Tuesday, July 4, 2023

Jalan Alor

Assalammualaikum,

Jumaat masih kerja. So dalam pukul 6 gerak ke KL..jalan agak smooth. Sebenarnya kitaorang lapar..sebab tengahari tak makan..cuma breakfast yang agak heavy dalam pukul 10. So AG nak makan nasi dan tomyam. Pusing2 area Kg Baru. Semua kedai tutup. Yea la..orang masih cuti raya. Last2 AG ajak ke area2 Bukit Bintang. Katanya kat situ sure tak tutup. Teman tengok atas bawah jer AG...mana celahnya gerai tomyam kat Bukit Bintang tu. Tapi sebab dia yang bawak kereta..ikut kan jer la..

So kami ke Jalan Alor. Seperti jangkaan. Kedai yang dia nak pergi tu tutup. Hahahahaha...pilihan samada western atau makanan arab jer la yang ada situ. Tapi nak cari nasi juga, Apa2 hal..cari parking dulu dan kebetulan maghrib pun beberapa minit lagi. Eh! tak sangka teman ada surau kat situ. 


Lepas solat kita pun JJCM. Orang ramai bebenor. Local dan tourist. So kitaorang jadi tourist dari Indonesia..bapak dan ibu..hehehehehe..

Jalan Alor ni famous dengan seafood. Difahamkan kedai2 bukak dari 3 petang sampai 4 pagi. Kiri kanan jalan penuh dengan orang makan. Ada juga gerai2 kecil jual buah-buahan dan makanan ringan lain.




Kami makan di kedai ini. Konsep seorang duduk di meja yang kosong..seorang lagi pergi pilih ikan, udang, sotong serta style masakan. Mereka akan timbang dan bagi tag nombor. Makanan dan minuman akan dihantar mengikut nombor tersebut. Orang sangat ramai, so expecting time untuk menerima makanan adalah antara 45 minit ke 1 jam. Sabar itu pasti. Kalau lapar sangat beli la pulut mangga ke serta jajan2 lain.

Owh..lupa snap makanan. Kami makan ikan bawal bakar sambal (571 gram = RM51.25), tomyam ayam (RM25), sayur kailan(RM15) dan minum air mangga (RM7 setiap satu). Food taste biasa jer pada tekak teman. Total damage RM125.45 (Kalau pergi Rosdet..untuk kos seperti ini akan dapat udang masak petai, sotong celup tepung, sup ekor, telur dadar dan macam2 lagi). So maksudnya kalau datang lebih dari 2 orang..kosnya..faham2 jer la yea. Tourist spot katakan.


Ingat nak jalan sampai ke hujung sinun (menghala ke Pavi). Tapi bila hidung teman yang sensitip ni ada certain2 tempat terbau hancing perin (bak kata orang kuale)...memang tak la nak jalan sampai ke hujung kan...
So patah balik dan belilah aiskrim kelapa yang bubuh dalam tempurung kelapa ni. (RM12). Yang mahal tempurung nyea..last2 ke dalam tong sampah jua.


Monday, July 3, 2023

KennyHill Baker - IOI City Mall 2

Assalammualaikum,

Hari Raya Aidiladha tahun ni bertugas di luar kawasan dibahagian timur selatan Selangor.

Dah call mak sehari sebelum yang tak dapat sambut sama2. Kami berpagi raya di Putrajaya sahaja.

Lepas solat sunat, kami breakfast di sini sebelum bergerak ke destinasi.


Bagus staff sini. Dia tau yang nasi lemak tu big portion. So dia bagi extra plate. Sebelah kiri tu dua bahagian ayam dari pinggan AG. Cuma udang tak berapa nak fresh. 


Kat sini seating dia luas. Bahagian dalam pun ada.


Banyak bethollll pastry..







Wednesday, June 28, 2023

Sepagi di Kepak Fasa 2

Assalammualaikum,

Entry kali ini tidak ada kena mengena dengan kepak ayam. Hehehehehe.

Weekend baru ni cucu datang rumah, so bawak pergi beli sarapan. Dalam perjalanan pulang stroll la F&B lane sayap baru shopping complex rumah teman ni.

Budak-budak ni kalau nampak tempat yang boleh bermain nak menyinggah jer...tapi ummi kat rumah kelaparan. Lagipun tok pa nya mengantuk pulak lepas pekena nasi lemak rendang kerang.

Mampu tengok dalam kereta jer la...



Rasa macam tengok filem Hongkong pulak...



Eh..bukak pukul 8.30 la...boleh beli pastri.

 

Tuesday, June 27, 2023

Sarapan Didalam Kebun Lagi - D'Pangkin, Nilai

Assalammualaikum,

Lately ni banyak pulak orang yang share places berkonsepkan menjamu selera di dalam kawasan ala-ala kebun, tepi sungai, kampung dan sebagainya.

