Assalammualaikum,
Kuala Terengganu dah start musim monsoon. Hujan turun. Kadang kala lebat, kadang kala renyai2.
Sabtu lepas cakap dengan Abang Gebu. Kita food hunting jauh sikit. 42 minit perjalanan dari rumah. Cuma subuh tu hujan memang lebat. Semasa kami keluar rumah hujan dah berhenti...harap2 kawasan yang kami nak tuju ni takde la hujan...langit mendung..harapan tipis sebenarnya..hehehehehehe.
Semasa kami sampai kat nyiur cafe ni..hujan dah start rintik2. Tengok ada la dalam 5/6 biji kereta...macam penuh jer...harap2 ada meja..jauh datang orrr....
Nyiur cafe ni ada dua. Untuk sarapan yang depan nun. (waktu operasi 8.30 - 11.00 pagi)
Manakala untuk pukul 11 pagi sampai 7 malam, yang nampak pagar belah kanan tu.
Lawa ooo....tenang..ribut ..jiwa..
Ni kalau langit cerah biru..sure lagi lawa...macam kena repeat lagi jer...
Cuma parking bawah pokok kelapa tu..kalau angin kuat..hati2 dengan buah kelapa.
Rumah lama. Simple jer.
Yang pakai topi tu la owner.
Teringat rumah opah kat Kuale.
Agaknya owner buat sendiri kut meja kerusi tu.
Senang kaler hitam suis tu.
Ni menu. Konsep dia adalah. Duduk kat meja.
Thick kat kertas menu.
Panggil waitress atau owner sendiri dan serah kertas tu.
Lepas tu tunggu makanan sampai yea.
Alhamdullilah. Ayam rendang ini memenuhi citarasa baby boss.
Teman makan lontong.
Cucur udang memang AAA+++.
Sebenarnya makanan kami lambat sampai sket.
Mungkin sebab full house dan ada miss-com sikit.
So owner bagi kami kepok lekor dan buah-buahan.
Comel semua letak dalam bekas kayu.
Owh...food kami ni semua ada orang belanja.
Amongst pengunjung tu tak tau siapa...terima kasih la kepada yang belanja kami.
Moga rezeki tuan/puan melimpah ruah. Traffic light sentiasa hijau. Aminnnn 😀
Simple/comel rumah biru ni.
Mengenang nasib. Jangan terjun sudah la cik ceng oiii....
Hujan pun lawa...
Boleh dengar ombak hempas batu-batu tu.
Syahdu ooooo...















1 comment:
Macam best je duduk dekat KT. Tempat mengopi lawa, boleh tengok pantai, makanan sedap2, orang2 sana pun baik2. Alhamdulillah, moga murah rezeki org yg belanja breakfast tu.
Post a Comment