Monday, March 30, 2026

TRG 19 : Team Raya Key Ell

Assalammualaikum,

Malas bebenor rasanya teman nak bercerita tentang Hari Raya.

Entahlah..rasa nak menyambut tu takde..semalam genap 100 hari abah tinggalkan kami. 

Kalau tak mengenang, adik beradik dan mak2 sedara masih ada di KL..mungkin teman beraya di Trgganu sahaja. Kira orang lain beraya..kami berdua mungkin lepak dekat pantai jer..har..har..har..

Well..hidup perlu diteruskan..so pulang lah kami ke Kuala Lumpur. Tu pun gerak dari Kemaman sbb dah 3 hari berada di ofis situ. Sempat lagi inspect 2 ladang sawit di Dungun dan Kemaman. Satu jer kalau beraya di perantauan ni terutama on the opposite side..tak merasa kena hadap jem. LPT/Karak/Bentong- clear gila..kecuali bila dah start masuk KL..tu pun kami sempat lagi singgah Bazar Ramadhan Jalan Raja Alang. Ada la beli lauk2 sikit untuk berbuka puasa.


Masa ni jalan ok lagi...
Sekaliiii....


Simpang 4 Jalan Tun Razak/Semarak tu kalau boleh sumbat..nak sumbat semua..dah tengok depan tak jalan..jangan la jalan..last2 stuck kat dalam petak kuning tu....semua tak boleh jalan...
Eh! rindu pulak nak tengok jem ni..maklumlah duduk kat Trg takde jem sangat..jem manja2 tu ada la...


Selamat Hari Raya semua..maaf zahir dan batin.



No comments: