2008

Masjid Shah Alam

Setelah selesai segalanya di JUPEM, urusan aku dengan Allah pulak. Lg pun asar pun dah nak masuk. Singgah jap la nk tunaikan kewajipan. Lama dah tak jejakkan kaki ke sini.

Masjid ini dikenali sebagai Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah atau sebagai "Masjid Biru - Blue Mosque" disebabkan domenya yg berwarna biru. Kalau diperhatikan bangunan disekitar shah alam khasnya kebanyakkan ada warna kebiruan sket, sebab almarhum sultan suka warna biru. Sultan sekarang suka warna emas tu yg masjid di kelana jaya tu warna emas. Tak salah aku la....kalau bukan...mintak ampun k....

Menurut sumber2 terdekat, the main dome is the biggest in the world (maaf kalau salah), measuring 170 feet in diameter and 350 feet height from the ground level. The four minarets are the 2nd tallest at 460 meter.







Selesai solat, apa lg ca alif but ler....jauh lg nak sampai rumah maa....kalau terperangkap didalam kesesakan lalu lintas, pukul berapa la nak sampai...Lg pun badan ni terlampau letih kerana dari pagi sampai ke petang aku berada di luar. Kalau ikut mileage dah sampai ipoh aku hari ni. Demi tugas dan rezeki yg halal, redho je la ek....

Comparables - Part 2

Sampai di north port aku cari le first comparables. sited at lengkuk sultan mohamed 2, vacant land, snap2 gambar then chow towards to pulau indah, to check another comparables. jauh tu.....
Dalam dok cari2 jalan perigi nenas aku ternampak lak signboard bawah ni. Apa lg....follow le....

Makin lama environment keliling macam best jer, walaupun cuaca kat luar sikit panas terik. Tengahari buta tu....nasib baik bulan puasa dan nasib tak der orang jual air tepi jalan...harharharharhar......

Oooooo....ader port baik punyaa.....Hemmm....nice...masa aku keluar dari kereta deruan angin tu tak tau nak habaq....bestnyaaa...... Dah up-grade rupanya, ader jogging track, tempat riadah, medan selera ikan bakar, port nak memancing cuma kalau nak swimming aku kurang pasti.....

Tengok pokok rhu tu bila ditiup angin...sunyi sepi kat sini....



Rasanya pokok mangrove ni baru ditanam sebagai benteng kalau air pasang.


Sesuai untuk tempat orang bercintan cintun....tapi awas ader signboard menyatakan dilarang melakukan perkara tak senonoh kat sini...watch out for those yg berangan nak buat benda tak elok kat sini ek.....


Dalam dok jalan2 area pier tu aku nampak building ni. Ooooo....surau as-syakirin rupanye....dinding yg dibuat dari rubble wall nampak esotik....

Eh! lupa lak tujuan asal aku kat sini....aku pun membelahkan diri cari comparables yg sepatutnya...nasib baik jumpa.

Then dari west port pulau indah, aku shoot ke Telok Gong. Masa aku kat sini tengok syok2 snap2 photo tiba2 kedengaran bunyi macam letupan. Sekali...then 2 kali berturut2. Terkezut den...apa hal ni....ader adegan tembak menembak ker....cepat2 aku masuk dalam kereta...marabahaya ni....

Dari teluk gong aku terus shoot ke Shah Alam lak. Kena p pejabat JUPEM(Jabatan Ukur dan Pemetaan) kat bangunan masalam at Sect 9, sebelah concorde hotel shah alam, nak beli RSS baru, takut tutup lak, maklumlah bulan puasa. On d way aku nampak Jaya Jusco shopping Complex kat Bandar Botanic...besar tu.....Depan sket kat Bandar Baru Bukit Tinggi ader TESCO and Gergasi Hypermarket....(Giant la....).