Assalammualaikum,
4.8.2025 (Isnin) merupakan tarikh yang mungkin tak dapat kami semua lupakan. Teman dan Abang Gebu kemalangan kereta semasa AG nak hantar teman ke tempat kerja. Kejadian di depan dua buah sekolah.
Kemalangan ini disebabkan AG diserang angin ahmar melibatkan bahagian kanan badan lemah semasa memandu. Alhamdulillah tidak melibatkan kehilangan nyawa terutama kanak2 sekolah melintas (sebab waktu tu pukul 7.30 pagi budak2 keluar masuk ke dalam sekolah) dan kenderaan lain dari arah bertentangan. Kereta kami seorang diri jer meluncur menuju ke tiang lampu tu. Malaikat lorongkan kut..
Wanita yang jubah coklat tu doktor..dia la yg bagi arahan kat orang2 keliling untuk pastikan AG dalam keadaan stabil, means jangan bagi tidur sementara tunggu ambulan datang. Impact dari perlanggaran tu, air bag tak keluar pun. Takde kaca pecah, AG pun in one piece, Teman pula lebam2 di bahagian tapak tangan, lutut kiri mungkin sebab terkena dashboard, belakang tengkok sakit. Alhamdulillah x ray bagai takde yang retak atau patah.
CT Scan mmg ada tiny blood clots (BC) kat otak belah kiri AG, tu yang menyebabkan bahagian badan termasuk tangan dan kaki belah kanan tak boleh gerak. AG pun tak boleh bercakap. Doktor cakap BC tu terkena pada saraf otak bahagian pertuturan juga.
Sepanjang di hospital, alhamdulillah anak2 yang gilir2 jaga papanya. Cabaran wooo..sebab AG sentiasa nak cabut tiub di hidung tu (seminggu duduk 4 kali tukar tiub kat hidung....masyallah)..kadang2 mengamuk..yea la dia tak selesa..terutama bila nak batuk/kahak sampai merah2 muka tahan nafas..nak cakap suara tak keluar..
Progress AG di wad pun hari ke hari memberangsangkan. Mungkin semangat dia. 2nd day kaki kanan dah boleh gerak. 3rd day tangan kanan dah boleh gerak sedikit.
2nd MRI menunjukkan blood clots tu macam merebak sedikit. Doctor opt samada go for operation. Masalahnya doktor cakap dengan anak sebelah pesakit...anak cakap malam tu papanya mengamuk macam baby, siap nak cabut jarum..means dia nak keluar dari hospital. Anak pujuk tunggu mak datang esok pagi..biar mak yang buat keputusan. Kami decide anak beranak opt untuk alternatif lain.
Tu yang keesokkan harinya AG dah boleh bangun siap juntaikan kaki di birai katil. Semangat maha tinggi nak keluar cepat dari hospital. Hehehehe..Doktor pun terkejut..biar betul pok ni kata mereka.
Agaknya doktor2 tengok progress AG yang luar biasa, mereka decide untuk discharge AG dari wad. Kira 7 hari la AG di rawat. So lepas ni dah start kena makan ubat cair darah (kena beli sendiri) dan tak boleh skip ubat darah tinggi serta kolestrol.
Teman ni beli la kerusi roda..sekali jer pakai. Dari ward turun nak ke kereta. Sampai rumah AG boleh bangun dan berjalan naik tangga masuk rumah. Masyallah, tergamam kami dua beranak. Cepat2 anak cover dari belakang. Sambil angkat2 barang masuk dalam rumah serta kemas..bila masa pulak AG cabut tiub kat hidung. Adoiii..takkan nak ke hospital balik, kalau tak camno nak masukkan susu ikut tiub..laporr la..nanti..
Ni lepas mandikan dengan air limau dan garam kasar..bagi segar sikit. Tak tau bila masa AG cari roti tu. Lapar la tu..masalahnya roti tu roti tuna, pedas..kita risau tercekik..maklumlah otot mulut dan tekak tak ok lagi..dimakannya..cepat2 anak buatkan susu..alhamdulillah boleh pegang dan boleh minum ikut mulut..
Ni anak share semalam, yang papanya cuba guna sudu dan garpu untuk makan. Alhamdulillah. Anak2 cakap kadang2 dengar papa panggil nama mereka..tapi slow la..kadang2 dengar dua tiga patah ayat..lps tu katanya papa senyap..
So sekarang rutin dah berubah la..sementara ni anak gilir2 datang jaga sampai la AG sihat sepenuhnya. Malam2 sebelum tidur kena peluk dan cium pipi, baru boleh lena...siang pun sama tapi anak la tepuk2 badan...(kita dah mula bertugas) ..adoiii..manja pulak Abang Gebu ni..hehehehehehe..
Lepas ni nak settle kereta pulak..mereka tak boleh start selagi tak dapat laporan polis..tunggu la 2 3 hari lagi bagi AG stabil sepenuhnya sebelum ke polis trafik.
1 comment:
Allahuakbar. Besar dugaan Kak Fzy dgn Abg AG. Semoga Abg AG cepat sembuh dari strok. Betul tu, tak boleh skip ubat darah tinggi. Kalau ada rezeki lebih boleh belikan smart watch yg boleh monitor tekanan darah tu utk pantau hari2. Suami saya pun bergantung dgn ubat cair darah lepas operate jantung tahun 2017, sebelum ni dia pernah ambik ubat tu dekat poliklinik kerajaan.
Post a Comment