Friday, July 12, 2024

Orang Kata Tetamu Datang Ke Rumah Bawak Rezeki

Assalammualaikum,

Dah 3 weeks in a row, rumah teman dikunjungi tetamu silih minggu.

Orang kata bila tetamu datang rumah kita bawak rezeki kan...

Cuma teman kesian dekat tetamu, bilik tidur dan bilik air inshallah tip top teman sediakan... Cuma bila bab makan2 ni, maklumlah teman ni bekerja..selalunya kalau sarapan, abang gebu akan tapau bila balik dari masjid subuh. Manakala tengahari teman makan di ofis atau Abang Gebu tapau seandainya dia beli di gerai2 area Uniten atau kalau dia balik dari KL. Selalunya malam kami memang jarang makan. Teman memang tak mampu la nak bersilat pagi2 masak sarapan sebelum pergi kerja atau masak makan malam bila balik dari kerja...serius..bila dah tua2 ni teman memang exhausted gila..

Tetapi seandainya tetamu nak masak sendiri boleh sahaja..beras, barang basah dan barang kering ada sahaja..cuma kena rajin lah. Hehehehehe..

Rupa-rupanya tetamu teman pun malas nak masak. Mereka cakap..dapat tidur bilik yang selesa sejuta syukur...tentang makanan tak perlu bersusah payah..lagipun tetamu teman malam sahaja tidur..waktu lain keluar berjalan. 

Dalam masa yang sama, kami berdua dibelanja pula makan2 di cafe atau restoran area2 rumah teman ni...alhamdulillah.

1. Bubur Nasi di Dapoana, Cyberjaya





2. Makan pagi dan tengahari di area Sg Merab.





3. Dinner di Bangi Square 2 (sebelah Country Heights)






4. Ole-ole dari Turkeye. (Cucu teman balik bercuti dari Turki. Universiti dia cuti summer. lagipun dah 3 tahun tak balik).



Baklava tu sedapnya...sweet but not so sweet..ater camner tu..


5. Ole-Ole Bali, IOI City Mall





Alhamdulillah...

Wednesday, July 3, 2024

Ipoh Gateway This Weekend

Assalammualaikum,

Sabtu (6/7/2024) ada kenduri kahwin di Ipoh..di Rumah Abang Jamil. Kakak sepupu kahwinkan anak perempuan dia..


Memandangkan abah pun ikut sekali termasuk family adik perempuan, so tak boleh balik hari...teman booked ler homestay kat Meru ni..rumah semi-d..boleh la..nak ke Kuala Kangsor pun ok..nak ke area2 Chemor/Tg Rambutan/Tambun pun ok..





Tuesday, July 2, 2024

Lemang, Kukis dan Thai Food

Assalammualaikum,

Bila tengok sis Mulan sekalikan semua cerita makanan dalam satu post so kita pun nak buat juga lah..hehehehehe..

Ok pasal lemang ;

All this while setiap kali Hari Raya, teman akan beli lemang samada di area2 Pasar Keramat (lemang Pak Abu rasanya) atau di Middle Ring Road (MRR2) iaitu di kawasan Kelang Gate/Melawati (Lemang Pak Ali). Tahun ni kitaorang beralih ke gerai yang lain iaitu sebelum pintu masuk Zoo Negara..lemang Kemensah namanya..





Nampak signboard Al-Baik ni..wah...dah ada kat KL la..tapi tak tau dah buka atau belum.


Cerita pasal kukis pula ;

Nampak la Chefkecik ada buka outlet baru di Ruang, Kajang. So kebetulan ada visit on Saturday..kita terjah ler..



Bentuk macam bow tie ni sedap la...



Yang mini donut ke apa namanya atas tu..dah la kecik..tak fluppy sangat..rasa tepung...topping pun biasa2 jer..mahal harganya..macam tu RM10. Owh..yg ni tak beli kat Chefkecik tu..kitaorang beli kat salah satu gerai dekat UNITEN..


Cerita pasal Thai Food.

Abang Gebu dah seminggu takde selera makan. Demam..berjangkit dari bini dia..so request nak makan ala2 tomyam. Kebetulan hantar kereta (aircond buat hal)....kitaorang singgah kedai Ori Thai ni..area2 Seri Serdang.