Kalau sebelum ni teman pergi ke area2 Bangi lama, Sabtu baru ni lajak ke Pekan Nilai pulak. Jarak perjalanan dari Putrajaya lebih kurang 30 minit. Cuma hari tu lama sikit sebab ada lori terbalik sebelum susur Nilai, so biasa ler jem. Memandangkan ada orang cakap by 7.30 am dah ramai orang, so dalam 6.50 dah gerak. Sampai dalam 7.38 pagi gitew. Masuk2 dah nampak kereta bersusun di parking. Belakang kitaorang pun ada 3 4 kereta yang masuk. Ada ker meja...inshallah ada...

Kat sini kalau nak sarapan, anda boleh duduk dimeja dan ada yang duduk bersila atas pangkin. Kami sempat beramah mesra dengan tauke kedai. Muda belia lagi...baguss...difahamkan d'pangkin tu baru beroperasi 2 minggu. Tapi crowd...alhamdulillah...anak muda zaman sekarang. Mengunakan media sosial untuk mewar2kan kewujudan kedai mereka. Tapi environment atau vibe lawa tak guna yea dak...makanan semestinya kena sedap..takde la expect 5 or 6 star atau michelin star..cuma makanan tu kena berbaloi dengan apa yang dibayar...jauh kut orang datang.

So apa yang kami makan..





Punya la jauh datang, makan beehun goreng jer...well beehon tu sedap, ayam goreng tu sedap, lontong tu pun sedap...kuih2 pun sedap...



Walaupun baru 2 minggu beroperasi, nampak macam sistematik operasi. Order di kertas siap2..pilih mana yang nak makan..lepas tu beratur di kaunter untuk bayar sambil ambil kuih2 yang display kat kaunter tu. Lepas tu tunggu makanan sampai. Dah habis makan silalah mengundurkan diri..jangan berborak macam kat rumah sendiri. Bagi peluang kat orang lain nak makan. Benda tengah viral so kena ada give and take.


Belakang sana ada pokok buah2an, kandang itik/burung.


Masa ni pukul 8.10 minit. Orang dah start beratur tunggu giliran sebab ruang makan tengah penuh.


Penuh sokmo...





Kemana pulak lepas ni..belah2 utara KL maybe...atau belah2 timur...




Friday, June 23, 2023

Another Achievement For The Company

Assalammualaikum,

Busy bebenor teman last week. Ada dua (2) dinner dan satu (1) seminar kena attend.

Syarikat tempat teman kerja dapat award.

Something to proud of..maklumlah kami ni company kecil sahaja..lepas tu masih bertatih di dalam dunia perniagaan ini..umur syarikat pun baru masuk 5 tahun.

Untuk bersaing dengan syarikat property consultant lain memang jauh lagi ler. terutama dari segi panelship, number of cases serta profit kepada syarikat....so kita simpangkan ke lain sikit..

At least dalam company profile boleh ler letak bila jumpa client baru.






Thursday, June 22, 2023

Pertama Kali Ditahan Di Wad Kecemasan - AG

Assalammualaikum,

Pagi ahad baru2 ni...kira sejarah la dalam hidup AG first time in lefe kena tahan di wad kecemasan Hospital Sultan Idris.

Kisahnya bermula sebelum menjamah mee kari yang diorder untuk sarapan di Gerai Pak Usop Taman Sri Serdang.

Tiba2 AG kata sakit perut mencucuk2. Member dah libang libu. Duduk tak kena..berdiri tak kena, ke tandas pun tak kena..

Bini pulak selamba sahaja menikmati mee rebus dengan telur setengah masak. Adoiii...

So AG kata dia tunggu di kereta...sementara tunggu makanan AG yg tak berjamah tu dibungkus..dok dengar hon kereta bertalu2. Bila ke kereta AG dah buka jubahnya..cuma bersinglet putih dan berkain pelikat. Teman pun tanya kenapa..katanya tak tahan sangat sakit perut ni...tolong la bawak pegi klinik segera cari injection untuk tahan sakit. 

Mana la ada klinik yang buka pukul 7.45 pagi ni bang oiii...menjajau searching di internet klinik yang buka. DiPekan Seri Kembangan ada klinik 24 jam..tapi tak buka pun..last2 sampai ke South City..tu pun tekan loceng dan ketuk pintu berkali2..baru la doktor keluar dengan mata terpisat-pisat..AG dalam kereta dah terjerit2 tahan sakit...sebelum tu siap muntah mongek..tapi yang keluar air berwarna oren...siap pakej berguling2 kat seat belakang..suruh teman langgar lampu merah la..mengerang dan meraung2 mengadu sakit...aiii..teruk bebenor bang...orang lelaki macam ni ek la kut bila sakit...

