Friday, October 17, 2008
Episode 4 - Madinah/Makkah/Dacca
Thursday, October 16, 2008
Antologi Cerpen
Semalam, sementara menunggu pomen bukak workshopnya (dalam minggu ni aje 2 kali aku hantar kereta ke sini - terbang fulus) ...dalam hujan lebat yang turun di pagi hari....sempat la jugak menghabiskan 5 cerpen out of 15....
Rasa marah, geram, sedih, pilu...bercampur baur....Dok terpikir....apakah yg dapat dilakukan oleh seorang bernama aku ini utk mengurangkan beban derita mereka.....
Wednesday, October 15, 2008
Episode 3 - Part 2
Part 2 ni masih lagi berkisar kepada peristiwa2 dan scene yg berlaku semasa aku berada di Madinah (especially di dalam Masjid Nabawi).
Suasana 1 - (Masjid Nabawi)
Bila bulan puasa bilangan manusia yg mengunjungi Madinah especially Masjid Nabawi adalah seperti yang berlaku pada musim2 haji...tambah2 orang berebut2 utk menunaikan solat terawikh, berqiamulai, bertasbih, bersembahyang sunat bagi merebut fadilat utk 10 malam terakhir di dalam bulan Ramadhan.
Berbagai2 bangsa, keturunan, datang dari serata dunia- semuanya dengan tujuan yg satu, beribadat kepada Allah S.W.T.
Dikhabarkan juga suasana yg lebih sesak di Mekah.
Apa2 pun, alhamdullilah aku dapat juga menjalankan ibadah puasa di Madinah.
Tercari-cari juga punca mana datangnya suasana dingin bagi ruang kosong diantara pintu Othman bin Affan dan dataran masjid yang berlantaikan marmar putih. Nak kata air cond dari dalam masjid menerjah keluar, x mungkin sebab aku cuma rasa sejuk bila aku berdiri betul2 didepan pintu masuk masjid. Sedangkan suasana dingin ini merangkumi 30 kaki dari boundary anak-anak tangga di pintu masjid sehingga sampai ke bangunan tandas bernombor 11a. Subhanallah.......
Suasana 2 - (Masjid Nabawi)-Rezeki bagi orang bersedekah
Walaupun aku tidak berbuka puasa di masjid, tetapi apa yang mereka makan aku dapat merasanya setelah selesai solat terawikh. Kurma (pelbagai jenis), laban (sejenis yogurt), roti (pelbagai jenis) diberi kepada kami ketika sedang bertadarus al-quran oleh entah siapa tah!, dengan menyebut sedekah!sedekah!sedekah!.....(orang dah beri kita rasa la ek...). Kurma tu bukannya sebijik dua (satu bekas ais krim di berinya kat kami, bayangkan 5 malam aku kat sana- so dengan kurma2 tu la aku makan sepanjang malam serta ketika bersahur)
Suasana 3 - Masjid Nabawi (ukwah)
Tak kira apa bangsa, bila muazim menyebut sauufffff....(betulkan saf), sebelah aku mungkin bangsa turki, bila lain-lain waktu, bangsa afrika, iran, pakistan, bangladesh, india, maldives, syam, syria.........Bila bersalaman walaupun aku tak paham apa yg dia tanya, aku cuma cakap malaysia!malaysia!malaysia....mereka mengangguk2, paham la kut...lepas tu dia ajak aku berborak dalam bahasa mereka....(aku...senyum ajer la...sepatah haram aku tak tau....mana yg boleh berbahasa Inggeris...ok la sket....).
One thing about turks ni, kalau duduk sebelah depa...wangi teramat....kadang2 siap peluk2 aku...tambah2 kalau aku pakai tudung yg ada ala-ala banyak batu berlian kat hujung tudung, sambil senyum2 dan tunjuk2 tangan depa...aku rasa depa nak batu tu sebijik kut...harharharharharharh....
Bila aku letak tangan atas riba, makcik2 turki tu siap pegang2 tangan sambil tunjuk2 kat jari aku....ape ke benda la yg depa nak tanya....ooooooo....aku dapat.....rupa-rupanya dia tanya cincin kat jari mana?....aku sengih jer la.....aku cakap la solo maaaaa.....harharharharharhar......
Suasana 4- Masjid Nabawi -laluan ke Raudah
Macam aku cakap sebelum ni, Arab2 memang dok respek kat orang Malaysia....masa group Bahasa Melayu (Malaysia, singapura, Indonesia, Brunei) tengah duduk sebelum tunggu giliran nak masuk ke dalam kawasan Raudah, ada sorang petugas Arab siap cakap dalam Bahasa Inggeris...antara pujiannya..." look to this Malaysia, Indonesia, ibu-ibu, masyallah, masyallah.....they r good, bagus...baik....bla..bla...bla....siap peluk2 kitaorang....sambil mengerbangkan hijab dan burkanya....macam batman n keluang man la pulak.....
