Friday, January 6, 2023

Bunga Api pun kena scam

Assalammualaikum,

Hari ini merupakan hari ke-6 dari 365 hari didalam tahun 2023.

Memandangkan Fasa ke-2 shopping complex depan rumah teman telah memulakan operasi, mereka telah menganjurkan konsert di Ambang Wati...Eh! Ambang Tahun Baru. Dikhabarkan ramai artis terkenal yang membuat persembahan. 

Takde la dengar suara nyanyian tu sepatah-sepatah, tetapi lebih kepada bunyi dentum dentam..loud music gitewww...

Malam 31hb, teman bantai tidur dulu..hehehehehe...dalam pukul 11.00 terjaga konon2 nak tengok pertunjukan bunga api...sebab tengok kat banner sepanjang jalan ada tertulis. So lets check it out...



Kereta parking 2 3 lapis....

Sekali......bunga api nya ntah ke mana....hahahahahaha...hampa semua yang parking sepanjang jalan tu..

Teman ni ok lagi ler.. dapat tengok dari balkoni...nampak la bunga api dari kejauhan belah2 area puchong dan key ell.


Wednesday, December 28, 2022

Kambing Yang Aneh

Assalammualaikum,
Hujung2 tahun ni orang seronok bercuti. Samada bercuti didalam negara atau di luar negara. 

Kita cuti juga..tapi masih bekerja..hehehehehe.

Isnin baru2 ni teman ke area2 Gombak. Ada la nengok property. Alang2 dah ke area sini teman singgah ke Temasek Agro, Batu 10 Jalan Gombak. Apa yang ada kat sini. Sajerrr...

Nak menengok gelagat kambing yang aneh. Actually nama insta Encik Azroy dok membebel pasal kambing2 dia. Kesemua kambing2 beliau dipanggil dengan nama manusia. 

Mendengar kata, nakal dan manja kambing2 ni. 


Kena seberang sungai gombak ni dulu.




Masa kami sampai dalam 12 lebih..kambing2 ni sedang diberi makan.



Ni la tuan dia. Kambing jantan takde tanduk tu namanya Gul. Jauh dia datang..dari Turkeye.


Manja tak manja. Camera friendly tau. Siap2 letak kepala kat dada AG..gesel2 muka lagi. Balik melekat dalam kereta bau si Gul. hehehehehe.. 




Friday, December 23, 2022

Cuci-cuci

Assalammualaikum,

Bijak kan masa musim monsun ni ambik job cuci-cuci. 

Bijak sebab boleh jimat air..guna jer air hujan..

Kurang bijak sebab esok kotor balik...hehehehe..

Apa2 pun respek demi untuk sesuap nasi...

Rasa-rasanya depa-depa ni gayat tak???





Thursday, December 22, 2022

Kapal hendak belayar

Assalammualaikum,

Sekarang ini kapal sedang disiapkan untuk belayar.

Dah terlalu bosan dengan pelabuhan sediada, maybe...

Belayar ke mana..hanya Allah yang Maha Mengetahui...

Perghhhhh...ayatttt.....well lupakan sahaja.

Hehehehehe...




Fish noodle soup ni sedap la....


Banana boat dengan banana split ada kena mengena dengan kapal kan??? 


Tuesday, December 20, 2022

Yang pertama juga dicari

Assalammualaikum,

Tajuk takde kena mengena dengan perkahwinan yea. Hehehehehe.

Teman nak tanya la..uolls prefer kalau pergi ke kedai makan, kedai tu main outlet  atau branch. 

Bukan apa, sesiapa yang pernah makan di RSMY tentu tahu mereka ada buka beberapa cawangan. Antaranya di Bangi, Putrajaya dan Setapak. Outlet utama adalah di Medan Tunku Kuala Lumpur. Untuk outlet utama, Bangi dan Putrajaya teman dah pernah singgah.