Lepas dapat suntikan, kami diarahkan oleh doktor untuk ke hospital bagi pemeriksaan lanjutan. Tu yang terus ke Hospital Sultan Idris aka Hospital Serdang. 

Memang kena tahan ler..masa nak ambik darah teman perati jer awat AG dok pandang tempat lain...oooo..rupa-rupanya takut jarum...cheh!...dari zon kuning ke zon merah..sbb ubat yang suntik mula2 tadi dah abis kut..dah terguling2 atas katil sambil merayu2 doktor dan nurse bagi ubat tahan sakit...teman gelak dalam mask ajer..macam budak kecik..hehehehe...BP terlalu tinggi..buat ECG mmg kantoi..Why teman gelak..sebab teman dah banyak kali mengalami sakit perut teramat sangat..rasa macam nak putus nyawa..siap pakej muntah n pengsan...tapi teman cool jer..takde la terjerit2 kata..sakit..sakit..sakit...

Kat zon merah oksigen drop..kena pakai mask oksigen. Monitor jantung n BP. Nampak macam dah ok sket sakitnya....AG mengadu berkali2 kena ambik darah..cucuk tang sini..tak jumpa cucuk tang sinun pulak..biasa la bang oiii.....



Teman memang keluar masuk..keluar masuk ler...dari zon hijau ke zon merah..dari orang tak berapa nak ada..sampai la penuh kerusi kat zon kecemasan tu..

Bila tanya nak makan tak?..maklumlah takde apa yang masuk dari semalam..AG kata tekak pahit..nak minum sahaja.

Bila doktor interview tanya malam tadi makan apa..katanya makan 'Maggi Kari'...ooo..padan la masa muntah mongek dalam kereta tadi tengok warna air muntah oren..lps tu kat jubah macam ada maggi...
Actually dah 3 minggu kami cuba tak makan malam. Kebetulan malam tu teman ada dinner di Berjaya Times Square. AG tak ikut..Agaknya bosan duduk rumah..tu yang masak maggi kut...

Bila doktor-doktor disitu berdiskusi penyebab AG jadi macam tu, salah seorang doktor panggil teman. Dia ingat teman ni anak AG...wallahweh...teman cakap teman isteri AG...tergelak2 doktor tu semua...tang mana la yang uolls nampak teman ni baya2 uolls umur dalam 30-an...bertongkat dengan tudung berselepang...haish...tapi ada kembang la sket muntot tu..hehehehehe...

Dalam 3 lebih, anak yang sulung datang. Disuruhnya teman balik sebab dari pagi lagi khen...AG pun dah makin stabil..ada la sakit sikit2...siap request pegi bilik air...kalau zon merah mana boleh turun dari katil bang oiii...wayar kat badan bagai...hmmm..getting to know him...degil..so terpaksa la nurse lelaki bawak ke toilet...untuk buang air kecil n air besar.

Mungkin dah boleh ke toilet..so transfer balik ke zon kuning...setelah dapat confirmation dari doktor pakar...dalam pukul 6 ptg dah boleh discharge...

Esoknya jadi drebar, bawak mak teman ke hospital..normal check up. Cuma AG tak boleh angkat dan turunkan kerusi roda mak masuk dalam kereta macam biasa...terasa sakit perut katanya..so terpaksa la teman yang mengangkatnya.

Siap bawak mak ke Sogo lagi...terapi untuk menantu dan mertua..hehehehehe.. 


Sampai hari ni AG kata doktor tak tau sakit apa. Sebab ubat sakit perut tak bagi..yang dibagi adalah ubat cair darah. Maksudnya something wrong with your heart cik abang oiii...lagi 3 bulan buat pemeriksaan untuk jantung pulak..tengok macam mana..if everything ok..alhamdulillah...so dah kena start diet..no more spicy food, no caffein, berminyak bagai...start makan sayur..

Thursday, June 15, 2023

Shopping Complex Yang Dah Lama Tak Pergi

Assalammualaikum,

Sabtu baru ni teman Cik B cari baju pengantin area2 Seri Kembangan.

Kami singgah kat Mines untuk makan tengahari...

Dok perasan dari parking lagi..kenapa banyak watak anime...

Rupa2nya ada cosplay event.

Tak tau la kalau nak bergambar dengan mat n minah anime ni kena bayor..sebab teman tak bertanya pun..hehehehe..lapar punya pasal..




Boat ride ni masih berfungsi rupanya...tapi tengahari rembang tak kan nak naik..mau hangus kulit..hehehehehe..