Pintu gate No. 25, laluan masuk aku n jemaah lain setiap kali kami ke Masjid Nabawi
Laluan pejalan kaki bangunan hotel tempat penginapan kami dan berlatarbelakangkan bangunan hotel yang menghadap dataran masjid nabawi.
Masa kat madinah ni, aku pernah la bermimpi sekali....hemmmmm....apa mimpi tu...biarlah rahsia....harharharhahar.....
Tuesday, October 14, 2008
Episode 3 - Madinah/Makkah/Dhaka
Ni pasar kurma berlatar belakangkan bangunan pejabat dan rumah kediaman.
Kiosk kebab ni terletak bersebelahan dengan pintu masuk ke hotel tempat penginapan kami. Motto dia "the fastest kebab", ek eleh macam bagus...memang ler kiosk ni jadi tumpuan (coz facing the main road) terutama selepas habis terawih...dah la 3 rial tapi daging ciput...yg banyak kentang goreng dan sayur-sayuran lain....compare dengan another kiosk which sited next to another building, agak tersorok sikit serta service yg agak lembap, daging dia lagi banyak...baru puas makan...harhaharharharhar...
Another peberet aku kat sini adalah JUS MANGGA....pheh!...pure mangga...entah berapa biji la depa guna...bekas kecik 3 rial, bekas besar 5 rial...Tiap2 malam lepas terawikh aku beli kurang2 3 bekas...mak minum 1, aku 2 bekas la....bestnya....sedap hingga tak terkata...taruk pulak dalam peti sejuk....PHEH!....
Lepas terawikh, we all jalan2 ke shopping complex depa...Toyiba...banyak lagi la...yg bestnya shopping complex ini sited below the road level...kira bawah basement semua bangunan kat situ...Sapa2 nak beli jubah dan pakaian arab, murah-murah...Jubah perempuan kat malaysia mungkin harga RM160 minimum....kat sini 40 rial dah boleh dapat...cantik2 lak tu....lagi cantik daripada kat malaysia...yg bling2 pun ader....Macam biasa aku ader ler borong utk diri sendiri, utk adik perempuan aku dan ipar duai... Kalau nak membeli kena pandai tawar menawar, sebab kebanyakkan penjual adalah berbangsa Mynmar n Bangla, so depa tau la cakap melayu sket2. Kalau depa cakap HALAL maksudnya dah tak boleh tawar lagi la tu....kalau mintak gak...alamat dema buat layan tak layan...tapi ader sorang jemaah aku akan sebut "akhir kalam then letak harga, lepas terus terus bagi duit for payment", lepas tu si penjual tu akan sebut depan kita...bagus!bagus!halal!halal!bakhil!bakhil! Cheh! dia cakap kakak tu kedekut...hampeh betul...kita dah beli pun dia kata kita kedekut sebab slash harga runtuh....
Monday, October 13, 2008
Episode 2 - Madinah/Makkah/Dhaka
Venue : Jeddah-Madinah
Setelah hampir 18 jam waktu perjalanan (ambil kira dari waktu keluar rumah termasuk delayness the series sehinggalah kapten aeroplane buat announcement yg kapal terbang akan landing tak berapa lama lagi di King Abdul Aziz International Airport- itu tak termasuk perjalanan ke Madinah yang mengambil masa another 6 hours). Ya Allah, sesungguhnya jika ini dugaanmu, aku REDHO....
Naik feeder bas dari plane ke airport....bila dah jejak kaki ke Jeddah, kurang2 ada la garis-garis senyum di wajah jemaah aku ni semua. Ingat semua....ini adalah COBAAN.......
Kecik jer King Aziz Airport ni. One thing about this airport....TOILET!!!....kotor....nape la bole jadi macam ni...negara Islam....aku siap bagi duit kat minah Bangla yg cuci toilet tu...kasi bersih sket...sebelum aku dan jemaah lain nak masuk. Mungkin pada pemerhatian aku tak ramai perempuan yg kerja kat sini. Sebab kebanyakkan aku tengok semua pekerja lelaki...
Best thing bila jadi jemaah dari Malaysia ni, layanan pak-pak Arab pada kita different. First thing bila masuk jer pintu utama, depa terus tegur...Malaysia!!...this way. Apa lagi we all pun follow ler bontot pak arab tu p ke kaunter imegresen. Even masa beratur...another pak Arab ask us to another kaunter to speed our process...dia cakap only for Malaysian...Cheh! kembang jer lubang hidung jemaah aku...kiranya ok what....terubat sikit keletihan...
