Friday, June 7, 2024

Jalan-Jalan Cari Pantai (JJCP) - Day 1 di Kemaman

Assalammualaikum,

Sebenarnya semasa teman decide nak ke Pantai Timur pada pagi jumaat (lebih kepada impromptu)....teman memang tau cuti sekolah..so trafik akan agak sibuk..tetapi teman beranggapan dah hujung cuti sekolah so orang akan ramai dah balik..so kami akan balik ke KL pada hari isnin lah..maklumlah isnin kan ker dah start sekolah..sekali lupa daaa...isnin cuti lagi sempena harijadi Agong..so kami menghadapi jem yang agak tak boleh blah dari tol Bentong sampai ke tol Gombak...(3 hours stranded..luckly bukan giliran teman yang drive...balik sini Abang Gebu siap dapat pakej bisa2 badan dan deman..hehehehehe).

Ok...destinasi pertama adalah ke Cherating..tetapi semua hotel tepi pantai kat Cherating penuh..maklumlah cuti sekolah...travel pun last minit..


Memandangkan hari Jumaat, kami singgah dulu di Masjid Kg Sg Ular untuk AG solat Jumaat. Lepas tu..tentu ler kena cari makanan kan. Kami singgah satu kedai makan..ala lupa lak namanya..Sajian Bonda kut namanya...kami tengok ada beberapa kereta yang berhenti so lets try ler...sebenarnya banyak lauk yang dah abis..tinggal ada la beberapa ekor ikan bakar..ada juga gulai kawah dan sup tulang. Ikan talapia dia fresh and sedap. Pencicah yang sampai 4 jenis tu pun sedap. 


Lepas makan kami terus ke Kemaman..ala tidur kat hotel budget sahaja, Shafurah Hotel. Betul2 depan jalan besar dan dalam town. Dah tua2 ni kena ada stop by...Lepas bersih diri dan berehat dalam pukul 5.30 tu kami keluar.. konon2 nak cari pantai..tapi apasal jem..oooo rupa-rupanya ada food festival. Lps tu rajin ek orang situ bawak anak bini ke pantai..kalau la putrajaya tu ada pantai..mau petang2 lepak..tak pun cari rumah yang mengadap pantai terus.

Kami menghala ke Pantai Teluk Mak Nik. Sebelum tu pekena kopi dan UCP (makan ringan2 sahaja) kat Aziz Satar Celup Tepung (famous ek pakcik ni..merata2 branch kedai dia..tapi butternya tebal sangat..lepas tu terbiar atas tray..bila orang beli baru nak panaskan balik..tak fresh jadinya).

Tentu tertanya-tanya siapa yang naik basikal ni kan? Hehehehehe..yang pasti comel...

Actually kami ke pantai belah kiri..menghala ke kuala kemaman...lepas tu masuk celah2 lorong rumah orang untuk sampai ke pantai. Tapi tentu ler mintak izin kan nak park kereta...




Lepas lepak2 di pantai, kami singgah solat maghrib di Masjid As-Syakirin Kuala Kemaman. Then terus balik ke hotel...

Sebelah hotel kami ada satu cafe comel..Rumah Buruk Cafe namanya...



Kat sini kalau order roti bakar, memang pakai macam roti burger ek...masalahnya kenapa kaya tu sedap sangat. Lepas tu Abang Gebu kata, kopi dengan teh kat sini pun sedap. Teman siap tanya mana nak dapat kaya tu..kut2 la boleh beli..sekali katanya dia pun tak tau boss dia beli kat mana...adoiii...

End of Day 1

4 comments:

Khamsi Abdullah said...

Rindu Kemaman, Kerteh dan Kuantan. Lama tak ke sana. Suka lifestyle belah Cukai tak laju sangat, tak slow sangat. Tapi makananan kalah KL harga.

mrhanafi said...

Saya tertarik dengan basikal tiga roda....macam beca tapi sangat unik

anamizu said...

kena mintak nombor contact boss dia tu nak tanya mana beli kaya tu hehe

fanny_dcatqueen said...

Atau mereka memang nak rahasiakan srikaya nya 😄. Sukaa dengan roti srikaya. Di bakery shops papa saya di Medan, roti srikaya juga selalu jadi menu paling favorit.