Thursday, November 6, 2008

Pantun : Otromen

Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua.

Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro.

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksasa
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan.

Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksaser mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu.

Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Lampu Ultraman nyaler.

Mengata dulang paku serpih
Mengata RaksaserUltraman pulak yang lebih-lebih.

Sudah gaharu cendana pula
Sudahlah kalah di'fire' pula.

Orang berbudi kiter berbahaser
'Fire' diberi pada raksaser.
ehemm... camne rasa
Membazir tak masa?

P/s : Ni la hasil pantun anak sedara aku..rosak bahasa...

Wednesday, November 5, 2008

Loke Mansion

Masa tengah tengok surrounding development within Medan Tuanku area, aku ter'spot' this building.

Located at No. 9, Jalan Medan Tuanku- same row with restaurant haniffa. A white mansion with 2 lion statue at the main entrance of the building. Currently occupied by lawyer office. Namely as Loke Mansion. Tak tau la dia ni kaum krabat Loke Yew @ tak.


Lubang angin at the roof facade. The facade look's macam shophouses area2 Jalan Hang Kasturi.

Wednesday, October 29, 2008

Sungai Klah Hot Springs

Venue : Sungai Klah Hot Spring (TRAP), Sungkai, Perak Darul Ridzuan

Aku memilih Sg. Klah Hot Spring sebagai destinasi percutian untuk tatapan anda semua.
Di buka sekitar December 2003, located 200 feet of the sea level at the foothill of Banjaran Titiwangsa. Untuk ke sini anda boleh menggunakan PLUS Highway samada dari selatan atau utara then exit at Sungkai toll. Boleh juga guna Jalan Persekutuan untuk jimat jika tak mahu bayar toll. Just follow the signage to Felda Sg Klah, insyallah tak sesat punya. Kalau dari KL kira2 ambil masa 1 jam 45 minit utk sampai ke sini. Manage by FELDA plantation.

Don't worry, parking disediakan at free of charge, agak luas juga. Entrance nak masuk ke sini RM10/- utk dewasa dan RM8/- utk kanak2. Untuk pengetahuan anda semua, makanan luar adalah dilarang sama sekali. Rasa2 nak bawak jugak, pandai2 ler cover ek...


The parking area
Ni cool water pool. Ade giant octopus. Air dia bersih dan tak berapa dalam sangat.
Source of cool water are from the mountain spring.

The giant octopus

Rasa2 gian nak main gelungsur, kat sini pun boleh main gak

Banyak attraction and accommodation kat sini antaranya :-
1. Kolam air sejuk - yg ada giant octopus
2. Big hot spring pool - sources of heat from underground
3. Private jacuzzi - ader standard room and superior room. Fees RM75 to RM125 per hour
4. Aktiviti merebus telur
5. Water reflexology (jalan kaki sepanjang stream covered by stone)
6. Tradisional massage
7. Sungkai rafting adventures or jungle tracking
8. Camping or visit orang asli village
9. Villa - sesiapa yg nak tidur sini, silalah. Fee dia more than RM500 per day
Don't worry, kemudahan bilik persalinan dan tandas ader kat sini.
Reflexology path

Boiling egg

See the bubbles, panas woo.....

Sessi rendamkan kaki. Kalau nak mandi kena pegi ke big pool, 200 meter dari sini.
Kat situ mandi la puas2

Panas woo...ader berani cuba la masukkan kaki kat sini.

Friday, October 24, 2008

Episode 7- last episode (Dacca)

Venue : Dhaka, Bangladesh

Kitaorang pun tak tau macam mana la biman airline ni boleh bagi tiket utk kami transit 1H 1M kat Dhaka masa on the way nak balik Malaysia. Tapi ok gak merasa juga we all ke Bangladesh, melihat negara mat-mat bangla yg suka bebenor datang bekerja kat Malaysia ni. Kami sampai kat airport Zia pukul 9.00 malam. Tapi yang herannya imigresen siap charge 20 dollar satu kepala as airport tax. Eh! kena transit pun kena airport tax ke. Sepatutnya, mana ader kena charge apa2. Mula2 depa mintak 50 dollar, tapi bila we all bising2, dia kata 20 dollar. Ketua rombongan kata dia nak claim kat Biman bila balik KL. Whatever la...kitaorang tak bayar pun, dia yg settle kan semua.


