Assalammualaikum,
Sudah 64 tahun...
Cukup matang sebenarnya...
Ntahlah ada rasa kecewa atas apa yang berlaku sekarang..
Tetapi semangat perlu diteruskan
Untuk negara tercinta ini...
Assalammualaikum,
Sudah 64 tahun...
Cukup matang sebenarnya...
Ntahlah ada rasa kecewa atas apa yang berlaku sekarang..
Tetapi semangat perlu diteruskan
Untuk negara tercinta ini...
Assalammualaikum,
Semalam.
Cakap dgn AG...lama tak makan roti canai. So apa kata kita checkiout kedai ni...
Uish..gigih pusing...
Tuan kedai tanya..tak nak makan situ ke?..Eh boleh makan ke?..boleh dengan syarat lengkap vak dan lebih 14 hari...oh..kami berdua dah!...
Instead niat asal makan roti canai..kami makan nasi lemak lauk paru dan ayam rendang..lepas tu tapau kari kambing...konon2 tengahari tak perlu masak...hmmm....
Lepas makan.....apa kata kita ronda2 kawasan sekitar.....kebetulan cash dalam wallet takde..cari la cimbeng..
Assalammualaikum,
Yeay, semalam start masuk ofis..
Tidak berseorangan...ada la 2 3 orang...sbb management belum decide samada nak follow SOP bekerja di ofis atau continue bekerja dirumah sahaja. Tapi teman prefer kerja di ofis...dah siap kerja..print..dan sign terus..lps tu scan... email ke client dan arrange utk delivery..
Assalammualaikum,
Hari ini kita bercerita tentang jangka hayat bangunan.
Selalunya dalam konteks kami, life span (jangka hayat) sesuatu bangunan seperti bangunan kilang antara 40 ke 50 tahun. Bangunan pejabat dan kediaman adalah sekitar 50 ke 60 tahun.
Untuk kediaman termasuk multi-storey atau landed house.
Apa yang perlu dilakukan sekiranya sesuatu bangunan terutama bangunan bertingkat sudah menghampiri jangka hayatnya..
Well, ada berbagai cadangan...mungkin perlu ada cadangan pembangunan semula.
Bila ada cadangan pembangunan semula..banyak aspek perlu diambil kira..
Pemilik sedia ada, penghuni sedia ada, nilai hartanah, jenis pembangunan, kepadatan penduduk, harga yang ditawarkan dan sebagainya..
Adakah sesuai sesuatu bangunan itu go for pembangunan semula? Well.........
Assalammualaikum,
Apa khabar semua. Dah dengar
perkabaran PM semalam.
Tapi yea la kita ni yg masih tinggal
di negeri yang dalam Fasa 1 kena la redho 3 4 bulan lagi sebelum beralih ke
Fasa 2, inshallah.
Teman nak bercerita tentang
sahabat teman ni. Umur akhir 40an. Dia ada buka satu syarikat. First year beroperasi, dia strike..dapat projek 10 juta. Masa tu katanya staff
tak ramai dalam 6 orang. Dalam tahun tu juga ada la dapat few jobs. Tahun ke
dua, dia start tambah pekerja kepada 3 kali ganda. Katanya dia dapat nasihat dari seseorang
tentang penambahan pekerja dan kos operasi. Untuk memantapkan lagi syarikat
kaedahnya. Maklumlah orang itu datang dari latarbelakang syarikat yg tip top. Syarikat
senarai awam lagi. Tahun ke-2 jumlah pendapatan lebih kurang sikit dari
tahun pertama. Kata sahabat teman ni, ada sahabat yang lama kenal dengan dia
nasihatkan dia supaya tidak terlalu mengikut nasihat si polan ini. Tapi dia
anggap sahabat dia tu tak tahu tentang urusan business dan invest. Bila teman tanya, menyesal ke...sahabat teman ni diam jer...
Tahun ke-3, ekonomi mula slow down,
so pendapatan suku dari tahun pertama dan kedua..tetapi pekerja tambah lg.
invest lagi. Tahun ke 4, 5 dan 6, kos operasi 3 kali ganda dari pendapatan. Tahun ke 7, dia
dah start guna saving. Tahun ke-8 saving lagi dan akhirnya masuk tahun ke-9.
