Sunday, August 3, 2025

TRG : 02 - Pre-signing in

Assalammualaikum,

Memandangkan kami berdua ni masing2 dah tua..hehehehehe..perjalanan dari KL ke Kuala Terengganu (KT) sebenarnya agak memenatkan. Kebetulan hari tu Hari Jumaat. Singgah di pekan Karak untuk AG solat Jumaat dulu. Lepas tu singgah lunch di R&R Temerloh pekena ikan patin tempoyak. Sampai KT pun hampir maghrib. Check-in di The Grand Puteri Hotel untuk 3H2M. Hotel lama tetapi lokasi di tengah2 bandar. Sebelah jer dengan stesen bas. Masjid Jamek Zainal Abidin sepelaung jer..dapat la AG subuh berjemaah. 

Selepas pre-sessi suai kenal dan meeting dengan staff KT, otw balik ke KL, teman singgah di Kemaman dulu. Overnight di situ. Berkenalan dengan staff sana pulak sambil tengok office. 

Teman stay di Royale Chulan Cherating Chalet. Kan ker dah tua..so kena menyinggah in-between untuk merehatkan diri. Hehehehehe.

Untuk business trip ok la..kalau untuk berehat sambil nak guna swimming pool atau direct sea view, cerr booked yg sebelah dia..tapi mahal ler ratenya..atau cari jer hotel lain.


Nasib baik dapat level bawah..kalau naik tangga tu..malas oooo.. nak turun naik..






Nak ke pantai kena lalu area pokok pine..dalam 250 - 300 metres..atau lebih..sebab macam berat jer kaki nak melangkah dari chalet ke pantai..hehehehehe