Ada lagi satu peristiwa, mungkin melucukan dan mungkin juga jadi satu pengajaran....Bagi pompuan bujang, kalau nak p ke sini especially buat umrah kena ader mahram kan...Macam biasa abah aku tentu la secara automatik jadi mahram aku...manakala ader sorang lg kakak ingat abah aku pun jadi mahram dia (kakak ni actually jiran aku, she n her mom follow we all buat umrah kali ini). Bila pak Arab tu tanya kakak tu sapa nama Hajah Mydin Mohamad seperti yang tercatat dalam visa umrah...dia mcm tercengang2 la...abah pun mcm blur2...mamat tu cakap mahram!mahram!mahram!...abah cakap dia la....mamat tu dah la tak boleh berbahasa Inggeris...dok jerit, jerit...mahram!mahram!mahram!....Bila kecoh....kecoh...ketua rombongan datang la tengok...kita org tanya sapa mamat Mydin ni...bila dia tengok kat pasport...bantai gelak lak...apa hal ni....Rupa-rupanya Hajah Mydin tu another jemaah lelaki dalam group we all...kiranya kakak tu jadi mahram dia...not my father...abih mana we all tau (travel agency tu tak cakap apa2 pun kat we all)...abah siap cakap mamat mydin ni bapak kakak tu yg dah meninggal dunia...harharharharharharhar.....Mamat Arab tu siap cakap dengan abah...HARAM...kitaorg sengih jer la...(Moral of the story...pastikan siapkah orang (mahram)yg tercatat didalam pasport kita sebelum naik kapal terbang....buatnya org tu tak jadi pergi...maka mahramnya pun ikut sekali tak jadi pergi...NAYA ajer....)
Lepas abis seksa kat imegresen dan beg2 pakaian dah di collect, we all pun nak keluar dari lapangan terbang. Satu hal lak lagi....masa kat pintu keluar ader la mat2 arab berpakaian berseluar hitam, berbaju kemeja dan bertali leher hitam dok cek2 pasport orang. Pasport orang lain dia tengok2 gitu jer...tapi tang aku dan jemaah Malaysia dia ambik semua dan terus bawak keluar...eh! what happen ni...aku panggil la ketua rombongan....takut ma...kut-kut depa bawak lari pasport we all...kena duduk kat sini la jadi pelarian....Rupa-rupanya sistem mereka macam tu...sapa2 yg datang buat umrah, muasasah yg dilantik kena jumpa depa...settle something kut...(malas nak tanya)
Bila dah settle semua, kami naik van coster menuju ke Madinah. Masa tu sekitar jam 11.30 pagi. Kami diberitahu akan singgah di mana2 Masjid utk solat Jumaat. Laaa....hari Jumaat ker...ingat hari Khamis lagi.....harharharharharharhar....
Ni tempat yg terletak kira 500 meter dari lapangan terbang. Kami difahamkan semasa musim haji semua jemaah akan dibawa berkumpul ke sini terus dari kapal terbang masing2.
Selepas solat jumaat, kenderaan yg kami naiki singgah di stesen minyak utk isi minyak. Murah tu minyak kat sini. Diesel RM0.25 seliter.....
Nak kongsi lagi satu pengalaman...masa singgah kat satu tempat nama SISCO (ala2 rawat dan rehat macam hiway kat Malaysia tu), yang pompuan kiranya nak buat solat jamak bagi zohor dan asar...sebab kami tak boleh jumaat tadi akibat dari ruang masjid yg kecil...tak dapat menampung jemaah yang ramai....Ni le negara Arab....TOILET...eeee....kotoq...bau tak payah nak cakap...dah la posa....nasib baik la aku tak terkeluar isi perut.....nak amik air sembahyang kena tutup hidung macam kat padang pasir lak....depa ni tak tau nak flush ker lepas membuang....isk!isk!isk!isk!
Mungkin sebab keletihan, kami semua tidur sepanjang perjalanan... Kami sampai ke Madinah 45 minit sebelum waktu berbuka puasa. Maghrib kat sini pukul 6.15 petang.
Suasana yang agak kelam kabut....semua penduduk kat Madinah berpusu-pusu menyeberangi jalan utk ke Masjid Nabawi....abis kan ker dah waktu utk berbuka....
Kami sampai ke hotel, ngam2 masuk waktu berbuka....Kiranya kami berpuasa sehari suntuk ler gamaknya....ye la masa transit kat Dhaka baru pukul 9.30 malam...lepas tu tak makan apa2 pun...
Ni la hotel penginapan kami..Mawaddah Madinah Hotel...terletak kira2 100 meter dari pintu gate No. 25, Masjid Nabawi....kitaorang sedang bersiap2 utk ke masjid bagi menunaikan solat Isyak dan solat terawikh. Kat sini 20 rakaat jer tapi setiap rakaat ayat satu surah dan kadang2 lebih....tak der witir...malam tu sapa nak qiamulai, solat tahajud boleh la joint....
Episode 3- to be continues......