So far food ok.



Eh..tiba2 Abang Gebu request nak makan durian..macam orang mengidam pulak..lain macam penangan orang baik demam yea.

So ke Jalan Kebun, Shah Alam kami pagi2 Ahad. Memang ler berbakul2 durian sampai..tapi mereka tak boleh jual lagi..alasan kedai buka pukul 12.30 tengahari...(masa tu dalam 10.30 pagi)..Ala bang..kitaorang nak beli sebiji dua jer..boleh jer uolss jual durian yang mahal tu...yang murah2 seperti diwar-warkan dalam tiktok..abang nak jual lepas pukul 12..jual ler...Eh..angin pulak rasanya..yea la mungkin duit kami tak laku kat gerai abang kut....

So nasib baik ada gerai lain yang sudi menerima kedatangan kami..dua biji durian..musang king dengan kucing tidur..ada la dalam seratus hinggit..macam biasa orang baik demam makan..teman nengok jer..hehehehe..


Tengok tu Abang Gebu pergi tanya..semua bagi jawapan sama..buka pukul 12.30 yea pak aji...Hmmmmm..








Wednesday, June 26, 2024

Jalan-Jalan Cari Pantai - Day 3 (Pengkalan Chepa)

Assalammualaikum,

Destinasi seterusnya dari Kuala Terengganu adalah ke Kelantan. Specifically di Pengkalan Chepa. Melawat anak bongsu yang bermastautin di situ bersama suami dan 2 orang anak lelakinya. Sekarang tengah sarat..inshallah bulan 8 melahirkan.


Anak bawak mak dan papanya ke Pantai Aor di area2 Bachok. Jauh juga kalau dari Pengkalan Chepa circa 45 to 50 minit. Hujan2 pun redah juga..hehehehehehe..





Banyak tempat ootd. Orang pun ramai..cuti sekolah kan.


Actually kawasan ni banyak nama pantai. 20 ke 30km ada rasanya..
kita pilih jer kat mana nak nak lepak.


Lepas solat maghrib, kami singgah makan di satu kedai ni. Macam2 ada..nasi khaumok la, daging harimau menangis la..ikan siakap tu win..fresh..kerang tak tau rasanya..sebab teman tak suka makan seafood yang kena kopek kulit macam ketam, udang, kerang dan seangkatan dengannya..kalau ada orang tolong bukakan teman makan..hehehehehe


Isnin pagi2 lagi kami dah gerak balik ke KL. Anak dan cucu ikut sekali.
Singgah di Kuala Lipis untuk makan tengahari dan solat.




Ikan Talapia tu sikit punya besar..goreng dgn kunyit jer..isinya fresh.


Kami singgah makan kat sini.

So..keluar dari Pengkalan Chepa pukul 7.30 pagi. Sampai Putrajaya 9.30 malam. Fuhh..14 jam...tobatttt..dari tol Bentong ke tol Gombak sahaja 4 jam..bukan jauh pun 59 km sahaja...gila...salute la orang Pantai Timur yang sanggup redah jem tu.

Next projek apa pulak...tunggu....


Friday, June 14, 2024

Jalan-Jalan Cari Pantai - Day 2 Kuala Terengganu

Assalammualaikum,

Kelana kami di Pantai Timur diteruskan ke Kuala Terengganu. Seawal 6.40 pagi dah checkout. Actually, teman nak juga tunggu sampai 7.30 pagi sebab ingat nak sarapan di Warung Kopi Roda...iskh..macam lambat pulak..lain kali la kalau ada rezeki mari sini. Kita sarapan la mana2 kedai makan yang buka..dan yang banyak kereta/motor singgah or pakcik2 balik dari masjid/surau....untuk outsider macam kami..itu la petanda yang kedai tu ok..tak kisah la kedai kampung ke..


Kita ikut jalan pantai.


Laksam sedap la..tak sama macam kat KL/Putrajaya..


Hujan dari malam membawa ke pagi..


Lokasi : Pantai Kemasik, Kemasik..(banyak kucing kat sini)




Lokasi : Area2 Dungun rasanya..



