Assalammualaikum,
Hampir setahun makan nasi minyak, nasi dagang, gulai ayam, gulai daging, ikan aye...FINALLY..teman jumpa port makan baru...menu dan suasana sama macam makan kat Pasir Gudang tu...lupa la nama restoren situ..Rahmat kut...nanti la cari..
Lokasi bukan di Bandor KT..tetapi di Marang..Marang yea..bukan Merang....lebih spesifik di Sg. Kerak. Kalau dari KT dalam 23 minit jer...kami pergi lepas ambil AG solat jumaat.
Siakap goreng jer pun...hehehehehe..beli sendiri masak la kan...ala mana sama dengan orang masakkan..kan..kan..kannnnn...
Abang Gebu, teman tengok berselera dia makan...
Sambal kicap, sambal gesek..memang A.
Acar timun tu sedap juga...
Ikan dia..off course segar...besor pulak tu..
Ingat air macam tak jernih...eh sekali boleh nampak ikan berenang-renang daaaa....





10 comments:
Sekilas hujung janggut tu, telah ku tahu siapa ampunya janggut tu....
Betul tu Kak Fzy, air tangan orang dgn air tangan sendiri tak sama. Ikut mood kadang2 nak makan air tangan sendiri tapi bila bosan mmg mencari air tangan tukang masak di kedai hihi.
Fuh, padu betul menu siakap goreng garing panas-panas tu! Betul sangat, walaupun kita boleh goreng sendiri kat rumah, tapi aura makan air tangan kedai digandingkan pula dengan sambal gesek dengan sambal kicap dia tu memang lain macam umph nya, kecur liur nengok. Bestnya siap pakej dapat layan makan tepi air jernih nampak ikan berenang lagi, automatik tenang je rasa layan angin Marang!
Ikan apa jenis pun kalau goreng memang sedap apalagi siakap, siap dengan sambal dll.
jarang tengok ikan siakap buat goreng semata.. selalaunya ada sekali dengan sos 3 rasa
Hehehehe..dulu oren..sekarang putih..
Sebenarnya kena mengaku, kita malas jer kan..hehehehehe
Yes..welcome to Marang
Sambal tu yang jahat..kalau sedap..mau 2 ekor ikan sekali jalan..
Apa kata tuan cuba order..ikan siakap goreng shj tanpa sos 3 rasa..
Post a Comment