Tapi rasanya main outlet lagi best. Naan tu gebu-gebas. Cheese dia cantik jer...tengok tukang masak kut.


Biryani kambing ni nasi dia fluppy 


Cheese nan ni tak payah cakap ler..cicah dengan kari ayam..nyum..nyum..nyum..



Manggo lassi terbaikkkk...
Teman cuba yang letak ais dan tanpa letak ais...(tanpa letak ais lagi best)
 
Untuk info : Kami pergi dalam pukul 11.55 pagi..kedai baru buka..semua makanan panas2...
Teman juga baru tahu RSMY tu Rasa Selera MY (Mohd Yusof opps Dato')


Memancor-mancor mengkeme

Assalammualaikum,

Perkataan diatas adalah salah satu bahasa yang digunakan sesetengah kampung daerah Kuala Kangsar.

Memandangkan mak dan abah teman, lahir dan membesar di kampung yang bernama Kati dan Bendang Ujib, bahasa2 diatas ada ler terkeluor..especially dari mak teman ler...abah tak berapa sangat. 

Memancor/merelit = bersinar-sinar

Mengkeme/kome/miker = kamu





Monday, December 19, 2022

Berdebar Jantungku

Assalammualaikum,

Pagi Jumaat mak dah call cakap susah nak bernafas. Teman macam biasa kata kena bawak terus ke kecemasan HKL. Setengah jam lepas tu, mak call balik kata adik teman bawak tapi ke klinik sahaja. Lepas jumaat teman call mak, mak cakap dah ok sikit..doktor kata gastrik..mungkin sebab makan ubat jantung n cair darah...aikkk..cuak jer ni.

Sabtu, 5 minit sebelum azan subuh, mak call cakap tak boleh bernafas balik..dengar suara pun macam tercungap2. Abang Gebu pulak pukul 5 pagi dah keluar ke PD. Adik teman katanya semalam nak balik ke Setiawan, kampung husbandnya...Allah....

Sepantas kilat mandi n solat. Cuba cari grab. Pukul 6..sunyi sepi jer apps. Pukul 6.30 ada dapat satu..tapi mamat tu cancel pulak. Cuba lagi..6.50 dapat seorang lagi..alhamdulillah. 7.20 sampai Keramat. Bawak mak ke HKL. Rupa-rupanya adik teman ada dan dia cakap semalam macam berat nak balik kampung. Tambah2 bila mak macam tu. 

Sampai HKL..procedure macam biasa. So bacaan ECG mak not so ok..kena tolak ke red zone. Luckly teman compile semua rekod/lapuran perubatan mak..samada dari IJN, Hospital Serdang or department yang berkaitan. Doktor tak banyak cakap. Sambil baca doktor bagi arahan kat team dia untuk buat apa...

Bacaan jantung mak drop dari 50% ke 30% sahaja. 

Ada la teman masuk sekali dua..untuk pengesahan dengan doktor.  Dalam 3 lebih mak ditolak ke wad isolasi belakang kecemasan. Tapi tak boleh masuk..cuma dapat tengok dari balik pintu. Jadi lah. Tanya doktor..mak dah stabil...alhamdulillah... siap lambai2 teman..ingat nak apa..sekali mak nak hp daaa...oooo...memang dah ok sangat mak ni..hehehehehe..

Semalam mak dah dinaikkan wad di tingkat 5. Boleh melawat dan doktor ada jumpa teman. Katanya bacaan buah pinggang mak tak ok sangat..keep droping. Teman cakap laaaa baru jumpa doktor nefro minggu lepas. Katanya buah pinggang mak bertambah baik dari stage 3b ke stage 3a. Kalau nak cakap device pacemaker mak, bulan 10 dulu dah cek di hospital serdang. Device tip top boleh guna lagi 10 tahun. Tak pe la doktor, u buat la apa yang terbaik to identify permasalahan yang berlaku ni...hari ni tunggu kardio cakap apa...samada mak perlu di tahan lagi atau boleh discharge.