Ni la tempat kitaorang lepak semalaman, City Homes Resort. Sebelum sampai sini, dato' zainal yg tengah naik beca tu tanya, hotel ni berapa bintang. Representative tu cakap tak der bintang...seram gak...kut2 kitaorang semua kena tido dalam hostel or rumah kedai...WELL...not bad...kira macam hotel 3 bintang kat Malaysia la...kira selesa la gak...Apartment style.

Ni masa on the way nak ke pusat membeli-belah. Sepanjang laluan jumpa macam2 perkara. Jemaah lelaki konon2 macam berminat macamana mamat bangla tu buat cincin, sambung batu. Siap buat demonstrasi tu... Last2 hampeh...bukan beli pun...

One thing about bangladesh, pengangkutan awam selain dari bas atau teksi, tradisional vehichle...beca roda tiga...banyak wooo...merata2 ader...atas tu port diaorang...

Ni salah satu kedai sari yang kitaorang serbu...murah2 woo...
RM100 riyal bersamaan dengan 1,740 dhaka...

Kitaorang chartered 7 penarik beca utk membawa kitaorag balik ke hotel...
(Cheh! rasa macam filem Penarik Becha lak....)
Penat..tak larat jalan balik wooo...lagipun kat sini jalan raya dia lecak la...
then macam kelam kabut...
selalunya kena langgar dengan motokar atau motosikal...
silap2 gaya kat sini kena langgar dengan beca roda tiga...
Hasil dari baki 200 riyal balance yg memang saje aku spare.
Konon2 balik malaysia nak buat kenang-kenangan.
Last2 5 keping sari aku beli. Macam biasa utk mak n my sister.
(Which one yg aku punya...guess la ek...)
Sessi bergambar dengan kakitangan hotel.
Bestnya kat sini, mereka sediakan makan malam (2 kali), sarapan dan makan tengahari.
Tapi menu sama ajer la...ok la tu...
Siap ader bas sendiri tu. Ha...kat badan bas tu alamat hotel penginapan kami

Ni salah satu port dalam airport depa

Alhamdullilah, ader gak jemaah malaysia yg lain...campur2 ader la lebih dari 60 orang. Group kelantan tu...depa duduk lebih dari sebulan kat mekah. Bestnya....
Masing2 ceria sebab naik flight on time 10.30 pm
TETAPI...
Hampeh...dah sedap2 naik, 1 hour after that the airline ask us to shift to another plane.
ader kerosakan teknikal...
After 45 minute, ask us to get out from the plane, cannot take off sebab cuaca buruk...suruh kitaorang p makan....MAKAN lagi.....
Menu ni sama ajer macam mana yg kitaorang makan kat hotel penginapan.
Mungkin menu ruji kut....

Alhamdulillah, setelah delay selama 7 jam akhirnya kami sampai ke KLIA.
Remember 1st episode ader RAHSIA kenapa boss travel agency ni pilih Biman Airline.
(Boss travel agency tu, Ustaz Usman yg pakai jubah putih).
RAHSIANYA...sebelum kami, beliau telah menghantar 60 orang jemaah Malaysia pada awal ramadhan menggunakan perkhidmatan airline yg sama disebabkan airline lain seperti QATAR dan SAUDI yg telah kehabisan tiket. 59 jemaah tak complain aper2 pun except satu engineer Petronas. Siap cakap dgn Hj Usman...lain kali jangan la guna airline ni...tu yang dia nak merasa gak.betul ker seperti yg dikatakan...but WHY US?????...
Well aku ambik pendekatan simple...ini semua COBAAAAANNNNNN....
T A M M A T.