Tak perasan ada satu lagi masjid kat area2 Jerteh dimana lapan kubah macam kat Rusia bentuknya..


Ihsan : dari mr goooooogle..





Friday, June 7, 2024

Jalan-Jalan Cari Pantai (JJCP) - Day 1 di Kemaman

Assalammualaikum,

Sebenarnya semasa teman decide nak ke Pantai Timur pada pagi jumaat (lebih kepada impromptu)....teman memang tau cuti sekolah..so trafik akan agak sibuk..tetapi teman beranggapan dah hujung cuti sekolah so orang akan ramai dah balik..so kami akan balik ke KL pada hari isnin lah..maklumlah isnin kan ker dah start sekolah..sekali lupa daaa...isnin cuti lagi sempena harijadi Agong..so kami menghadapi jem yang agak tak boleh blah dari tol Bentong sampai ke tol Gombak...(3 hours stranded..luckly bukan giliran teman yang drive...balik sini Abang Gebu siap dapat pakej bisa2 badan dan deman..hehehehehe).

Ok...destinasi pertama adalah ke Cherating..tetapi semua hotel tepi pantai kat Cherating penuh..maklumlah cuti sekolah...travel pun last minit..


Memandangkan hari Jumaat, kami singgah dulu di Masjid Kg Sg Ular untuk AG solat Jumaat. Lepas tu..tentu ler kena cari makanan kan. Kami singgah satu kedai makan..ala lupa lak namanya..Sajian Bonda kut namanya...kami tengok ada beberapa kereta yang berhenti so lets try ler...sebenarnya banyak lauk yang dah abis..tinggal ada la beberapa ekor ikan bakar..ada juga gulai kawah dan sup tulang. Ikan talapia dia fresh and sedap. Pencicah yang sampai 4 jenis tu pun sedap. 


Lepas makan kami terus ke Kemaman..ala tidur kat hotel budget sahaja, Shafurah Hotel. Betul2 depan jalan besar dan dalam town. Dah tua2 ni kena ada stop by...Lepas bersih diri dan berehat dalam pukul 5.30 tu kami keluar.. konon2 nak cari pantai..tapi apasal jem..oooo rupa-rupanya ada food festival. Lps tu rajin ek orang situ bawak anak bini ke pantai..kalau la putrajaya tu ada pantai..mau petang2 lepak..tak pun cari rumah yang mengadap pantai terus.

Kami menghala ke Pantai Teluk Mak Nik. Sebelum tu pekena kopi dan UCP (makan ringan2 sahaja) kat Aziz Satar Celup Tepung (famous ek pakcik ni..merata2 branch kedai dia..tapi butternya tebal sangat..lepas tu terbiar atas tray..bila orang beli baru nak panaskan balik..tak fresh jadinya).

Tentu tertanya-tanya siapa yang naik basikal ni kan? Hehehehehe..yang pasti comel...

Actually kami ke pantai belah kiri..menghala ke kuala kemaman...lepas tu masuk celah2 lorong rumah orang untuk sampai ke pantai. Tapi tentu ler mintak izin kan nak park kereta...




Lepas lepak2 di pantai, kami singgah solat maghrib di Masjid As-Syakirin Kuala Kemaman. Then terus balik ke hotel...

Sebelah hotel kami ada satu cafe comel..Rumah Buruk Cafe namanya...



Kat sini kalau order roti bakar, memang pakai macam roti burger ek...masalahnya kenapa kaya tu sedap sangat. Lepas tu Abang Gebu kata, kopi dengan teh kat sini pun sedap. Teman siap tanya mana nak dapat kaya tu..kut2 la boleh beli..sekali katanya dia pun tak tau boss dia beli kat mana...adoiii...

End of Day 1

Thursday, June 6, 2024

Jalan-Jalan Cari Pantai (JJCP) -Teaser

Assalammualaikum,

Weekend baru ni travelling dari Putrajaya ke Pantai Timur.

Sajer..menjejaki pantai-pantai..berdua-duan dengan Abang Gebu..hehehehehe..


Lokasi : Pantai Kelapa Condong, Bachok, Kelantan