Episode 1 - Madinah/Makkah/Dhaka
Venue : Kuala Lumpur, Malaysia-Dhaka,Bangladesh-Dubai,UAE
Sebenarnya, aku n family hampir tak dapat menunaikan umrah kira2 2 minggu sebelum tarikh seperti yang dijadualkan, akibat dari satu kesilapan yg pada dasarnya tidak mungkin akan berlaku, tetapi kalau di pandang dari sudut positif mungkin ini salah satu dugaan dari Allah utk umatnya bagi menyambut kalimah "Labaikallah hu ma Laibai....", maka kami gagahkan juga....(kesilapan itu, biarlah menjadi memori pahit utk kami sekeluarga...bukan memori daun pisang ek....)
Jam 1.00 petang, aku n family serta adik-beradik yg lain sampai di KLIA. Difahamkan kapal akan fly off jam 4.00 petang, so kira check-in awal la....Jemaah kitaorang tak ramai...cuma 12 orang termasuk tuanpunya travel agency Hj Usman dan anak lelakinya. Dalam jam 3.30 petang kami dimaklumkan ada masalah sket...jadual penerbangan mungkin delay....delay kejap kut...biasa la kan.....
Pada mulanya, aku tak pernah dengar pasal airline ni....check2 wikipedia...Allah...terkezut den...nape la airline ni yg dipilih oleh travel agency utk we all naik.....(Ada RAHSIA sebenarnya...nantilah...last episode aku bagi tau ek....)
Sekitar jam 5.00 petang kami diarahkan utk Gate seperti yg ditetapkan...kiranya tak der la lama sangat delaynya....sebenarnya...this is just the beginning.....what happen next....TUNGGU.....
Ni la kapal yg kitaorg bakal naik....eh! tahun bila punya design ni....ooooo...dah 34 tahun rupanya usia kapal ni....seriau gak...rasa2 boleh ker terbang ni....ish!ish!ish!...
Ingat bila dah suruh masuk lobi menunggu dah boleh naik la...cheh! ader masalah teknikal lak....jam 8.15 malam baru fly off....kira kami berbuka posa kat lobby jer la...Itu pun dengan makanan yg disediakan oleh pihak airline setelah one of our jemaah dok bising dengan ground staff coz we don't have anything for breaking fast, ini semua pasal time schedule yg dah mambo jambo...the delayness....Ye la yg imigresen people lak dok rampas botol2 air yg dibawa oleh para penumpang...alasan...(apa2 barangan yg berbentuk cecair melebihi 100 ml tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam kapal terbang...tu yang dok telan air liur masa azan maghrib berkumandang....)
Ruang dalam kapal terbang....bangku ni kalau duduk lagi lama sure kematu dotdot kita...
Ni la makanan yg diberi makan oleh airline. Lapar nyer pasal...pulun ajer...bismillah....
Sekitar jam 9.30 malam (waktu M'sia jam 11.30 malam), kami sampai ke Dhaka utk transit jap before continue with next flight to Jeddah jam 12.30 tengah malam. Masa kitaorg lepak kat ruang lobi dia, polis2 lapangan terbang tengah tukar shift... Yang kelakarnya, selamber rock jer mat-mat bangla tu tukar baju depan kitaorg. Siap kemaskan kemeja dalam seluar....diaorang ni tak der bilik persalinan ker hah....SABOR ajer la....Polis depa masih guna senapang tahun bila tah....depan tu macam ader gabus jer....(sorry ek...aku tak boleh nak snap photo takut kena tangkap lak...naya...)
Tapi one thing about this airport...bilik air dia kira bersih la gak....
Tahap kesabaran kami di uji lagi....time is correct 12.30 naik kapal, TETAPI....the airline let us be in the plane for 1 1/2 hour without air-cond plus bau-bauan haruman mat-mat n minah-minah bangla yg nak p ke Dubai tu...ALASAN...the aircraft facing teknikal problem...and air-cond will be ON once the plane take off...Ya Allah....dugaan mu ker ni....istifar jer la banyak2.....
Ni stop kat Dubai menurunkan mat n minah Bangla yg bekerja kat sini. Rasa lega ler sket...less BAU...harharharharhar....Mungkin sebab time zone...kitaorg macam konpius sket...tu pun nyaris2 terlepas waktu sahur....rasa2 bisa dimaafkan yar.....
Kat Dubai ni pun satu hal....kata stop for 45 minit...it takes another 2 hour before take off...Ya Allah dugaan ker lagi ni...istifar jer la banyak2....
Dubai berjerebu....so palm island yg tengah under construction ni tak la berapa nampak sangat...tapi kalau guna kamera yg harga riban2 tu..mungkin nampak jelas kut...harharharharharhar....
EPISODE 2 continues.....
Office Raya Gathering
(pencuci mulut wajib k)