Episode 6 - Madinah/makkah/Dacca

Date : Hari2 terakhir di Makkah

Selepas pulang dari ziarah, mak tak berapa sihat. Mungkin cuaca yang terlalu panas. Malam tu mak demam. Jemaah yang lain nak buat umrah pukul 12.00 malam, tapi aku tak joint sebab menjaga mak yg demam. Mak cakap dia ok tinggal dalam bilik hotel sorang2. Tapi aku tak nak tanggung risiko, sebab masa kat malaysia mak pernah di serang demam sampai kena tahan seminggu dalam wad. Alhamdullilah, hari ke-3 mak beransur2 pulih, selepas aku paksa mak minum air zam2 banyak2. Itu la sebab kitaorang posa sunat 3 hari jer. Abah dan jemaah lelaki lain sempat la posa 4 hari...last2 semua surrender sebab batuk menyerang tiba2. Lepas mak, seorang demi seorang rakan sebilik aku kena demam. Aku...sampai kat KLIA baru demam....
Ni minuman yg aku minum sepanjang kat sini. Air zam2, laban dan jus mangga....sedapnyaaaaa...

Commercial hub near to masjidil haram. Sibuk memanjang.
Bunyi hon kenderaan bertalu-talu every second.
Lepas solat subuh kawasan ni dipenuhi penjaja tidak berlesen (aku guess la...sbb ader one time sorang pun tak muncul kat sini...bila perati betul2 ade radio car (pak polisi) lepak dekat2 situ).

Barang2nya standard 10 rial setiap satu.

Kat sini pun ade kedai 2 rial tau (ala macam kedai 2 ringgit kat malaysia ni).

Kawasan penempatan Bani Hashim.

Ni bukan trafalgar square k. Ni dekat dengan Masjid Kuching atau dikenali dengan Masjid Bendera @ Ar-Ryan. Masjid ni nabi singgah sebelum sampai ke dalam kawasan Kaabah dari Madinah

Masa hari terakhir di Mekah, macam biasa Biman Airline ni buat hal lagi. Flight 7 pagi, delay sampai 12.30 tengahari. Nasib baik depa bagi sarapan. Muka jemaah aku semua macam tension jer. Ada satu tahap abah tanya, kalau nak beli tiket MAS kat mana ek...ALAHAI....

Thursday, October 23, 2008

Episode 5 - Madinah/Makkah/Dacca

Date : 3/10/2008
Venue : Ziarah@Makkah

2nd day of Syawal, all of our jemaah start for puasa enam. Tapi aku n the geng cuma posa 3 hari jer sebab nak merasa air zam2 sepuas-puasnya. Masa bukak posa, mutawif kitaorang cakap dalam 8.00 am esok kena bersiap utk sessi ziarah.

Ini keadaan bangunan di sekitar Makkah, on the way nak ke Jabal Thur

Jabal @ Bukit Thur. Kat sini le Nabi Muhammad S.A.W bersembunyi selama 3H 3M dari orang-orang kafir kuraisy yg diketuai oleh bapa saudaranya sendiri Abu Jahal utk membunuh nabi. Ustaz yg bawak kitaorang cerita semasa org2 kafir mengepung rumah nabi, nabi cuma sempat baca 3 ayat pertama surah yassin ajer, bila semua orang kafir kuraisy termasuk iblis tertidur. Bila nabi dah sampai ke Jabal Thur, baru iblis terjaga then gerakkan abu lahab n the geng yg nabi dah melarikan diri. Mereka semua kejar la...tapi dengan kuasa Allah, ikutkan mereka dah sampai ke gua tmpt nabi sembunyi, kalau mereka jenguk sket tentu nampak kaki nabi tetapi sebab kat pintu gua tu ader sarang labah2 dan burung, so depa tak suspect la nabi sembunyi kat situ.


Lepas tu kami dibawa ke Padang Arafah.