Struggle. Tambah pula dengan keadaan sekarang ni..
Kata sahabat teman ni, dia tak
nak tutup syarikat. So dia kena cari solusi bagaimana untuk kekalkan berdasarkan
kewangan yang ada sekarang. Apa yang dia
buat adalah merehatkan sebahagian besar pekerja selama 6 bulan. Rehat
maksudnya, dia tak bayar gaji. Alasan sekiranya dia guna duit sedia ada untuk
meneruskan syarikat, dia tahu dalam 8 bulan ke 1 tahun dia mmg kena tutup
syarikat sepenuhnya.
Dalam 6 bulan tu sahabat teman ni
berjanji dia akan cari solusi untuk bangunkan balik syarikat which katanya ada. Mengenali sahabat teman ni, teman tau dia boleh. Dia kena rombak semua kos operasi dan menstruktur semula kedudukan kewangan.
Bila segalanya selesai, semua pekerja yang direhatkan akan dipanggil semula.
Kebanyakkan pekerja dia adalah
bujang dan baru grad dalam 2 3 tahun gitu. Ada la 4 5 orang yang dah berkeluarga. So dia bantu
dengan membayar komitmen 2 bulan pekerja berkeluarga dan bagi modal untuk beli
alatan bagi memulakan business online. Maksudnya siapa yang nak memasak, dia
belikan oven. Siapa yg nk buat delivery, dia bayar duit deposit beli motor.
Siapa nak beli stok barang, dia invest sedikit.
Selepas dia buat keputusan
tersebut, sahabat saya ini rasa lega.
Yang tak lega siapa. Orang yang
tinggal la. Hehehehehe...
Assalammualaikum,
Musibah ni datang dalam macam-macam bentuk.
Ntah la..nak kata musibah atau kesilapan manusia.
Klu hari ini tak ok lagi kena naik bendera putih...
Eh! jangan salah tafsir...
Ceritanya macam ni.
Hari Sabtu dalam pukul 10 mlm dapat panggilan dari staff yang duduk kat tingkat 14. Katanya paip pecah dalam pump room..air laju gila..macam nak pecah dah pintu...koridor jangan cakap la...bergenang air..siap air masuk rumah dia sampai dalam bilik...lps tu lift pulak berdekatan...laju gila la turun...banjir lift pit..
Tangga pun dah macam air terjun....
As a result semua kelima-lima lift off..dengan lift bomba sekali yea...well stranded la kami yg duduk tingkat tinggi2 ni...tak boleh turun n tak boleh naik.. Mana yg dah mmg kat bawah..p la cari hotel...
Mana yang tak sihat ke, nak terberanak ke..tunggu la dulu...
Kebetulan rumah teman mmg satu barang dapur pun takde (3 weeks in a row bz gila)...yea la ingat semalam nak pegi la market. Camno...gila la turun dari tingkat 28..lepas tu nak naik lg 28 tingkat bawak barang bagai...bukan ketaq lutut..mau demam seminggu..tu pun kalau tak semput...kalau umur 30an still fit lagi inshallah...ni dah nk masuk 50 siri..
So godek2 la apa dalam kolkas tu...ada ikan kering zaman dinasour...lps tu masak la spagetti..takde bawang bagai...campak2 apa yg patut...
So kalau hari ni lift tak ok..kena la ada orang tlg bwk drone hantar barang...hehehehehe..
Owh..difahamkan juga 3 hari sebelum kejadian dlm 2.30 pg jadi benda yg sama (minor jer kut)..tp masa tu guard tgh meronda..dah betulkan...so jadi lagi..maka ni yg teman kata sebelum ni musibah atau kesilapan manusia...alahaii...
Kita kibar la bunga putih ni..ngeee....Assalammualaikum semua,
Harap semua sihat2 yea.
Dulu semalam teman pegi untuk 2nd dose...so far takde la deman n pening bagai..alhamdulillah ok.
Oh ya sempena hari raya aidil adha yang jatuh semalam, teman nak ucapkan selamat hari raya..maaf zahir batin..
Harap semua dapat menjalani ibadah qurban dengan sempurna pada yang diberikan rezeki untuk berqurban pada tahun ini..