Belakang tu kan ker Jabal Rahmah. Aku tak panjat pun bukit tu (aku panjat setakat kat tangga n atas batu kat kaki bukit, sekadar utk sessi bergambar ajer dan baca la al-fatihah sket) Tapi aku panjat atas unta...yes..merasa jugak naik unta maaa...konon2 nak suruh unta tu lari macam dalam cerita "mummy the return", kira2 nak feel ala2 padang pasir...malas lak unta ni nak gerak...ooooo...rupa-rupanya unta cari makan...kira khas utk sessi bergambar ajer la....

Sebelum sampai kat jabal rahmah, masa dalam coster, ustaz tu ader cakap..tak der pun dalam hadis atau sejarah yg menyatakan adam dan hawa jumpa atas jabal rahmah ni, cuma para ulamak sepakat menyatakan adam dan hawa berjumpa di padang arafah. Which part..tidak dinyatakan juga..(utk kesahihan korang tanya la org yg lebih bijak pandai ek...)


Ni Masjid Namrah

Mina

Jamrah
Balik dari padang arafah, kitaorang lalu kat Jabal @ Bukit Nur. Kat sini ader gua Hira, iaitu tempat nabi mula2 menerima wahyu.
Yang putih-putih tu orang2 yg memanjat bukit ni. Kitaorang tengok jer la...posa ma...tak larat nak panjat.
Selepas Jabal Nur kitaorang singgah kat Jaaranah utk Miqat. Sebab kitaorang nak buat umrah lagi. Masjid kat sini memang bersih. Toiletnya pun bersih.
On the way balik ke Mekah, kitaorang lalu kat Makam Makla. Kat sini isteri tercinta Rasulullah S.A.W., Saidina Khatijah R.A telah dikuburkan. Tapak perkuburannya di kelilingi oleh pagar hijau.
Ader la lalu kat masjid jin, tp tak sempat nak snap photo.
Ni dulu rumah nabi. Sekarang dah jadi perpustakaan.
Belakang tu guest house utk tetamu di raja.

Majlis Perbandaran Sepang -MPSp

Date : 22/10/2008
Route : Sungai Buah Malay Reserve Area, Dengkil - Cyberjaya

Tugasan pertama setelah balik dari bercuti. A 40 acres of vacant bldg land located at Sg. Buah Malay Reservation Area, sempadan Neg. 9, near to Bukit Unggul (Eco-Media City). Dekat2 gak dengan MINT Technology Park (Atom). Bukit Unggul ni ada golf-course together dgn bungalow lot...TETAPI sekarang macam abundant jer...sunyi sepi...Yg ader penduduk cuma dekat Kg. Sungai Buah.

Tanah ini interior lot, so kena la naik 4 wheel drive until the peak. Bila dah sampai ke puncak tertinggi, mmg la nampak semua surrounding even KL-Seremban Highway n Bandar Seri Putra boleh nampak...BUT that land has no direct access at all...macam mana aku nak value!!!. Bole value tapi murah la....sure client tak puas hati nyer....sebab dulu client beli mahal gak RM8.00 psf

Celcom & Digi tower belah kiri. Tanah tu interior lagi, lalu ikut laterite road tu


Lepas tengok site especially tanah, aku kena check surrounding n planning kat majlis perbandaran. So aku terus shoot ke Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang...CHEH! macam mana la aku bole lupa yg MPSp dah pindah ke Cyberjaya...terpaksa la cari route ke Cyberjaya...aku lak macam lost...al-maklumlah banyak sangat route...last2 aku ikut gerak hati...alhamdullilah lebih kurang 45 minit dari BB Salak Tinggi, aku sampai ke Cyberjaya..

Ni le bangunan baru Majlis Perbandaran Sepang

MPSp dekat2 dengan MMU (Multi Media University)

Tasik Putrajaya



Rasa macam berlakon cerita drama korporat melayu lak bila lalu jambatan ni....harharharharharhar